Showing posts with label LizNir1stAnniversaryTrip. Show all posts
Showing posts with label LizNir1stAnniversaryTrip. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

Honeymoon di Lost World Of Tambun - Part 3

okee, ni adalah part terakhir aku nk story pasal honeymoon kteorang hari tu.. hehehe ^^


Part 1 ngan Part 2 semua cerita disiang hari. Untuk Part 3 ni aku story pasal malam hari kat sane pulak.


Malam tu kami berendam jugak. Tapi berendam dalam air panas. Icik abam aje yang berjacuzzi bagai. aku cume mampu celup-celup kaki aje. Mane taknye..air panas kot.. huhuhu..



Malam tu aktiviti berendam saje, takde aktiviti lain pun. ^^


Mule-mule kami rendam kaki dulu. Pegi kat Foot Spa.


Pastu icik abam berjacuzzi sensorang. Aku memang awal-awal lagi rase xmampu nak berendam kat dalam pool tu. Mane taknye, temperature dalam pool tu 43ÂșC. Haa, ambek, mahu terbakar kulit aku kan kalau masuk dalam tu.. hehhehe


Dah puas berendam baru kami makan malam.. ^^


Abes cerita sehari kat sane..


Ni pulak cerita keesokkan harinye, before nak balik, beli sket souvenir.


Penutup entri, tepek gambar tuan tanah bersama harimauuu... Aummmmm~


[Catatan : Sekian]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, May 22, 2013

Honeymoon di Lost World Of Tambun - Part 2

Okee, masih cerita pasal honeymoon. Lame gile nak update yg Part 2 ni kenn.. ^^


Seperti yang aku dah beritahu dalam Part 1, aktiviti kami memang penuh time kat sane.



Lepas penat meronda-ronda dalam lost world tu, kami rest jap dengan abeskan mase kat Amusement Park.



Tembak punye tembak, icik abam berjaya dapat seekor elephant ni! yahuuuu.. ade gakla kan kenangan kat situ. Tu adiah besday icik abam cakap.. cet! ingat aku bebudak lagi ke nak adiahkan teddy bear lagi.. hahahaha..


Pape pun terima kasih abang! hehehhe ^^


 okee, dah penat berjalan-jalan dalam Lost World tu, mase untuk bermandi manda lak.


Tadaaa~ Dah siap tukar uniform! ^^


Seterusnye korang review aje gambar kami bermandi manda ye.. ^^



Sewa pelampung RM15 plus RM10 deposit, so total RM25. Bagi aku kalau korang nak sewa pelampung kat Lost World ni tak worth it pun, sebab bukan gune sangat pun.


Kebanyakkan tempat-tempat air yang bergelongsor dorang menggunakan pelampung dorang, so pelampung sewa ni tak boleh digunakan.


So sewa buat rugi aje, kalau korang nk men gelonsor bagai tu korang terpakselah letakkan pelampung korang tu di tempat yang selamat ye, kalau tak kene curi nanti. Macam terjadi kat kami. Hangin icik abam, naseb baik la jumpe balek.


Kan ade nombor kat pelampung tu kan, so senang la nak cari yang mane satu kite punye.




Kat kawasan berombak ni aje mampu amek gambar, tempat len xpat amek. huhuhu



 Okee yang ni pulak bergambar ala-ala kat pantai. hehehe


Okee, dah penat mandi mande, haus le pulak.. so pekene air kelapa. Air kelapa die memang sedap.. ^^

Okee, pasni aku sambung Part 3 lak ye okbai..

[Catatan : Bersambung]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, May 16, 2013

Honeymoon di Lost World Of Tambun - Part 1

Hahahha, cam lawak aje kan berhoneymoon kat theme park area. Orang biase honeymoon kat pulau-pulau ke, kat pantai-pantai ke, tempat yang sunyi-sunyi, tapi kami berhoneymoon kat tempat yang full scheduled dengan bermandi manda dan sebagainya.. hahaha..


Sebenarnye, icik abam ajak pegi cherating pada mulenye, romantik sket katenye.. ade pantai tapi aku pulak yang tak mau. aku rase cam perjalanan jauh sangat, xbest. sebab cuti kami hanya 2 hari. so pikir pegi yang dekat-dekat ajelaaa.. huhuhu


So last minute decide pegi tambun. Jadilah kan.. hehehe


Ni kire holiday 2 in 1. Berhoneymoon sambil icik abam nak bawak aku jenjalan sempena besday aku yang ke-28.. ceh ceh.. bangge sungguh tayang umur tu kan.. hehehe


btw, thanks sesangat icik abam! Love you for a thousand years..^^


Pape pun bergambar kat entrance dulu sebelum beratur nak beli tiket.. hehehe


Ni senarai harga tiket untuk masuk ke Lost World


Untuk hari pertama ni, aktiviti kteorang memang padat. ^^


Aktiviti Pertama : Lupes Adventure



 Ala-ala macam naik roller coaster. Memandangkan aku ni penakut sikit dan xboleh nak serun-serun bagai, kami usha dulu laluan die. Nampak macam tak dela melingkau-lingkau benau laluan nye, so aku berani kan diri naik.


Yes!!! dapat naik dan turun tanpa muntah-muntah macam naik roller coaster kat Genting dulu.. hahaha


Aktiviti Kedua : Kepura Cave



 Aktiviti kedua masuk Gua pulak.. hehehe..


Bergambar dalam gua.


Aktiviti Ketiga : Tin Valley


 kat Tin Valley ni, macam-macam aktiviti lasak korang leh lakukan.


Ni antara aktiviti lasak yang ada. Time kami pegi tu konon-konon nak la naik Boga Cruise, tapi time tu dorang ade aktiviti khas pulak, semua aktiviti-aktiviti yang ade akan beroperasi selepas waktu-waktu tertentu. So tadelah kami nak datang lagi kat situ kan. Sebab banyak lagi tempat kami nak explore






Nak mendulang pun bole! ^^


Aktiviti Kelima : Swan Lake


Sebelum naik, suruh orang yang jage tu amek kan gambar kami berdua dulu^^



Untuk naik swan ni kene bayar RM5 seorang..


Okee, disebabkan dah tak larat nak berjalan, so naik la tren ni.. hehhe

Okee, rasenye cukupla untuk arini, nanti sambung cerita lagi..^^


[Catatan : Bersambung]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, May 15, 2013

Bilik Kami Di Lost World of Tambun

Sebelum nak cerita pasal jalan-jalan sambil berhoneymoon minggu lepas, nak tunjuk dulu bilik tempat kami menetap untuk hari tu. ^^
  Kami duduk kat Lost World Hotel. Hotel ni betul-betul berhadapan dengan Lost World of Tambun. so kalau nak pegi ke theme park lost world memang senangla. Jalan kaki aje.
Memandangkan duduk 2 hari aje, so barang pun tak banyak lah, hanya 1 beg baju je dah mencukupi untuk kami berdua. ^^

Barang tak banyak pun, tapi dorang kat hotel tu boleh lagi nak angkut barang-barang kami tu menggunakan troli tu. Pape pun aku memang puas hati sangat lah dengan layanan dorang tu..

Ingat barang ciput-ciput tak de diangkatnye, tapi sikit barang pun die tak bagi kami usung, dorang je yang nak usung sampailah ke bilik. Terbaiklah.. ^^
Kami duduk Classical Room

Seterusnya korang review je gambar bilik kami ^^
No bilik kami 205, Tingkat 2
 okee, ini bekalan makanan semasa dok sane. Ingat susahla nak cari makan kat area sane. Tapi melambak-lambak kedai makan area situ. So don't worry pasal makan.^^
 Dok hotel tu dapatlah 10% diskaun untuk tiket masuk Lost World, breakfast untuk 2 orang dan tiket masuk hot springs untuk 2 orang jugak.. ^^
Last sekali tuan tanah berposing depan hotel! ^^

Nak tahu pasal hotel atau bilik boleh klik Harga Bilik
[Catatan : =)]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...