Untuk second trip ke Bali ni kami amek pakej honeymoon. Dulu nak amek pakej honeymoon sibuk nak berjalan. Yelaa kalau amek pakej honeymoon kurang sikit aktiviti luar. So kuranglaa berjalan kannn..
So untuk trip ni kami amek pakej honeymoon di Danoya Villa. Villa ni pun kami amek hasil menggoogle oleh icik abam. Agak agak aku dah puas hati dan suke dengan bajet, barulaa booking. kalini kami menggunakan khidmat agen pelancongan jugak. Semua dorang setelkan bila payment dah dibuat.
Aku pilih Danoya ni sebab aku sukekan private pool yang ade kat villa ni. pastu villa die dua tingkat memang untuk kami saje. So nak gak merase duduk rumah dua tingkat kannn.. Walaupun rumah kami ditingkat dua. hahahahaha
mase check in tu dah dapat welcome drink. Tapi bila dah masuk bilik dapat lagi minum petang. Dorang datang sediakan kat villa saje. Memang makan dalam villa saje. Namepun pakej honeymoon kan, so semuanya dibuat di dalam bilik.. hehehe
Danoya Villa ni yang lagi aku suke sebab menampilkan campuran reka bentuk Mediterranean dan Bali. So ia nampak mewah dan klasik.
Villa mewah ini terletak 1.1 km dari pantai Batubelig, 4km dari Seminyak dan 10 km dari taman air Waterbom Bali.
Seperti yang aku dah cerita tadi, villa dua tingkat ni mempunyai private pool. Ada Wi-Fi percuma, TV Skrin dan mini bar. Ia juga mempunyai dapur, tempat makan dan ruang tamu.
Bilik tidur pulak kat tingkat atas, bilik tidur atas pun ade bilik air. So tade laa berebut dengan icik abam, sorang boleh guna yang atas sorang lagi gune yang bawah. tade pun mandi je kat dalam pool tu kan.. hahaha
Selain sarapan, lunch dan dinner disediakan. Spa juga dorang bagi kat kami secara percuma. Spa selama dua jam untuk aku dan icik abam.
Seterusnya korang layan jelaa gambar gambar yang ade ni. Siyes aku suka reka bentuk villa ni. Eh eh, tetibe rase rindu pulak nak duduk sini..
kalau pergi mane mane kalau ade bathtub camni memang aku suke berendammm..
Petang tu tak tahu nak buat ape, kami jenjalan amek angin kat kawasan villa ni. Berjalan kaki je..
Alamat: Jln. Batubelig No. 559, Kerobokan, Kuta Utara, Bali 80361, Indonesia
Salam Perkenalan,
No comments:
Post a Comment