Monday, February 22, 2016

SkyTower The Shore Melaka

Lagi cerita tempat yang menjadi tarikan di Melaka. Negeri yang terkenal dengan sejarah ini memang tak dinafikan mempunyai tarikan dan keistimewaan tersendiri sehingga menjadi destinasi popular dalam sektor pelancongan yang menjadi pilihan pelancong dari dalam mahupun di luar negara. Sebagai anak jati Melaka, aku turut berbangga! hahaha


Kini, terdapat satu lagi tarikan baru yang wajib korang lawati sekiranya korang berkunjung atau bertandang ke Negeri kelahiran aku ni, iaitu The Shore Sky Tower.


ky Tower ni menjanjikan satu pengalaman menarik bagi mereka yang berani dan sukakan cabaran. Dan yang pasti yang tak takut pada ketinggian. hehehe


Sky Tower ni terletak di tengah tengah bandaraya Melaka yang pastinya menjanjikan kelainan dan kepuasan maksimum kepada para pelancong untuk menikmati suasana serta pemandangan yang indah dan mengagumkan dari bangunan yang berada di tingkat 43.


The Shore Sky Tower ni jugak memberi peluang kepada pengunjung melihat pemandangan 360 darjah meliputi pemandangan seluruh Melaka termasuk Selat Melaka dari puncak bangunan ini.



Selain itu, korang boleh nampak kawasan penambakan laut, masjid Al-Azim, Bukit Cina, Bukit Baru, Tengkera dan kawasan kawasan pelancongan di Banda Hilir dan sekitarnye dari ketinggian 153meter.



jika sebelum ni, orang ramai hanya melihat di kaca tv orang berdiri di atas kaca telus ditempat tinggi yang menguji keberanian seseorang, kalini korang boleh rasai sendiri kat sini.


Mereka yang mempunyai rasa gugup dan gayat dengan ketinggian, korang boleh cabar diri sendiri dengan memijak di atas kaca telus iaitu "observatory deck" yang terletak sejauh hampir 3 meter kaki di ruang khas pada ketinggian 163 meter dari paras laut.


Berdiri pada dek pemerhati yang hanya berlantai dan berdindingkan kaca telus akan membuatkan korang yang berdiri atasnye berasa seperti di awang awangan. Aku gayat, so memang taklaa nak try time tu. Tapi bila dah balik rase rugi pulak tak merase.. hahaha



Platform yang mampu menampung sehingga lima orang dalam satu satu masa itu dijamin selamat oleh pihak keselamatan dan pihak The Shore sendiri.


Untuk berada pada dek pemerhati tu, pengunjung perlu menaiki lif hingga ke tingkat 41 dan kemudian ke lif kedua ke tingkat 42. Selain berpeluang melalui jalan seakan jambatan kecil yang kelihatan terapung diudara, dilaluan itu juga korang dapat melihat kumpulan ikan koi yang berenang menerusi kolam yang berlantaikan kaca yang terdapat pada tingkat paling atas.


harga yang dikenakan kepada pengunjung juga berpatutan iaitu RM18 bagi  dewasa dan RM12 bagi kanak kanak. harga itu juga sama dengan warganegara dan pelancong asing.


kami naik ni tak kena bayar sebab dapat tiket free hasil menang contest. Dapat tiket lebih boleh bawak semuaaa.. Naik ramai ramai lagi best kan.. hehehe


Seterusnya korang layan jela gambar dan video yang ade ye. yang mane nak tahu alamat ke sini, aku selitkan address dihujung entri ye.




















Alamat : The Shore Sky Tower Sdn Bhd
Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Melaka.


Tel No.: 06-2883833
Fax No.: 06-2883533
Email : info@theshoreskytower.com





Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...