Friday, February 22, 2019

McDonald’s Perkenal Scrambled Egg Sandwich Sebagai Menu Sarapan Pagi Terbaru

Hi semuaaa, breakfast ape pagi ni??? Nampak sedap bukan Scrambled Egg Sandwich ni??  Sandwich untuk sarapan pagi yang menawarkan rasa hebat dan pengalaman berbeza dari McD


Petaling Jaya, 21 Februari 2019 – Rakyat Malaysia kini boleh memulakan pagi mereka dengan dua menu sarapan pagi baru McDonald’s – Scrambled Egg Sandwich dan Sausage & Scrambled Egg Sandwich.

Dengan dua sandwich baru ini, pelanggan bakal dihidangkan dengan telur hancur yang gebu, ditambah pula dengan keju cheddar dan sos berkrim istimewa serta ban lembut yang dibakar sempurna. Pelanggan juga boleh memilih untuk menambah kepingan sosej ayam dalam hidangan Sausage & Scrambled Egg Sandwich untuk sarapan pagi yang lebih enak dan mengenyangkan.

“Walaupun mufin Inggeris telah sekian lama menjadi pilihan utama untuk sarapan pagi oleh para pelanggan McDonald’s, mereka sentiasa berusaha mencari jalan untuk memberikan rasa hebat dan pengalaman berbeza untuk para pelanggannye. Sandwich yang disediakan segar ini menawarkan kenikmatan seperti ‘cair di dalam mulut’, hasil daripada penggunaan bahan-bahan dari kualiti terbaik semasa penyediaannya. Menu sandwich terbaru ini mampu memenuhi permintaan lebih ramai pelanggan semasa sarapan pagi,” kata Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.

Scrambled Egg Sandwich boleh didapati bermula dari harga RM8.50 untuk set sarapan pagi yang dihidangkan bersama hash-brown dan McCafe Premium Roast Coffee. Untuk mereka yang inginkan nilai yang lebih berbaloi, Scrambled Egg Sandwich ini juga boleh didapati dengan pembelian promosi McSavers Breakfast Mix & Match dengan harga RM6.99.

Tawaran dan promosi tambahan untuk menu sarapan pagi McDonald’s ni juga boleh didapati di aplikasi McDonald’s yang boleh dimuat turun dari Google Play dan Apple App Store. Menu sarapan pagi McDonald’s boleh didapati mulai jam 4 pagi hingga 10 pagi setiap hari.

So jom ape lagi, masih sempat ni kalau nak order menu breakfast dari McD hihihi



Salam Perkenalan,

Thursday, February 14, 2019

FB Live Performance with @aizatabdulrazak

Dah hampir setahun cerita ni, time icik abam buat LIVE Facebook dengan Aizat Abdul Razak


Sebelum nak cerita panjang, naklah ajak semua yang baca entri ni follow semua media sosial kat bawah ni ye.

👉Facebook : Munir Khalil Official https://www.facebook.com/munirkhalilofficial
👉Instagram : @munirkhalilofficial


Ni gambar disebalik tabir sebelum FB Live start..


Kalau korang dah nengok page yang kite bagi tu, mesti ada yang tanye, artiskah icik abam kite ni?? hahaha. Kita boleh cakap retis di hati kita aje cia cia ciaaa hahaha..


Time ni nak memperkenalkan produk kesihatan eMarine kat semua followers yang nengok.


Time live ni berlangsung, Aizat ade buat contest, memang ramailah yang join live ni.. tak sangka betul. Maybe ade yang kenal tak kenal je Aizat ni kan, korang boleh follow facebook yang kita ade tepek tu. Aizat adalah seorang make-up artis. Agak ramai jugak followers Aizat..


Sape followers Aizat boleh tinggalkan komen sikit hihihi..


Icik abam kena make-up dengan Aizat time ni, memang lain benau cara make-up Aizat malam tu kann hahaha



Sambil Live, sambil perform.. hihihi


Lame jugak tak update aktiviti icik abam, yelaa sejak ade dak Audya ni, tunggu mummy senang senang sikit mummy update satu persatu ye..


Kita pun sempat gak buat live time ni. Nak gak tumpang sekaki tu hihihi


Okee laah kalau korang nak info pasal produk atau nak cari musician/band boleh roger nombor kat bawah ni..
👉 017-6663087

Sebut dapat dari blog ni tau. konpem dapat harga kasih sayangggg :)  



Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...