Thursday, February 25, 2016

Pemandangan Gunung Berapi Yang Cantik Di Kintamani, Bali

Dah masuk hari kedua di Danoya. Pagi tu kami breakfast dulu sebelum supir datang bawak kami jenjalan.


Dah abes breakfast baru kami keluar villa. So mase untuk jenjalannnn..



Sebelum tunjuk mane tempat yang nak dituju, tunjuk dulu ape yang kami makan untuk breakfast pagi tu.


Dalam jadual, pagi tu kami akan ke Kintamani, tapi kami macam nak tersampai awal je kat Kintamani, so supir suggestkan kami singgah di Pasar Seni dulu. Katenye, kat sini kalau pandai tawar memang akan dapat dengan harga yang tersangat sangatlaa murah.


So kami pun teruja jugaklaa nak nengok ape yang ade jual kat sini kan.. Sebelum ni tak sampai sini. Maklumlaa dulu pakej kami tak ke tempat tempat pergunungan macam ni. Dulu kami banyak abeskan masa dengan aktiviti dan tempat tempat yang berlaut. Nak ke tempat pergunungan dan berbukit makan masa sikit. So sekarang pegi nak rileks rileks bolehlaa kesini.


Memang tak dinafikan, kat sini memang barang barang murah. Tapi kena pusing pusing jugaklaa. Kalau korang terus terjah dan beli, pasti korang tak sempat nak survey dan tawar menawarkan. Kat sini sempat gaklaa aku remabt dua tiga pasang baju dan seluar.


Mase dalam perjalanan ke Kintamani tu, jem sebab ade majlis pengebumian. Time aku datang tu, memang hari pengebumian beramai ramai. So sane sini lalu nampak lembu hitam ni, supir cakap orang yang meninggal tu pasti kaya raya.


Jauh jugaklaa perjalanan nak ke Kintamani ni. Dari Danoya rasenye ade laa 3-4jam. So naik letih duduk dalam mobil.. hehehe


Ape yang menarik di Kintamani ni?. Danau Batur Kintamani merupakan salah satu pesona alam yang dimiliki Bali. Ia terletak di gunung tertinggi ke-2 di Bali.


Di Danau Batur Kintamani ni cuace sejuk dan pemandangan tersangatlaa cantik.


Gunung Batur ni adalah salah satu gunung berapi kecil, terletak di tengah tengah kawah besar berdiameter 14km.


Ada sejarah yang menarik tentang kawasan Kintamani di Bali ni. Walaupun kawasan ni berada di kawasan pergunungan kecil iaitu Gunung Batur, namun ianya masih aktif.



Gunung ni telah beberapa kali meletus pada tahun 1917. Letusan tersebut telag mencabut ribuan nyawa dan menghancurkan ratusan rumah penduduk Desa Batur Tua yang terletak di dasar kaldera. Penduduk yang masih ada sekarang telah berpindah ke Bedugul.


Kat sini terdapat beberapa restoren, disini korang boleh berehat dan menikmati makanan tengah hari sambil menikmati keindahan semualajadi yang ada.



Bagi aku, makanan kat sini biasa biasa aje. Cume yang buatkan die mahal adalah pemandangan sekelilingnye. So kalau korang nak datang sini tak makan pun takpe bagi aku, cuma korang nanti akan nampak mengganggu orang yang nak makan kat sini jela. hihihi

Keseluruhan review kite bagi 4 bintang
Rating : ★ ★  ★ ☆


Seterusnya korang nengok jela gambar gambar yang ade ye.




Sambil makan boleh nengok pemandangan yang cantik.


Time kami pergi ni, matahari tengah memancar teriknye, tapi disebabkan kat sini cuace sejuk, sekejap sekejap dapat rase angin sejuk datang, so tu yang rileks aje makan tengah panas tu.












Ni harga untuk dua orang makan. Kalau diconvertkan dalam duit Malaysia adelaa dalam RM130++


Seterusnya kami ke destinasi lain pulak. Untuk ke tempat lain ni, aku update kat entri yang lain ye.



Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...