Showing posts with label LizNirSweet30Trip. Show all posts
Showing posts with label LizNirSweet30Trip. Show all posts

Friday, December 09, 2016

Travelogue Thailand - Part 1 (Insurance Thailand, Malaysia Border, Satun, Bluesotel, Krabi)

Memandangkan sekarang ni tengah cuti panjang dan masih mood berpantang lepas operation aritu, rasenye tak dapat laa nak ke mane mane sampai laa ke tahun depan walaupun tengah tak keje ni. Huhuhu


Baru kite faham perasaan orang berpantang sekarang ni. Okeelaa kalau nak tahu pasal operation nanti kite update bila mood nak bercerita pasal ni datang ye.


So sekarang ni dari busan busan tade ape nak buat kite rajinkanlaa diri nak update sambungan cerita Travelogue Thailand Pengalaman Menaiki Kereta Ke Krabi


Untuk pertama kalinya bawak kenderaan sendiri masuk ke negara orang. Tak susah mane pun rupanya nak bawak kereta sendiri kat negara orang ni. Kos jimat sangat kalau nak dibandingkan naik flight. Pastu mudah untuk ke hulur ke hilir mencari tempat yang nak dituju. Waze kan ade, so takdelaa takut sesat ke ape kannnn! hikhik


Tapi kalau korang yang tak suke memandu dalam masa yang panjang, kite tak sarankan.. Sebab takut korang letih separuh perjalanan. So nanti trip tak bape nak menariklaa kalau banyak sangat pitsop kan.. Huhuuu


Kami mulakan perjalanan kami pada 30/4/2016 (Sabtu). Keluar dari rumah jam 11.20malam dan berkumpul di Tol Jalan Duta jam 12.04pagi. Kami ke Krabi konvoi dua kereta, kami sengaja plan gerak malam untuk sampai di border awal pagi. Dari KL kami pit stop dua kali sebelum sampai ke Changlun. Perjalanan kami dari KL mengambil masa hampir 7jam untuk sampai ke tempat buat Insurance Thailand. 


Kami sampai di Changlun pagi 1/5/2016 (Ahad). Kami buat Insurance di Changlun CNT Enterprise. Kedai insurance ni betul betul tepi jalan di Changlun.


Antara checklist yang harus diuruskan sebelum masuk Thailand:
1. Whitecard
2. Insurance kereta (Kalau tak buat kat sini pun takpe nanti kat border bole buat)
3. Borang TM2 & TM3


Kalau korang tak tahu camne nak isi borang borang ni, korang takyah bimbang, dorang kat sini sedia membantu. Yang penting korang sediakan maklumat korang yang lengkappp.


 Kami masuk Thailand melalui Wang Kerlian Border. Sambil sambil tunggu borang kami selesai, selfie dulu.. Hikhik


Insurance kereta ni penting in case kalau ada ape ape jadi at least covered sikit dengan insurance ni.


Dah selesai bab insurance, kami teruskan perjalanan ke Border.


Sebelum masuk Thailand tu dinasihatkan korang isi minyak penuh penuh dulu ye. Sebab kalau kat Thailand minyak mahal sikit. Rate tak same di setiap stesen minyak. So mane boleh jimat baik dijimatkan..


Dari Changlun tadi mengambil masa hampir 50minit (56km) untuk sampai ke Pos Imigresen Wang Kerlian Perlis. 


Sepanjang perjalanan dari KL, kami sentiasa menggunakan waze untuk tahu ETA dan jarak satu destinasi ke satu destinasi supaya kami mudah untuk merancang perjalanan kami.


Sepanjang perjalanan nak masuk border kami lalu diperkampungan Perlis. Serius sangat cantik kawasannye. Tenang dan nyaman aje.


Sempat gak berhenti tepi jalan sebab icik abam nak amek gambar matahari terbit


Dah puas bergambar kami teruskan perjalanan semula. Time ni semalaman tak mandi lagi, so bila dapat hirup udara segar camni, rasa fresh laa sikit kan.. Hihi


Kami sampai di kastam Malaysia dalam jam 9 pagi. Kereta dah berderet beratur untuk masuk ke Thailand. Kat Kastam Malaysia ni ok lagi beratur dalam kereta aje. Kat Kastam Thailand kena park kereta dulu pastu beratur kat kaunter untuk cop passport dan amek gambar. Lepas tu pergi ke Kaunter sebelah untuk dapatkan Borang TM2 (Passenger List), kat situ kena bayar RM5 seorang.


Dah isi form TM2 pergi semula ke kaunter pertama tadi untuk dicop atas borang tu. Dah selesai bawak Borang TM2 tadi bagi kat pihak imigresen Thailand untuk key-in dalam sistem untuk declare nak masuk kereta pulak. Kat sini korang kena bayar RM10 untuk satu kereta.


***Sila selitkan RM2 bila nak serahkan passport kat kaunter.


Tak sampai setengah jam uruskan passport dan insurance, kami dah boleh masuk Thailand.. Yey!! Berjaya gak bawak masuk kereta sendiri... Pestaim ni bawak kereta sendiri masuk negara oranggg Hihi


Masuk masuk je Thailand korang akan jumpa perkampungan Satun. Kat sini korang belilah simkad untuk dapatkan internet. Ada internet, barulah senang nak guna waze.


Dah beli simkad, dan internet dah ade kami teruskan perjalanan ke Krabi. Nak tahu pasal harga dan plan internet simcard yang kami gunakan boleh klik DISINI


Ohyaa, lupa nak habaq, kalau korang beli simkad kat sini, dorang akan tolong tukarkan untuk korang. Simkad dalam fon korang tu dia akan keluarkan dan masukkan dalam pack untuk korang simpan.


Dua jam masuk Thailand icik abam dah mula ngantok. Maklumlaa dari KL dah hampir 10jam perjalanan tak tidur langsung. Excited nak pergi Krabi katakan, last last surrender gak berhenti untuk nap sekejap. 


Sejam jugak kami berhenti kat Cafe Amazon ni siap makan bekalan tapau member lagiii.. hikhik


Dah nap dan "isi perut" kami teruskan perjalanan semula ke Krabi. Perjalanan untuk sampai ke Krabi kalini mengambil masa lagi 3jam (318km). 


Masa perjalanan ikut cara pemanduan masing masing ye. Kat sini jalanraya memang cantik dan besar, tapi korang kena faham, kat sini bukan Malaysia yang ada highway bertol-tol yang boleh korang speed. 


Kat sini korang kena bersabar mengharungi traffic light dan menggalah dengan cara pemanduan kenderaan kenderaan dari orang tempatan kat sini.


Sesampai di Krabi kami terus menuju ke Aonang Beach. Sebelum cari tempat makan kami dah cari tempat tidur dulu. 


Next entri nanti kite continue cerita pasal tempat lunch dan hotel yang kami walk-in ni ye..


Salam Perkenalan,

Tuesday, April 05, 2016

Entri Penamat | Berakhir Sudah Cerita Kami Di Bali Ade Rezeki Update Lagi

akhirnye tamat jugak cerita pasal kami di Bali. bertungkus lumus aku nak update kesemua cerita yang ada. Maklumlaa cerita untuk 1st trip aritu pun banyak yang pending dan terbengkalai kat draft.


dah tamat cerita kat Bali ni barulaa boleh update pasal kami kat kota singa pulak, yang entri tu takdelaa banyak macam entri kat Bali ni, yelaa kami duduk dua hari satu malam je kat sane, so kalau banyak pun gambar jelaa macam biasakan.. hehehe


papepun sebelum masuk dalam kite bergambar kat luar dulu, maklumlaa dah nak balik KL so entah bile lagi dapat jejakkan kaki kat Ngurah Rai airport ni kann...


amek gambar sepanjang laluan kami nak masuk dalam untuk check in luggage..


puas jugakla bergambar di kawasan airport ni, yelaa dah kali kedua datang, tak tahu lagi ade rezeki kali ketiga ke tidak pasni kannn hehehe


memandangkan ade mase dan duit rp terlebey, so kite buat wrapping luggage. maklumlaa risau ade barang orang kirim, so kenela wrap sebagai langkah keselamatan..


satu bag kalau nak wrapping Rp80k camtu... kami wrap dua dua beg sekali, sebab dalam dua dua beg tu ade barang yang orang kirim, so risau jugaklaa kalau tak wrappp..


kalini balik tadelaa berat sangat luggage kami, sebab kami tak banyak menshopping pun.. beli pun barang ape yang orang kirim, pastu beli 2 3 helai tshirt untuk kami dan ole ole sikit untuk family..


lepas je timbang berat luggage kami, ade pulak notis ni kat sebelah.. flight kami delay.. agak lame jugaklaa...


so alang alang dah delay punye lame, kami merayau rayau jelaa dalam airport lagi.. sebelum ni tak sempat pun nak terjah macam macam kedai kat dalam airport ni..


memandangkan delay lame, so kami diberi makan kat airport..


nasib baik dapat makanan so tadelaa kelaparan kan.. hehehe



ni antara menu makanan yang kami dapat.. setiap kotak makanan lain lain, so nasiblaa dapat ape.. hehehe


menu dia nampak simple, tapi sedappp bagi aku.. hehehe


makan ni pun untuk alas perut je dulu.. kang dalam flight dorang ade served makanan jugak lagiii...


flight kami delay sebab kami tukar kapal terbang yang lagi besar..


kapal terbang dah ready so dah boleh naikkk


dah duduk kat seat masing masing dalam 10-15minit camtu dapat lagi makanan.. tapi kalini tadelaa makan nasi..



dah abes makan, sambil nak lelapkan mata, main game jap.. lame pulak tak main game ni.. hehehe


walaupun dah banyak gambar dalam kapal terbang, kite amek jugak lagi masa nak balik ni..


pastu amek video maklumat keselamatan yang disediakan...




kongsi selimut hahahha..



kemain bergambar sakan dalam flight.. maklumlaa jakun dapat naik kapal terbang besar... hehehe


sebelum turun pun sempat lagi bergambar.. hehhe


Alhamdulillah selamat mendarat kat KLIA




Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...