Showing posts with label LizNirAnniversaryTrip. Show all posts
Showing posts with label LizNirAnniversaryTrip. Show all posts

Friday, April 08, 2016

Room Superior Double Di Bliss Hotel Singapore

kami ke Singapore memang pergi secara gamble aje, tanye tanye dengan member dulu macam mane cara senang nak masuk sane terus decide nak pergi.. untuk travelogue ke singapore ni akan diupdate kemudian, aku cerita satu satu tempat yang kami pergi dulu, bagi aku.. aku lagi suke cerita satu tempat satu entri, bukan ape, senang kalau orang nak nengok tahu tu tempatnye tadelaa bercampur dengan tempat tempat lainkannn. tapi kalau travelog lain pulak, aku akan cerita dari A-Z pasal satu satu trip yang kami pergi.. 


memandangkan kami ke kota singa ni secara mengejut, tanpa plan yang rapi, so hotel memang tak booking.. cukup dah sampai sane, rasa tak larat nak balik Malaysia, terpakselaa bermalam kat sana. Tapi bilaa nak bermalam kat sana, kenala amek hotel bajet aje. Currency kite kat sane terlalu rendah, macam RM10 kite bersamaan 3 ke 4 kali ganda SGD.. so bagi aku memang banyak sangat beza... tapi nak berjalan punye pasal terpakse korban sikit duit, tak nak korban duit kena korban tenaga pulak.. hehehe


nak cari hotel bajet ni kena cari kat kawasan yang jauh dari bandar macam kat Chinatown ni.. nak ke sini pulak kami ikut map yang kami dapat masa sampai sampai tu, pastu naik bus hasil direction dari orang yang kami tanye kat station minyakkk..


dah sampai Chinatown kami survey jugak beberapa hotel termasuk hotel untuk backpackers. kemain padat sendat kalau yang backpacker punye hotel, so memang tak lalu laa nak kesitu walaupun murahhh dari yang lain, sebab kite macam berkongsi dengan orang luar, ade foreigner ade kaum sejenis yang lain. Ade je kalau nak bilik berdua ke berempat, tapi semua dah full.. so memang tak jadilaa nak menginap kat situ kan.. konon nak gak merasa, tapi kalau rasa macam tu memang tak mampulaa hehehe..yelaa kite dah penat penat mesti macam nak tempat selesa jugak nak berehat kan, lagi lagi pulak bagi kite yang muslim ni, nak campur campur tu ade batas jugakkk..


so decide punye decide amek jugaklaa hotel Bliss ni, walaupun hotel bajet kat sini tapi bila ditukar dengan duit kite jadi RM450++ jugaklaa untuk semalam. Kalau harga camtu mahu kite dah dapat hotel 5 star kann.. hehehe


Bliss Hotel Singapore ni terletak di tengah tengah Chinatown, iaitu terletak 20minit dari lapangan terbang antarabangsa Changi dan berhadapan dengan stesen MRT Chinatown. Walaupun berhadapan dengan stesen MRT tapi kami dari Kranji kami terus ke Orchard.. baru sampai so tak tahu apa ape lagi, tu yang terus ke bandar je tu.. pastu bila dah ngantok baru pikir nak cari hotel, tapi kalau nak cari hotel area situ memang tak mampulaa kan, so tu yang cari hotel bajet sampai ke Chinatown tu.. tu pun kami berjalan aje nak mencari hotel bajet punye pasal.. sampai laa ade yang ajar kami naik bus ke Chinatown.


bila dah sampai Chinatown dah rehat rehat sikit, baru survey balik kami kat mane dan tempat tempat yang berhampiran dengan kami sekarang tu. Hotel kami terletak dengan kawasan perniagaan, dekat pulak dengan pusat membeli belah dan hiburan seperti Boat Quay & Clarke Quay. Tu pun hasil menggoogle dan refer pada map yang ada. Dah sampai hotel baru dapat access internet tu yang kemain menggoogle tu.


Bliss Hotel Singapore adalah hotel yang bertemakan Chinese modern, yang mempunyai 42 bilik macamtu.. bawah ni antara rate harga semalam dalam SGD..


Standard Single - 120.00 ++
Standard Double - 150.00 ++
Superior Double/Twin - 170.00 ++
Deluxe Double/Twin - 185.00 ++
Family Quad - 275.00 ++
Executive Suite - 270.00 ++


ah dapat rehat kejap, rase macam rugi pulak duduk dalam bilik kan, yelaa kami kat situ tak lame, so malam tu habiskan masa berjalan depan kawasan hotel dan kawasan berhampiran.. hehehe


ni antara map yang kami dapat kat hotel, so malam tu tidur lewat sikit mengkaji tempat menarik yang boleh kami pergi keesokkan harinye pulakk.. hehehe


Address :

Bliss Hotel
62 Upper Cross Street
Singapore 058353



Salam Perkenalan,

Thursday, February 25, 2016

Pemandangan Gunung Berapi Yang Cantik Di Kintamani, Bali

Dah masuk hari kedua di Danoya. Pagi tu kami breakfast dulu sebelum supir datang bawak kami jenjalan.


Dah abes breakfast baru kami keluar villa. So mase untuk jenjalannnn..



Sebelum tunjuk mane tempat yang nak dituju, tunjuk dulu ape yang kami makan untuk breakfast pagi tu.


Dalam jadual, pagi tu kami akan ke Kintamani, tapi kami macam nak tersampai awal je kat Kintamani, so supir suggestkan kami singgah di Pasar Seni dulu. Katenye, kat sini kalau pandai tawar memang akan dapat dengan harga yang tersangat sangatlaa murah.


So kami pun teruja jugaklaa nak nengok ape yang ade jual kat sini kan.. Sebelum ni tak sampai sini. Maklumlaa dulu pakej kami tak ke tempat tempat pergunungan macam ni. Dulu kami banyak abeskan masa dengan aktiviti dan tempat tempat yang berlaut. Nak ke tempat pergunungan dan berbukit makan masa sikit. So sekarang pegi nak rileks rileks bolehlaa kesini.


Memang tak dinafikan, kat sini memang barang barang murah. Tapi kena pusing pusing jugaklaa. Kalau korang terus terjah dan beli, pasti korang tak sempat nak survey dan tawar menawarkan. Kat sini sempat gaklaa aku remabt dua tiga pasang baju dan seluar.


Mase dalam perjalanan ke Kintamani tu, jem sebab ade majlis pengebumian. Time aku datang tu, memang hari pengebumian beramai ramai. So sane sini lalu nampak lembu hitam ni, supir cakap orang yang meninggal tu pasti kaya raya.


Jauh jugaklaa perjalanan nak ke Kintamani ni. Dari Danoya rasenye ade laa 3-4jam. So naik letih duduk dalam mobil.. hehehe


Ape yang menarik di Kintamani ni?. Danau Batur Kintamani merupakan salah satu pesona alam yang dimiliki Bali. Ia terletak di gunung tertinggi ke-2 di Bali.


Di Danau Batur Kintamani ni cuace sejuk dan pemandangan tersangatlaa cantik.


Gunung Batur ni adalah salah satu gunung berapi kecil, terletak di tengah tengah kawah besar berdiameter 14km.


Ada sejarah yang menarik tentang kawasan Kintamani di Bali ni. Walaupun kawasan ni berada di kawasan pergunungan kecil iaitu Gunung Batur, namun ianya masih aktif.



Gunung ni telah beberapa kali meletus pada tahun 1917. Letusan tersebut telag mencabut ribuan nyawa dan menghancurkan ratusan rumah penduduk Desa Batur Tua yang terletak di dasar kaldera. Penduduk yang masih ada sekarang telah berpindah ke Bedugul.


Kat sini terdapat beberapa restoren, disini korang boleh berehat dan menikmati makanan tengah hari sambil menikmati keindahan semualajadi yang ada.



Bagi aku, makanan kat sini biasa biasa aje. Cume yang buatkan die mahal adalah pemandangan sekelilingnye. So kalau korang nak datang sini tak makan pun takpe bagi aku, cuma korang nanti akan nampak mengganggu orang yang nak makan kat sini jela. hihihi

Keseluruhan review kite bagi 4 bintang
Rating : ★ ★  ★ ☆


Seterusnya korang nengok jela gambar gambar yang ade ye.




Sambil makan boleh nengok pemandangan yang cantik.


Time kami pergi ni, matahari tengah memancar teriknye, tapi disebabkan kat sini cuace sejuk, sekejap sekejap dapat rase angin sejuk datang, so tu yang rileks aje makan tengah panas tu.












Ni harga untuk dua orang makan. Kalau diconvertkan dalam duit Malaysia adelaa dalam RM130++


Seterusnya kami ke destinasi lain pulak. Untuk ke tempat lain ni, aku update kat entri yang lain ye.



Salam Perkenalan,

Wednesday, February 24, 2016

Sepetang Di Danoya Dan Kawasan Sekeliling Bali

Masih cerita di Bali. hari pertama kami sampai check in bilik dah petang.


So abes amek gambar dan video untuk setiap inci kat villa ni sebelum kena latam dengan icik abam bersantai santai dengan pool kejap. Sonok benaulaa kan hari hari camni... hehehe


Kalini pergi memang untuk rileks rileks je. Tu yang amek pakej honeymoon. Konon nak luangkan masa berdua kot kot boleh capai misi yang belum tercapai kannn.. Opsss!.. hahaha


Orang dah deko bilik cantik cantik, haruslaa bergambar kan.. Kang dah kena latam dengan icik abam tak cantik pulak nak bergambar.. hehhe


Macam aku cakaplaa, kami kat sini memang dilayan tersangatlaa tip top.. macam ibu ibu bapak bapakk


Setiap kali waktu makan, kami akan ada"pembantu" datang villa kami untuk sediakan makanan.


Agak agak nak makan kat tepi pool pun boleh, dorang akan prepare makanan tu kat tepi pool.



Apepun pun petang tu macam tak tahu nak buat ape, sebab memang kami tade aktiviti petang tu. So bergambar kat dalam bilik jelaa. Maklumlaa orang dah deko untuk kami kan. So jakunlaa sikit.. hehehe





Macam macam gaye kan.. hahaha Abai jelaa ye


Dah busan bergambar dalam bilik, icik abam ajak keluar villa, cari kedai.


Cari kedai konon nak beli jajan untuk aku, padahal die saje wayang nak beli rokok kat kedai. hahahah


Sepanjang perjalanan nak ke kedai tu ade sawah padi. So bergambar lagiii.. hahaha


Kami jalan kaki ke dari villa, tak jauh mane pun


So dah beli ape yang nak, mase untuk pulang, ari pun dah lewat petanggg..


Ni harga barang yang kami beli. Sekali nengok beribu ribu kannn...



Dah sampai villa, berjalan dan bergambar kat kawasan villa pulak





Untuk makan malam pulak kami order dari bilik je.



Malam pertama kat situ, kami habiskan masa dengan berehat saje. Sok tu baru start jenjalan mane tempat yang tak pernah pergi dulu.


Tulaa rokok yang icik abam pancing aku beli kat kedai tadi. Katenye harga rokok kat sini lagi murahhhh.



Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...