Saturday, February 20, 2016

Cuti CNY Balik Kampung Jenjalan Perak


CNY yang lepas kan cuti panjang, so kami balik kampung Perak. Dah bape minggu sebelum ni asek berjalan aje ikut icik abam outstation, so cuti ni kite luangkan mase sikit untuk balik kampung belah icik abam.


Balik kampung, macam biasalaaa, kalau tak berjalan pun tak syok gak kan. Jalan jalan pun konpemlaa kat tempat tempat yang berhampiran je macam kat jeti ni.


Jeti ni pestaim aku pergi. Dekat perhentian feri ladang Sungei Bernam namenye. So alang alang baru sampai, bergambar dulu. Cuace time ni agak panas, tapi gambar ni cam kabur sikit. Lupe nak lap cover depan tu, tu gambar nampak macam blur sikit tu. hehehe


Ni pulak cerita keesokkannye, sebelum balik Tapah


Macam biasa, ni antara tempat yang biasa dan wajib pergi kalau balik kampung. Kalau tak singgah untuk bergambar memang tak sah. Sebab Menara Condong ni kan merupakan salah satu daya tarikan orang Perak, lagi lagi yang memang kampung kat Teluk Intan ni.


Hasil menggoogle, dapatlaa pengetahuan sikit pasal sejarah Menara Condong ni.


Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa tahun yang lalu. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali.


Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.


Menara ini sebenarnye merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjugi bandar Teluk Intan.


Di bahagian bawahnye dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.



Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...