Friday, June 29, 2012

Gempar! Norliza Nordin Menang RM 1 Juta

Okeh, ini berita yang aku dapat dari Muka Buku minggu lepas! menang RM 1 Juta.. memang gempak gile lah kan! hahhaha.. kalau lah betol-betol dapat, memang jadi jutawan segera aku! hehehe tapi, berita  tu sekadar permainan sahaja. aku cube-cube kat Facebook. kalau korang teringin nak cube korang boleh klik Disini
Disebabkan aku post berita tu kat Facebook, ade lah yang komen dan meng"amin"kan berita tu! ^_^
Minggu yang sama selepas keluar berita tu, aku dapat cabutan bertuah RM100. Alhamdulillah, tak menang RM 1 Juta seperti yang dinyatakan dalam berita tu, tapi aku Menang wang tunai RM100 dan Hamper Barangan Shurah bernilai RM100. Untung untung! itulah rezeki namanye! ^_^

Mungkin semua kata-kata dan komen orang yang bace berita tu yang menjadikan aku bertuah minggu tu. Alhamdulillah dan terima kasih semua! Syukur. Pasal menang wang tunai RM100 dan barangan Shurah bernilai RM100 tu akan aku update nanti ye. Insya Allah.
Eh chop! sebelum abeskan entry ni, aku cube lagi sekali application berita tu, ini berita gempar yang aku dapat! makk aii! mintak jauh! harap-harap tak jadi kenyataan! hihihi

[Catatan : Bile lah air nak ade ni! hukhuk]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Friday, June 15, 2012

Burger Celop (Homemade Grill Burger)

Burger Celop (Homemade Grill Burger)
"Lain dari yang lain"
Coming on this Saturday!

Ape yang lain dari lain?? itu yang korang kene cuba! Akan mula beroperasi pada hari Sabtu ni 16 Jun 2012.
Lokasi seperti dibawah. Jangan lupe Like page Burger Celop untuk mendapatkan maklumat terkini! ^_^
Jom datang ramai2 sabtu ini okeh!!!!

[Catatan : Selamat mencuba & Good Luck!.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Thursday, June 14, 2012

Kelip-kelip Kampung Kuantan

Kami pergi Kampung Kuantan ni dah lame dah, 27hb Mei yang lepas, sebenarnye, dah lame dah pasang niat nak pergi nengok kelip-kelip tapi baru hari tu berkesempatan nak pergi. ^_^ 

tapi, time tu kami tak pergi berdua, mak mentua dengan anak sedare Icik Abam ikut sekali. niat hati memang nak sangat nengok kelip-kelip, tapi bile da tengok sampan ngan sungai, jadi takut pulak. lagi-lagi kawasan tempat tu memang gelap. mahu tak tidur malam budak-budak ni kang. aku pun same nanti! so disebabkan masing-masing takut nak naik sampan tu, maka nengok jela orang naik sampan dari jauh!. hihihi

korang cekidaut dulu gambar-gambar yang ade ye.
 time kami datang tu, memang dah ramai dah yang beratur tunggu turn nak naik sampan.
kami nengok dari jauh je kelip-kelip ni! kalau nengok dekat-dekat mesti cantik! ^_^
untuk keterangan lanjut berkaitan Kelip-kelip Kampung Kuantan, boleh klik Disini dan Disini
sebenarnye, time kami sampai kat Kg Kuantan tu, budak-budak ni tengah tidur, yang kakak pulak tak mahu mangun sebab tengah syok tidur kot. hehehe.. Last-last paklang nye kejutkan dengan care camni... "mangun mangun kakak, kite beli vitagen jom!" akhirnye, berjaye juga kejutkan. hehehe.. tak ade vitagen, eskrem die amek! :p
okeh, sebelum balik, haruslah bergambar kat pintu gerbang! :p

[Catatan : Icik Abam ajak pergi lagi!.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Friday, June 08, 2012

Resepi Asam Pedas Ibunda

Entri ni diupdate atas permintaan! macam power memasak je kan.. ^_^

aku update secara ringkas sebab bos tak masuk opis lagi ni, so boleh lah aku mengarang kan. kang kalau die dah masuk konpem-kompem tak sempat nak duduk bagai. Hari ni, aku kongsikan ngn korang resepi yang aku belajar dengan ibu aku untuk masak Asam Pedas.
Mula-mula korang blander:
  1. Kunyit = 1 inci atau korang boleh gune serbuk kunyit, korang gune dalam 2 sudu kecil camtu.
  2. Halia = 1 inci atau sebesar ibu jari
  3. Bawang Besar = 1 bijik
  4. Bawang Putih = 5 bijik
  5. Masukkan Belacan sikit, sebesar duit 50sen lame. ^_^
  6. Kelapa Goreng = 1 sudu makan
  7. dan kalau korang nak buat Asam Pedas Ikan Duri korang masukkan Jintan Manis 1 sudu makan. Tapi kalau tak buat Ikan Duri tak yah masukkan pun takpe. (Jintan Manis untuk Ikan Duri je) *semua-semua kuantiti bahan-bahan korang boleh tambah/kurang ikut kehendak masing-masing ye
  • Okey, siap blander, korang sediakan bahan untuk menumis pulak:
  1.  Bawang Putih = 3 bijik
  2. Bawang Besar = sebelah je pun boleh
  3. Halia = Setengah inci
  4. Halba = 1 sudu teh 
  *semua-semua kuantiti bahan-bahan korang boleh tambah/kurang ikut kehendak masing-masing ye

  • Semua bahan ni korang tumis sekali dengan Cili Boh, kuantiti ikut kehendak masing-masing ye. Tumis sehingga garing dan bawang kelihatan kekuningan.
  • Perasa-perase (Garam/Gula/Ajinomoto) semua korang letaklah ikut rase korang. tapi dalam masakan aku, aku tak pernah gune Ajinomoto, so korang letaklah ikut selera korang ye.
  • Korang masukkan segala bahan yang korang dah blander tu tadi. korang campur kan, dan korang tunggu sampai garing. Bak kate ibu aku, biar sampai naik minyak!. Sementara tu, korang bolehlah masukkan sekali Daun Limau dan Serai (2 batang). Kalau tak nak pun takpe, tapi ibu aku memang suke bubuh semua tu.
  • Last sekali korang masukkan lah Air Asam (asam segenggam). Korang masuk lah ikut kuantiti yang korang rase ok. Lepas je masukkan Air Asam, korang masukkan kan lah Bunge Kantan dan segala ikan/lauk yang korang nak. Sedap bunge kantan ni, dulu aku tak suke, tapi ibu aku ajar makan, terus suke smpai sekarang. memang sedap.
Selesai, selamat mencuba. Harap-harap faham lah ye, sebab update dengan cepat, keje dah menunggu. Semoga berjaya! ^_^
[Catatan : Resepi Ibunda.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Wednesday, June 06, 2012

Musim Buah Durian

Pergi mana-mana je mesti jumpe durian. Tengah musim durian katekan, tu sane-sini bau durian aje. Kalau kat KL ni berlambak-lambak orang jual durian aku nengok. ade 3 bijik RM10, ade 2 bijik RM10. kalau bukan musim tu, takde maknenye dorang nak jual ikut bijik-bijik, konpem dorang jual ikut timbang. Memang mahal. ^_^

Aku pun kekadang gian jugak dengan buah durian ni, bile bukan musim teringin, cari jela kat Tesco, konpem ade. Icik Abam ni dah tahu aje aku punye peel, bile musim, konpem aku tak mencari, bile dah abes musim kang baru gile-gile nak cari. Hehehe. Maaf, tekak ni yang ngengade! 

Citer pasal musim durian ni, minggu lepas kami balik kampung Melaka, bile kate musim durian tu, mestilah ade je buah durian yang gugur kan. sampai tak larat nak makan. ^_^

Oh memang sangat puas makan durian kat kampung. tapi aku takde lah melantak sangat, takut panas badan, jenuh lak kang kalau demam. huhuhu
Disebabkan banyak durian kat rumah, abes je sarapan, lunch n dinner melantak durian aje. Marvelous! Kalau korang nak tahu, kat kampung aku tu ade dua jenis durian, satu durian kuning, satu durian putih. Itu ibu aku yang bagi name. Rase nye memang terbaik! pahit-pahit gitu. Aku memang suke yang rase pahit-pahit! ^_^

[Catatan : Durian kg mmg terbaik!.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Kami Naik Kereta Lembu

Melaka memang popular dengan Kereta Lembu, Beca dan sebagainya. kalau tak merase naik kereta lembu dan sebagainye yang ade kat Melaka tu, tak Melaka lah kan. hahaha
Sebelum naik, suruh Icik Abam posing jap! hahahah.
Lembu-lembu yang bawak kami ni gemok-gemok belaka, tupasal lah mampu bawak kami pusing-pusing tasik. hahahah. tapi kesian jugak rasenye. masing-masing dah lah berat kan.. hihihi
Sebenarnye, aku cuak jugak bile naik kereta lembu ni. risau terjongket pun ade. tapi disebabkan nak gak merase naik kereta lembu ni, berani kan diri jela ^_^

mane tak takut, tergoncang-goncang duduk dalam tu.meh nengok video kat bawah
Sebelum balik, amek gambar reramai dulu. Icik Abam takde dalam gambar sebab die tukang amek gambar ni
kalau korang tak pernah naik dan nak merase naik kereta lembu, korang boleh pergi kat Taman Buaya Melaka. Kat situ banyak kereta lembu disediakan. Caj nye pun berpatutan.

[Catatan : 1st time naik kete lembu.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Tuesday, June 05, 2012

Ego Bertukar Yamaha Sport

Dari Ego bertukar menjadi Yamaha Sport! ^_^
Ni semua gara-gara ego semput aritu. disebabkan ego ni semput, dah 2-3 hari kami pergi kerja terpakse berhenti-berhenti sebanyak 7-8 kali. memang masak! huhuhuhu

Dah tak larat dah nak buat 7 ke 8 perhentian, terpakse gaklah hantar ego ni masuk bengkel lagi. Disebabkan ego dah masuk bengkel, tauke bengkel tu "ganti" kan lah ego menjadi Yamaha Sport. so boleh lah kami balik rumah! hahahah.

Dah lame tak naik motor manual, cam lain je rase, macam kelakar pun ade. tergelak berdua je kami naik motor tu balik rumah. Nasib baiklah tak jauh. Kalau tak masak telinge aku, binggit gile bunyi enjin die. Siyes!

Arini pergi kerje ego dah tak semput dah. balik keje pun ok je haa. Alhamdulillah. Tolong jangan buat hal lagi ye ego. Raye dah nak dekat! huhuhuhu

[Catatan : Ego dah tak semput!.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Jenjalan KL Tower & KLCC

 Okey, entry ni dibuat khas untuk tatapan Papa & Mama kakak. Arini dah masuk hari ke-3 dah kakak kat rumah Mak ngah & Pak ngah. Semuanye ok-ok belaka. Don't worry! ^_^

Malam tadi kakak pergi jalan-jalan KL. tapi tahu-tahu je lah peel die, duduk dalam kete je nak tido, dapat pergi tempat sikit-sikit je sebab die ngadu ..."kakak, ngantok sikit je ni"... ayat die.. Lagi pulak candu die tertinggal kat rumah, padahal dah tersedia dah. huhuhu

So mama & papa kakak tengok jela gambar yang ade ye.. tak banyak amek gambar pun. Cekidaut! ^_^
Sebenarnye, kat KLCC ade KL International Music & Light Festival dari 4-8 June 2012. So kepade yang nak tahu lebih lanjut boleh klik gambar di atas tu. ^_^
Masing-masing semua muke ngantok benaunye.. huhuhu

Last sekali, pose dari kakak! :p

[Catatan : Peminat Mia Sara Nasuha.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Friday, June 01, 2012

FIRDAUS Tampilkan Kelainan Dengan Album "Saat Terindah"

Hari ni aku nak update pasal sebuah kumpulan nasyid di Malaysia iaitu FIRDAUS. Kepada sesiapa yang tak kenal siapa FIRDAUS, korang boleh baca Disini

Aku tertarik nak buat entry ni sebab rabu lepas Icik Abam dijemput untuk menghadiri pelancaran Album terbaru FIRDAUS yang bertajuk "Saat Terindah". Album ini dilancarkan secara rasminya pada 30 Mei 2012 di Restoren Seri Melayu oleh Yang Berhormat Dato’ Mukhriz Tun Mahathir. Ia diterbitkan oleh De Firdausi Entertainent dan diedarkan oleh Warner Music. 
Sebelum aku cerita lebih panjang mengenai FIRDAUS ni, korang layan dulu Video Clip Saat Terindah! memang tebaik! Nak nengok video, klik gambar di bawah
Setelah 5 tahun sepi tanpa berita, FIRDAUS kini muncul dengan album terbaru mereka yang bertajuk “Saat Terindah”.  FIRDAUS telah pun menghasilkan 4 buah album sebelum ini sejak penubuhan mereka pada tahun 1997. Album ke-4 telah melonjakkan nama mereka menerusi lagu hits Ku Berlari, duet mereka bersama Cat Farish dan Akbar.

Boleh dengar Disini

FIRDAUS dianggotai oleh 5 orang pemuda, kumpulan ini pada awalnya mengetengahkan irama nasyid dalam lagu mereka. Namun kini, mereka lebih suka melabelkan kumpulan mereka sebagai sebuah kumpulan vokal berharmoni yang menyampaikan mesej yang universal dengan latar belakang muzik yang pelbagai. Album Saat Terindah memuatkan 9 buah lagu baru, ilham daripada gabungan lagu-lagu dari pelbagai mood serta Genre seperti Pop Alternatif, Ballad dan juga Hip Hop. 

Koloborasi antara Firdaus bersama Cat Farish, Zizan Razak dan Beeru dalam Single ‘Sabar Sajalah’ merupakan taruhan utama mereka. Kumpulan FIRDAUS juga menjemput beberapa artis lain untuk turut sama berkoloborasi bersama mereka seperti – oh Hujan dan Shiela Abdul di dalam lagu Ku Beraksi, Zahid di dalam lagu Masihkah ada Cinta serta Pretty Ugly di dalam lagu Semua Milik Kita.

Lagu-lagu di dalam album ini telah mendapat sentuhan komposer terkenal seperti Cat Farish, Faizal Tahir, Aiman Neves Pretty Ugly, Yasin, Haris Isa dan Kumpulan FIRDAUS Sendiri. Album Saat Terindah akan mula dipasarkan bermula pada hari Isnin, 4 Jun 2012 di seluruh Malaysia.

Sekian. Akan ade update  lagi pasal FIRDAUS akan datang! ^_^

[Catatan : Icik Abam tak amek gambar.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...