Masih cerita di Bali. hari pertama kami sampai check in bilik dah petang.
So abes amek gambar dan video untuk setiap inci kat villa ni sebelum kena latam dengan icik abam bersantai santai dengan pool kejap. Sonok benaulaa kan hari hari camni... hehehe
Kalini pergi memang untuk rileks rileks je. Tu yang amek pakej honeymoon. Konon nak luangkan masa berdua kot kot boleh capai misi yang belum tercapai kannn.. Opsss!.. hahaha
Orang dah deko bilik cantik cantik, haruslaa bergambar kan.. Kang dah kena latam dengan icik abam tak cantik pulak nak bergambar.. hehhe
Macam aku cakaplaa, kami kat sini memang dilayan tersangatlaa tip top.. macam ibu ibu bapak bapakk
Setiap kali waktu makan, kami akan ada"pembantu" datang villa kami untuk sediakan makanan.
Agak agak nak makan kat tepi pool pun boleh, dorang akan prepare makanan tu kat tepi pool.
Apepun pun petang tu macam tak tahu nak buat ape, sebab memang kami tade aktiviti petang tu. So bergambar kat dalam bilik jelaa. Maklumlaa orang dah deko untuk kami kan. So jakunlaa sikit.. hehehe
Macam macam gaye kan.. hahaha Abai jelaa ye
Dah busan bergambar dalam bilik, icik abam ajak keluar villa, cari kedai.
Cari kedai konon nak beli jajan untuk aku, padahal die saje wayang nak beli rokok kat kedai. hahahah
Sepanjang perjalanan nak ke kedai tu ade sawah padi. So bergambar lagiii.. hahaha
Kami jalan kaki ke dari villa, tak jauh mane pun
So dah beli ape yang nak, mase untuk pulang, ari pun dah lewat petanggg..
Ni harga barang yang kami beli. Sekali nengok beribu ribu kannn...
Dah sampai villa, berjalan dan bergambar kat kawasan villa pulak
Untuk makan malam pulak kami order dari bilik je.
Malam pertama kat situ, kami habiskan masa dengan berehat saje. Sok tu baru start jenjalan mane tempat yang tak pernah pergi dulu.
Tulaa rokok yang icik abam pancing aku beli kat kedai tadi. Katenye harga rokok kat sini lagi murahhhh.
Salam Perkenalan,
No comments:
Post a Comment