Thursday, October 11, 2012

Berita Baik Untuk Orang Rembau

 Hari ni mimpi ape entah nak update entri berkaitan keje, mungkin dalam pc aku ni dah penuh dengan gambar-gambar stesen kot. Site visit pulak lame dah tak pergi, tu yang rindu nak nengok site tu
Seperti yang tertera kat tajuk tu, kemungkinan besar, stesen rembau akan beroperasi pertengahan bulan depan. so itulah berita baik untuk orang-orang kek rombau! Dah ade ketepi dah, senang lah orang rombau nak ulang alik ke KL kan. ^^
Stesen keretapi Rembau merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di hujung barat Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia. Sebelum ini stesen keretapi ini telah tidak aktif dimana keretapi tidak lagi singgah di stesen ini dan di anggap stesen keretapi yang sudah mati. Tetapi pada awal 2009 stesen keretapi ini telah diberi nafas baru di mana ia akan di naik taraf menjadi sebuah stesen komuter moden berikutan Projek Landasan Berkembar Seremban-Gemas. Ini akan memudahkan perjalanan ke Seremban mahupun Kuala Lumpur dan dapat memendekkan perjalanan. - Sumber daripada wikipedia

Disebabkan stesen rembau ni akan dibuka tak lame lagi, jom cekidaut macam manakah wajah station rembau kan. ^^
Gambar di waktu siang dan malam.
Laluan masuk

Pemandangan dari jauh - ruang menunggu keretapi


Gambar seterusnya aku selit kan gambar station yang dah siap dan sudah beroperasi pun. Jom cekidaut!


Sungai Gadut Station


 Ni pulak gambar kat Senawang Station.

Sekian, pani nak try naik ketapi lah, tak penah try pun lagi sejak dah siap.. hukhuk

[Catatan : cantik kan.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

10 comments:

my name is lily said...

YEAY!

buleh den balik kampong naik ketapi...

kompom ke komuter sampai rombau?

Norliza Nordin said...

@my name is lily tu da hampir ciap dah pun, kalau aku nak g jkptg mest lalu depan die.. :)

Angah said...

yess....leh balik naik ketapi...kikiki..:p

Norliza Nordin said...

@Angah tulaa, senang pani! ^^

Haryati Faizal said...

besarnya stesen keretapi dia...

Norliza Nordin said...

@Haryati Faizal kannn, canggih! :p

Reemy said...

Dah lama tggu stesen Rembau kembali bernafas. Aku duduk rembau sejak 1987 hingga 1996. Ingat lg stesen lama yang buruk tu. Dulu keretapi kelas 3 (mel buruk) je yg benti. Masa tu pakai kipas je tingkap boleh bukak & orang boleh jual2 ikut tingkap.. Pastu sejak 1996 dh xde dah yang benti. Dah dekat 17 tahun stesen ni jadi tukun semata-mata..

Norliza Nordin said...

owhh pasni senang la nk ulang alik ke kl kan..

Anonymous said...

yeay..boleh ulang alik2 rembau-kl..leh dok ngan omak ayah..agak2 ea, sempat ker masuk keje kul 8 nak ulang alik dr rembau? komuter paling awal kul bpe? anybody knows??

Norliza Nordin said...

sempat kot.. rasenye awl pagi da ade.. kul6 maybe dah start kot.. huhuhuhu.. tp xbape sure.. sori.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...