Hari ni aku nak update pasal sebuah kumpulan nasyid di Malaysia iaitu FIRDAUS. Kepada sesiapa yang tak kenal siapa FIRDAUS, korang boleh baca Disini
Aku tertarik nak buat entry ni sebab rabu lepas Icik Abam dijemput untuk menghadiri pelancaran Album terbaru FIRDAUS yang bertajuk "Saat Terindah". Album ini dilancarkan secara rasminya pada 30 Mei 2012 di Restoren  Seri Melayu oleh Yang Berhormat Dato’ Mukhriz Tun Mahathir. Ia diterbitkan oleh De Firdausi Entertainent dan diedarkan oleh Warner  Music. 
Sebelum aku cerita lebih panjang mengenai FIRDAUS ni, korang layan dulu Video Clip Saat Terindah! memang tebaik! Nak nengok video, klik gambar di bawah
Setelah 5 tahun sepi tanpa berita, FIRDAUS kini muncul  dengan album terbaru mereka yang bertajuk “Saat  Terindah”.  FIRDAUS telah pun menghasilkan 4 buah album sebelum ini  sejak penubuhan mereka pada tahun 1997. Album ke-4 telah melonjakkan  nama mereka menerusi lagu hits Ku Berlari, duet mereka bersama Cat  Farish dan Akbar.
Boleh dengar Disini
FIRDAUS dianggotai oleh 5 orang pemuda, kumpulan ini pada awalnya  mengetengahkan irama nasyid dalam lagu mereka. Namun kini, mereka lebih  suka melabelkan kumpulan mereka sebagai sebuah kumpulan vokal berharmoni  yang menyampaikan mesej yang universal dengan latar belakang muzik yang  pelbagai. Album Saat Terindah memuatkan 9 buah lagu baru, ilham daripada  gabungan lagu-lagu dari pelbagai mood serta Genre seperti Pop Alternatif, Ballad dan juga Hip Hop. 
Koloborasi antara Firdaus bersama  Cat Farish, Zizan Razak dan Beeru dalam Single ‘Sabar Sajalah’ merupakan  taruhan utama mereka. Kumpulan FIRDAUS juga menjemput beberapa artis  lain untuk turut sama berkoloborasi bersama mereka seperti – oh Hujan  dan Shiela Abdul di dalam lagu Ku Beraksi, Zahid di dalam lagu  Masihkah ada Cinta serta Pretty Ugly di dalam lagu Semua Milik Kita.
Lagu-lagu di dalam album ini telah mendapat sentuhan komposer terkenal  seperti Cat Farish, Faizal Tahir, Aiman Neves Pretty Ugly, Yasin, Haris  Isa dan Kumpulan FIRDAUS Sendiri. Album Saat Terindah akan mula dipasarkan bermula pada hari Isnin, 4  Jun 2012 di seluruh Malaysia.
Sekian. Akan ade update lagi pasal FIRDAUS akan datang! ^_^
Sekian. Akan ade update lagi pasal FIRDAUS akan datang! ^_^
[Catatan : Icik Abam tak amek gambar.]
Salam Perkenalan,  
With Love
With Love
Norliza Nordin
Suka bace ni?
Suka bace ni?
 



 
2 comments:
baru tahu kwujudan nya..hehe~
@rAIHanhehehe.. ^_^
Post a Comment