Showing posts with label KLCC. Show all posts
Showing posts with label KLCC. Show all posts

Thursday, November 12, 2015

Family Day Out - Petrosains KLCC

Okee masih lagi bertungkus lumus update cerita yang dah lama. Cerita tentang kami ke Petrosains hasil menang tiket dari Astro. Alhamdulillah, dapat tiket lebih boleh bawak anak sedara dan kakak icik abam.
Apepun sebelum masuk mohlaa kite bergambar dulu. Kalau tak dapat free tiket entah bile lagi ni nanti nak masukkan.. Kalau dulu mase sekolah sekolah konpemlaa ade rombongan sambil belajar bagailaa kan. Ni dah kawen, kalau tak rombongan sendiri yang buat tak terpergi sini ni. Hihihi
Nak tahu harga tiket masuk ke sini better korang bace sampai abes entri ni. Pasti korang dapat jawapannye. Agak agak dah dapat jawapan tu, follow follow laa blog ni kot nanti korang boleh refer pape dari review yang aku buat kan. Tapi mane yang dah follow tu aku ucapkan terima kasih bebanyak. Walaupun blog ni jarang diupdate tapi ade jugak yang rajin jenguk aku nengok.
Kebanyakkan yang datang jenguk pun aku nengok dorang intai kat entri yang mane aku ade buat review macam ni. Walaupun blog ni untuk diri sendiri, tapi banyak jugak tempat tempat dan movie yang ade aku buat review. Tu yang ade je datang menjenguk tu. Tenkiuuuu tau!
Okeelaa, berbalik pada tajuk asal. Dah selesai redeem tiket kat kaunter depan tadi, bermulaa laa pengembaraan kami dalam Petrosains tu. Cewahhhh..
Bab memula ni mesti budak budak suke, sebab naik The Dark Side, tapi ade gak yang takut aku nengok, maklumlaa keretapi tu bergerak dalam keadaan gelap. Terang pun sebab ade pencahayaan dari screen screen kat dinding sepanjang laluan.
Sepanjang berada dalam keretapi camtu, kiri kanan korang boleh nampak wall yang penuh dengan pemandangan kat negara kita. Ade lalu macam macam hutan hutan sikit, gunung ganang, dapat nengok planet dan macam lagiiii.
Kalau tak silap dalam Petrosains tu ade enam kawasan yang boleh dilawati. Ade Petrojaya, Exploration, Sparkz, Geotime Diorama, Speed dan Molecule Nano World. Setiap kawasan ade fungsi fungsi dan maklumat tersendiri. Dari zaman dulu dulu kala sampailaa sekarang.
Selain tu kalau korang tak rushing macam kami aritu, korang boleh nengok tayangan 3D.
Pastu boleh nengok gak camne keadaan dalam pelantar minyak.
Sambil sambil tu macam biasalaa, haruslaa bergambar untuk tepek kat sini kannnn.
Ni kat kawasan speed. Kat kawasan ni banyak game korang boleh try. Budak budak ke orang dewase ke boleh je main game yang ade tu. Kami paling lama kat kawasan nilaa, sebab icik abam pun sama gedik nak try games game yang ade. Hihihi
Okee nak pesan, korang kalau nak ke sini mesti bawak mycard kan.. So bile ade mycard adelaa dapat harge terbaik sikit dari foreigner.

Yang ni gambar sepanjang kami naik The Dark Side yang aku cerita tu tadi.
Agak gelaplaa kan, tapi yang menarik korang boleh nampak bintang dan macam macam lagi. Korang tak kan rase busan atau sunyi sebab memang sepanjang korang dalam ala ala keretapi ni korang akan dengar info info pasal ape yang korang nampak tu.
Yang ni dalam mesin ribut rasenye.
Kalau korang duduk dalam tu, korang boleh rasa camne kedaan ribut. angin kuat semuaa.. Abes terbang terbang.. Nengoklaa rambut icik dah jadi macam ape. Keluar rambut kerinting kerinting die.. Nasib tak jadi lurus je.. Hihi
Ni pulak nak merasa jadi angkasawan. Hehhehe
Seterusnya korang cekidaut jelaa gambar gambar yang ade ye. Dalam ni aku memang banyak bergambar. Lagi lagi kat kawasan main bayang bayang cam kat bawah ni
Rase macam boleh pegang bayang bayang yang ade tu. Rama rama pun berterbangan ke kite. Cantik dan menarikkk. Yang part ni aku suke! Hahhaha




Bagi aku atleast korang kena spend mase kat dalam ni dalam 2 ke 3 jam.
Ni harga tiket yang aku janjikan tadi. Aku memang suggestkan ibubapa bawak anak anak ke sini. Sebab kat sini dorang boleh bermain sambil belajar. Untuk kanak kanak prasekolah pun ade tempat dorang untuk melukis dan melakukan aktiviti mereka.



Salam Perkenalan,

Tuesday, December 16, 2014

Dinner Di KLCC


Kami dinner kat KLCC aritu sebab ade Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2014


Kami join dinner malam tupun sebab kumpulan abah iaitu bapa mentua aku ade join dalam APIC ni, ade tiket lebih, so die ajaklah anak dan menantu die join sekali ^^


Sebelah icik abam tulaa pak mentua aku, dorang dari JKR Tapah hantar satu kumpulan je untuk APIC 2014 ni


Sebelum makanan served haruslaa berselfie berdua dulu ^^


 Malam tu ramai dan banyak kumpulan


Seterusnya aku tunjuk sikit makanan yang diserved pada malam tu


Ni jelaa gambar makanan yang sempat disnap, lain dah takdan dah.. makan lagi baikkan hihihi


 Lagipun kteorang tak tunggu sampai majlis habis pun, sebab icik abam bz mase ni, sibuk ade training bagai. huhuhu


Sebelum balik bergambr dulu dengan KLCC, malam malam nampak cantik KLCC

Rating : ★ ★  ★ 
Keseluruhan makanan kat KLCC convention ni aku bagi 4 bintang


Salam Perkenalan,

Thursday, December 11, 2014

Kedai Jahit Man Ming, Kompleks Campbell

Sebelum nak cerita pasal Kedai Jahit Man Ming ni, awal awal nak minta permission kat tuan gambar kat bawah ni, saya amek gambar ni nak buat review jap ye ^^


Gambar ni adalah gambar kawan icik abam, aku gune gambar die sebab nak tunjuk suit yang die pakai pada malam yang dorang performed tu. Suit kat atas ni dorang pergi cari berdua kat Kedai Jahit Man Ming, nak tahu camne suit icik abam untuk dinner tahun tahun sebelum ni yang disewa kat kedai tu, korang tekan link kat nama kedai tu. Lepas dapat review pasal suit kat situ, ramai geng icik abam yang datang kedai ni bile nak sewa suit. Tak dinapikan suit kat sini memang cantik kalau nak dibandingkan kedai kedai lain kat Campbell ni, ni hasil survey kami laa ^^


Kalau gambar atas tadi cerita pasal tahun 2014, gambar icik abam ni aku throwback sikit untuk tahun 2013, ni mase annual dinner jugak. Icik abam tak sewa baju pun. Pakaian sendirian berhad tahun tu. Tahun tu icik abam performed gak, tapi perform untuk menang. Boleh klik DISINI


Yang ni pulak pada tahun 2012, icik abam perform dengan suit sewa yang disewa di Kedai Jahit Man Ming jugak


Harini tak tahu kenape nak update cerita throwback sangat. Padahal ade je cerita yang terkini yang belum diupdate. huhuhu


Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, December 10, 2014

The Upbeat Syndicate Live Performance

 Okee memperkenalkan kumpulan The Upbeat Syndicate. Malam sabtu yang lepas, dorang ade live performance untuk MBSB Annual Dinner 2014 di KLCC
Musician malam tu terdiri daripada Farouge, Shahril dan Sani. Manakala sessionist pulak terdiri daripada Aloq dan Faizal
Vocalist terdiri daripada Munir, Azad, Fareez, Ali dan Nana
Malam tu suit icik abam ditaja sendirian berhad kalau nak dibandingkan dengan tahun tahun lepas

Icik abam dan Nana
Azad
Fareez
Ali
Farouqe
Sani
Medley - MBSB Annual Dinner 2014
Aku, Dia dan Kamu by Nana
Gadis Ayu by Munir dan Azad
Sofea Jane by Munir dan Azad
Teman Pengganti by Munir dan Azad
Kau Bunga Cintaku by Munir 
Enter Sand Man by Fareez dan Ali


*dorang ni sedia menerima undangan private function, dinner show, wedding dan lain lain. Kalau ade yang berminat dengan dorang atau icik abam boleh contact Munir - 0176663087



Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...