Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Wednesday, September 06, 2017

Bertanjak Sempena Makan Malam JPPH 2017

Lepas je job wedding kat M3 Mall aritu ingat nak rest jap, tapi tup tup rezeki masuk lagi, tapi kalini job solo je, kire icik abam sorang je buat persembahan, bukan dengan bandmate.


Semua ni atas permintaan klien, yang mahukan icik abam tampil solo dan bertemakan pahlawan. Haa tu yang kemain bertanjak bagai icik abam tu hihihi


Terima kasih kat semua yang percaya pada suara icik abam dalam menjayakan majlis makan malam yang penuh protocol dan meriah tu.. Kalau ade majlis nak buat lagi jangan lupe jemput kami ye.. :p


Memang penuh semangat icik abam mendendangkan lagu bertemakan pahlawan, pastu pakai pulak tanjak dan baju pahlawan, so semangat time mendendangkan lagu tu kemain memuncaklaa kann.. Walaupun hanya menggunakan minus one sahaje..


kalau datang sekali dengan band memang boleh naik syehhh dah icik abam malam tu hihi


Tapi setiap kali icik abam perform, kite yang kemain gemuruh dan nebesss


Papepun, lega lepas dah abes tugasss.. Pastu dapat pulak feedback yang positif lepas perform tu, so terus boleh tersenyum dan berselfie.. hihihi


Nak berselfie dalam dewan malu, so kite selfie kat luar dewann.. hihihi


Ni antara lagu yang icik abam bawak pada malam tu..


Hanya tiga buah lagu sahaja yang dapat icik abam sampaikan, tu pun atas permintaan klien..



Salam Perkenalan,

Tuesday, September 05, 2017

Pameran 'Game of Thrones' Pencils | Sunway Pyramid

Jika korang peminat rancangan TV 'Game of Thrones', ini adalah satu pameran yang tak boleh korang ketinggalan! hahaha


Kami ke Sunway Pyramid untuk lihat pameran 'Game of Thrones: A Pencil Microsculpture Exhibition by Salavat Fidai' ni aritu. Pameran ni diadakan di Blue Concourse Sunway Pyramid hingga 9 Julai 2017 sahaja.


Pada masa ni kat Sunway Pyramid ada pelbagai koleksi permainan microsculptures bertemakan Game of Thrones yang sangat terperinci, semuanya diukir sepenuhnya pada grafit pensil! 


HBO Asia telah ditugaskan untuk memperingati musim yang akan datang, iaitu karya microsculptures yang rumit, lebih daripada 30 daripadanya adalah karya tandatangan pengukir 'Russian sculptor Salavat Fidai'.


Ni gambar kami yang sempat dirakam semasa nak amek gambar yang pertama tadi..


Selain itu bekas artis atau seniman  'Game of Thrones', juga telah mengukir patung-patung kecil yang diilhamkan oleh bangunan-bangunan terkenal, barangan rumah, serta ikon budaya pop seperti 'Star Wars' dan Marvel's 'The Avengers'. 


Selain dari Takhta Besi dan naga, juga terdapat White Walker, Hand of the King's pin dan the Titan of Braavos.



Walaupun takde gambarnye, korang juga boleh melihat Cersei's crown, Three-Eyed Raven, Night's King, Weirwood tree, dan dua pedang, Brienne of Tarth's Oathkeeper dan Jon Snow's Long Claw di tempat pameran aritu. 



Sebenarnye agak susah jugak icik abam nak dapatkan shoot sharp dan clear gini, sebab ukiran pensil ni tersangatlaa kecil dan perlu dilihat menggunakan kanta.


time nengok nengok kat pameran tu, muncul pulak dua mahluk ni. so apelagi ameklaa gambar dengan mereka..


Sebab lepas korang bergambar di pameran tu, pastu korang post kat ig korang akan dapat button badge cam yang kite pegang tu..


kat bawah ni antara "ole-ole" yang dibawak balik dari pameran tempoh hariii.. hihihi



Salam Perkenalan,

Monday, August 28, 2017

Sambung Beraya 2017 Di Perak Pulak

Hari ni marilaa kite sambung lagi cerita kami di hari raya aidilfitri yang lepasss..


Lepas raya di Melaka aritu, kite sambung beraya di Perak pulak.. dari Melaka tengah hari camtu, pastu singgah pulak Puncak Alam amek kakak dan anak buah icik abam ni, so pastu terus ke Teluk Intan..


So raya ketiga tu kami sempat gakla beraya di Teluk Intan sekejap, pastu dah magrib kami balik ke Tapah, tapi on the way tu nampak sawah padi, haruslaa bergambar di bendang pulakk.. hahaha


Masa raya ritu kann kemain viral dengan pose lakikk angkat isteri.. so icik abam pun kemain nak pose gitu gak kat tengah tengah bendang tuu.. kite pada mulanya tak tahu pun pose ni, tapii dah buat baru scroll scroll cari gambar gambar pasangan lain.. yelaa memang raya ritu viral dengan post gini.. kemain cepatlaa mengikut icik abam ni kann hihihi


Abes cerita di hari raya ketiga, sebenarnya ade je rumah rumah yang kami pergi beraya di hari raya ketiga tu, tapi dah sampai Teluk Intan lewat so time beraya tu tak sempat nak bergambar.. huhuhu


Hari raya berikutnye baru sempat nak bergambar sambil makan beramai ramai gini.. siyes seronok time raya camni kann.. dapat berkumpul sambil makan bersama sama camni.. kalau hari biasa tak macam ni pun, tunggu kenduri ke ape baru dapat jumpa lagii yetakk.. hihihi


Dah abes beraya di rumah sedara mara icik abam kat Tapah, kite selitkan beberapa keping gambar kami posing kat rumah abah pulak. 


Ootd hari raya keempatlaa kononnye, dah tade baju melayu dahhh raya ke-4 ni, pakai jeans je.. hihihi


Kalau raya tahun tahun yang lepas ade gak gambar bersalaman dengan abah, tapi tahun ni masing masing dah malas nak bergambar time bersalaman tu so tadelaa gambar bersalaman dengan family kat Perak tahun ni.. ade ni pun gambar time nak balik Puncak Alam je..


Turn beraya dengan Mak pulakk pastuuu..


Untuk raya kat sini pun masih tade gambar bersalaman sambil pakai baju raya, ade ni pun gambar time kami nak pergi kedai hahaha.. sambil sambil turun tu amek gambar.. konon nak ootd raya ke-5 laa hahha


Tahun ni bila beraya belah icik abam macam tak jumpa bebudak ni, so paklang je datang rumah dorang sambil nak bagi duit raya tuu.. hihihi


Manje bebudak ni dengan paklang nye.. maklang nye nengok dari jauh jelaa kan hihihi.. Ini reaksi dorang setiap kali jumpa paklangnye hihihi.. so abeslaa cerita hari raya kami, tunggu cerita hari raya haji pulak ye.. hihihi


Salam Perkenalan,

Tuesday, August 01, 2017

Menang Voucher Buffet Ramadhan #MamaTisyaGiveaway

Alhamdulillah ni hasil menang contest dari mamatisya.blogspot.my


Nama kite sangkut kat BGR. Setiap pemenang dapat 2 voucher untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort. Terima kasih Kak Amy, maaflaa arini baru sempat nak update kat blog, tapi kat ig ritu kite dah update live tauuu :p


Masa ni boleh pulak terserempak dengan office-mate, kite nak jemput dok same table cam tak boleh lak, sebab table ni dah siap siap tulis reserve untuk dua orang je.. hihihi


Kami sampai dalam pukul 6 lebih camtu, so datang awal, siap siap cari seat then terus beratur amek makanan. Amek mane yang mampu habiskan aje, sambil sambil tunggu waktu berbuka tu sempat gaklaa dengar performance kat depan tu.. 


Lepas je solat maghrib kat situ, kami buat second round amek makanan lagii sebelum balik, kalini kite amek dessert pulak. dah abes makan konon nak pekena durian kat situ, tapi perut dah full sangattt.. so tak jadi makan durian kat situ sebab takut terkeluar balik je kang kalau masuk lagii hihihi


Salam Perkenalan,

Sunday, October 23, 2016

Day 2 - FamilyDay Bersama Family In-Law

Kalau sebelum ni kite dah cerita Day 1- Familday bersama Family In-Law ni sambungan hari kedua pulak.


Hari kedua ni memang penuh dengan aktiviti sukaneka. Sebelum tu kite start dengan senamrobik dulu..


Masing masing tengah fokus dengan instructor kat depan. Hihi



Macam macam gaya ade



Dah abes senamrobik kite mulakan dengan game pertama, panas terik time ni. Tapi gagah jugak nak bersukan.. Huhu



Ni mase game masukkan air dalam botol. Letih gak sukan ni.. Maklumlaa dah besar panjang, main game kanak kanak.. Bole pancit gak woii main game ni.. Hihihi



Pastu game bawak bola guna kayu hoki.. Memang bersimpang siur bawak bola ni. Yelaa sambil lari sambil seret bola. Memang jenuh gaklaa nak consistent sampai ke penghujung.


Haa ni game paling susah.. Nampak senang tapiii... Fuh fuhhh fuhhh.. Tiup punye tiup, penuh tepung kat muka aje, gulanye tak jumpa jumpaaa.. Hahhaha


Nengoklaa muka sorang sorang, sampai janggut pun dah bertepung.. Hihi


Last sekali kami main kotak beracun. Pestaim main game ni.. Nebesss abes.. Nebes sebab takut dapat denda yang bebukannn hehhehe


Petang dah tade aktiviti ape. Cume aktiviti makan berjemaah aje. Sambil berkumpul dan berborak ramai ramai..


Ni pulak cerita hari berikutnya.. Sesi penyampaian hadiah dan bergambar beramai ramai sebagai kenangan. Begitulaa aktiviti familyday kami sepanjang tiga hari berada kat sini..






Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...