Thursday, November 20, 2014

Pratonton Filem Kaki Kitai


Isnin yang lepas telah berlangsungnye malam pratonton Filem Kaki Kitai yang diadakan di TGV Setia Walk, Puchong. Filem ni adalah filem ke-98 terbitan Metrowealth Production dibawah arahan Pengarah Muda, Mohd Azaromi Ghozali
 Filem bergenre komedi aksi ni dibarisi oleh pelakon terkenal tanah air iaitu Shaheizy Sam, Fezrul Khan, Farid Kamil, Adam Corrie Lee, Emily Chan, Along Eyzendy dan Epy Kodiang
 KAKI KITAI bakal menerjah ke pawagam bermula pada 20 November 2014
 Sebelum aku review filem ni korang layan dulu gambar sekitar malam pratonton

 Bersama Emily Chan


Bersama Farid Kamil

 Bersama Adam Corrie Lee
Sempat lagi berselfie sebelum filem start ^^
Filem Kaki Kitai ni mengisahkan Din atau lebih dikenali sebagai Drango bersama rakannya Ayoi datang ke Kuala Lumpur dan sering menipu dan berlagak sebagai orang bijak. Terjebak dalam operasi polis yang sedang bekerja menemukan mereka dengan rakan lama iaitu seorang inspektor polis. Kehidupan mereka mula bertukar apabila menemui bungkusan sampah yang dipenuhi duit dan digunakan untuk melangsaikan hutang. Namun duit tersebut sebenarnya milik seorang jutawan yang ingin menyelamatkan anak perempuannya yang telah diculik

Rating : ★ ★  ★ ☆
Disebabkan aku minat sam dan sam berlakon memang kelakar dalam filem ni so aku bagi 4 bintang untuk filem ni. ^^


Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...