Yeahhh! ni pertama kali icik abam menjejakkan kaki kat Pulau Langkawi. Lame sangat dah teringin nak pergi berdua dengan icik abam, alhamdulillah, akhirnya sampai jugak kami walaupun last minute punye plan sempena #LizNir5thAnniversaryTrip arituuu
Okee kalau sebut je pasal Langkawi mesti teringat pantai, coklat dan macam macam lagi kannn.. bukan korang je terpikir gituuu.. termasuk laa kami, pergi sini bukan ape, nak pergi cari tempat makan makan yang best pastu nak jenjalan nengok tempat menarik di Langkawi ni.. memang banyak tempat yang boleh kite pergi..
Memulaa tu kami beli tiket feri dulu, kami naik feri dari Kuala Perlis sebab kami dari Penang so terus ke Kuala Perlis..
Untuk tiket seorang dewasa ialah RM18.00
Sempat jugak record video mase nak naik feri, jakun katekann hahaha
Sejam jugaklaa masa yang diambil untuk kami sampai kat Langkawi, dalam feri memang agak busan sikit tapi bolehlaa nengok tv.. hihihi
Tempat pertama yang dituju bila sampai kat Langkawi of course laa kite singgah dulu ke Dataran Lang. Kat sini korang berpeluang melihat patung helang gergasi yang seolah olah sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang di Pulau Langkawi. Dataran Lang ni terletak berhampiran dengan Jetty Kuala Kuah.
Ni video sekitar Dataran Lang, kuat angin kat sini, sonokkk tapi time kami sampai ni agak panas, so tadelaa berlame lame nau dok tangkap gambar kat sini..
Lepas je dari Dataran Lang tu, kami check in hotel dulu, siap siap hantar barang kat bilik pastu kami keluar cari makanan. Salah satu tempat makan best yang korang kena try adalah kat Gulai Panas Halim kat tepi airport. Siyes yang ni memang sedappp.. Nak details korang klik link DISINI
Keesokkan harinye kami mulakan aktiviti kami dengan menaiki cable car Langkawi.
Salah satu aktiviti yang tidak boleh dilepaskan kalau dah sampai Langkawi. Cable Car Langkawi ni merupakan cable car yang paling curam di dunia dengan kecuraman 42 darjah.. siyes, bila dah naik memang rasa gayat jugaklaaa.. huhuhu
Ia jugak merupakan cable car yang terpanjang di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter. Cable car ni terletak di Gunung Mat Cincang yang mempunyai ketinggian 709 meter atas paras laut ke puncak..
Gunung Mat Cincang ni merupakan gunung kedua tertinggi di Pulau Langkawi dan terletak berhampiran dengan Pantai Kok. Perjalanan ke puncak pulak ambil masa hampir 20 minit.
Sepanjang dalam perjalanan nak sampai ke puncak tu korang bolehlaa melihat keindahan rupa bentuk geografi pulau dan pantai yang mengelilingi. Selain tu, dapat nengok keindahan pemandangan laut hindi, laut andaman dan pulau pulau di selatan Thailand dengan jelas.. huhuhu
Cable car ni ade 2 stesen. Stesen pertama sejauh 1700m terletak pada ketinggian 650m, kat sini korang boleh turun dan ambil cable car yang seterusnya yang akan bawak korang sampai ke puncak..
Pastu dari situ kami ke Langkwi Sky Bridge pulak.
Sky Bridge Langkawi yang melengkung dibina atas puncak Gunung Mat Cincang. Jambatan ni dihubungkan dari stesen puncak dan tergantung 100m dari puncak gunung. Disebabkan kite gayat sikit bila kat sini, so kite tunjuk video jelaa eh.. hihihi
Dah puas berjalan kat puncak kite turun cari ABC ngan Laksa pulak. Siyes, lepas turun dari atas tu mulalaa rase lapar dan hauss.. hihihi
Eh eh, terliur pulak nengok ABC ni, okee nak cerita kalau korang nak makan laksa korang jangan lupa singgah gerai kat tepi Airport, situ ade macam macam pilihan antaranya, ade Laksa Power dan Laksa Kaw Ikan Sekoq..
Nidiaa Laksa Ikan Sekoq!! Memang terliur nengok kan.. hihihi.. Makan sambil ngadap laut, perghhh memang seronok.. hihihi lagi pulak baru lepas berpeluh peluh panas kat atas puncak tadi..
Okee dah puas makan kite cari tempat nak shopping pulakk..
Dah sampai Langkawi, kalau tak borong coklat memang tak sahlaa kan..
pastu kami ke Aman Suri pulak, kat sini ade jual macam macam jenis pekakas rumah. Sampai kedai tutup kami shopping, tapi semua belikan orang punye kiriman aje.. hihihi
Okee ni je yang sempat kite senaraikan tenpat tempat menarik yang kite singgah dalam entri kali ni. Tunggu kite update lagi tempat best yang tak disenarikan dalam ni ye. Nanti korang klik link Langkawi je..
Salam Perkenalan,
No comments:
Post a Comment