Showing posts with label Tasik Titiwangsa. Show all posts
Showing posts with label Tasik Titiwangsa. Show all posts

Wednesday, May 13, 2015

Riadah Naik Kete Kuda di Titiwangsa

Okee malam ni aku tak nak sambung cerita di Bali. Malam ni aku update pasal cerita yang hampir lapuk gaklaa. Cerita mase adik dan anak sedare aku singgah tidur di rumah kami. Rasenye dah sebulan lebih gaklaa.. Memandangkan minggu ni dorang nak datang KL lagi.. so tu yang aku kene update cerita yang lame ni dulu. Nasib baiklaa ade simpan gambar gambarnye.. hihi

Seminggu dorang ni duduk KL aritu.. tapi takdelaa seminggu tu dorang tidur rumah kami. Dorang tidur hotel di PJ. Rasenye isnin sampai jumaat dorang tidur hotel pastu jumaat malam tu konon kononnye nak balik kampung same same. Tapi tak jadiii.. sebab badan rase cam tak best so tu yang malas nak kemas barang balik kampung. So bile tak jadi balik kampung tu yang kami plan jalan jalan kat taman tasik titiwangsa tu..
Budak debot sorang tu pun time ni tak bape nak sihat sangat. Selsema.. sebab banyak sangat berendam dalam swimming pool sebelum datang rumah makngahh. Pastu terperuk je dalam bilik hotel dengan aircond bagai. Tu yang badan lemau kemain tu.

Alang alang dorang dah kat KL, mama dan papa debot pun ajaklaa jalab jalan. Busan duduk rumah so kami cari aktiviti riadah yang best nak buat petang petang tu.  Bila pikir pasal nak beriadah petang petang semestinye best kalau pergi taman tasik titiwangsa. Kat situ macam macam aktiviti riadah korang bole lakukan macam yang pernah aku update dalam entri sebelum ni.
Selain jogging.. naik basikal..  main kasut roda opkos naik kereta kuda pilihan aku. Nak naik kuda pun bole.. tapi dak debot ni kecik lagi.. so nak bagi naik kuda pun cam tak bape sesuai lak kan. So aku bawaklaa naik kereta kuda. Boleh naik ramai ramai.. Amek satu pusingan je. Jadilaa nak merase.. aritu pokcu dah merase naik kereta kuda.. kalini debot pun nak merase gakk hihihi
Budak debot sorang ni pun time tu bukan baik nau moodnye.. so dah dapat seround tu pun dah cukup baik die tak merengek.
Tiket untuk satu pusingan naik kereta kuda ni RM1 je. So kalau korang rase nak dua pusingan korang belilaa dua tiket untuk dua pusingan.
So ni antara gambar yang ade mase kami naik kereta kuda. Cukuplaa untuk buat kenangan.. hihi
Dak debot tu pun bukan nak nengok sangat kamera bile amek gambar. Huhuhu.. memang payah nak amek gambar die kalau mood die tengah tade.. hehhe
So ni video mase naik kereta kuda tu pulak
Dah abes satu pusingan kenelaa turun.. orang lain lak nak naik.. Nengok si debot tu.  Tak sempat sempat nak amek gambar dah meronta ronta nak turun. Nak jalan sendiri nak nengok kuda yang ade
Nengoklaa tu orang sibuk suruh pandang kamera die sibuk pandang kuda kat belakang tu.. Maklumlaa kat rumah nenek kat kampung tu mane ade kuda.. lembu adelaa.. so kereta lembu je yang lalu.. naiknye idakk hehhee


Salam Perkenalan,

Tuesday, January 20, 2015

Sepetang Di Tasik Titiwangsa

Kteorang kalau busan kat rumah tak tahu mane nak pergi memang akan ke Tasik Titiwangsalaa jawabnye ^^


Aku suka pergi kat sini sebab tempat ni adalah tempat dating kami dulu dulu, sambil sambil tu boleh teringat zaman zaman muda remaja dulu tu ^^


Selain tu aku suke Tasik Titiwangsa ni sebab kat sini macam macam aktiviti korang boleh lakukan termasuk boleh berbasikal, berkasut roda dan berkuda


Kalau nak berbasikal atau berkasut roda korang bole sewa aje kat sini. Kalau nak sewa basikal RM10 sejam, kalau nak sewa kasut roda tak sure lak aku. Kalau ikutkan aku aritu memang nak sewa basikal tu, sebab rase dah lame benau tak mengayuh, tapi icik abam lak tak sporting, cakap takut aku letih lak kang kalau berbasikal tu. Yelaa aku mane penah berjogging. huhuhu


Tup tup die suruh aku duduk je kat tepi tasik tu. Apelaa icik abam ni, azam kite tahun ni dahlaa nak kuruskan badan, kalau duduk je mane datangnye peluh nak kuarkan. huhuhuhu


So bile dah dengar aku bebel bebel cakap nak hilangkan peluh bagai, so die ajaklaa aku berjalan aje, dengan jalan jalan camtu boleh kuar kan peluh gak katenye


So berjalanlaa kami, siap berpimpin pimpin tangan lagi tu hahahha


Penat gaklaa berjalan kat Tasik Titiwangsa ni. Mane taknye, kawasannye agak besar gak, so kalau nak berjalan keliling tasik tu mahu semput gak aku, so dah setengah jam berjalan camtu terus kami balik je


Cukuplaa untuk keluarkan peluh sikit sikit. hahaha ^^


Salam Perkenalan,

Monday, June 16, 2014

Dating Tepi Tasik Titiwangsa

Ini cerita hari minggu kami berdua.
Pemandangan dipetang hari di tasik titiwangsa. Cantik sangat cuaca time kami pergi ni, KLCC ngan KL Tower nampak jelas dari tepi tasik ni
Mula-mula aku just ajak icik abam pusing-pusing dalam kereta je, pastu nengok cuaca cam elok je so ajak laa icik abam parking kereta jap nak amek gambar kat air pancut
Alang-alang dah turun dari kereta, pastu nampak port baik, terus icik abam cakap nak amek tikar dalam kereta
Bentang tikar duduk tepi tasik. Sambil nengok pemandangan dan air pancut sambil tu juggaklaaa die hisap rokok. Memang buat pencemaran sungguh! *Entah bilalaaa nak benti isap rokok icik abam oiii
Selesai hisap rokok bole pulak icik abam bantai membuta kat tepi tasik tu. Dah macam kat rumah sendiri pulak die buat. Siap sempat berdengkur tu. Tulaa orang tidur die tak mau tidur. Semua gara-gara nengok bola pepagi buta. Dah record pun pegi seksa mata tu nengok live. huhuhu
Sebelum icik abam terbongkang kat tepi tasik tu, sempat gaklaa snap 2,3 gambar kami bersama
Pastu die dah leburrrr, aku snap gambar sensorang jelaa kan. Apeje keje boleh buatkan.. hihihi

Bila dah nak senja air pancut pun dah tade, kami pun berangkat balikk, kang dok tepi tasik malam-malam kang aje kene gigit ngan nyamuk je
Sebelum balik snap dulu gambar tuan tanah ^^

[Catatan : tempat dating dulu2]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, April 11, 2014

Menunggang & Menaiki Kereta Kuda Di Titiwangsa


 Inilah aktiviti kami hujung minggu hari tu. Menunggang & menaiki kereta kuda di Taman Tasik Titiwangsa


Tiket ni murah aje. Tapi hari tu masing-masing boleh beli untuk satu round aje dulu. Yelaa time weekend kan, ramai orang, so kene sorang seround aje dulu ^^




 1st pokcu yang naik kuda dulu




 Next korang cekidaut ajelah gambar kami time tu ye ^^




Aku konpem kompemla tak dapat nak tunggang kuda tu kan. Dah pakai kain takkan nak naik jugak ye tak



 Mase kami pegi tu ramai bebudak yang nak naik. Dorang ni anak-anak yatim dari Seremban


Lepas kan budak-budak tu naik baru icik abam pulak beratur amek turn nak naik ^^




 Abes lah kuda ni bawak icik abam yang nemox tu. hihihi




 Umur kuda yang icik abam naik ni 14 tahun kata pakcik tu



 Dah seround tunggang kuda, time aku nak naik kereta kuda pulak ^^



 Kene ikut turn jugak ye. Hari minggu so ramai gak yang nak naik




 Kereta kuda ni boleh naik berempat, tapi kami ade 3 orang aje, so naik bertiga ajela ^^






Last sekali macam biasa, opkoslah tepek gambar tuan tanah kan. hihihi


[Catatan : Bawak pokcu jalan]

Salam Perkenalan,  
With Love 

Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...