Seperti yang dijanjikan ini adalah sambungan dari entri sebelum ni. Selesai mencekik pada malam pertama kami kat AFamosa tu.. mase untuk fight-fight antara rumah. Kami sewa 4 unit rumah so setiap rumah dah diberi nama. Lot 1197 Rumah Doraemon, Lot 1224 Rumah Ninja Boy, Lot 1195 Rumah Maruko Chan dan Lot 1259 Rumah Shin Chan. Bagi yang tanye harga dan nak nengok gambar dalam dan luar banglo-banglo ni aku akan update nanti ye. Harap sabar menunggu. Doakan aku ade idea untuk membebel kat dalam blog ni. Yelaaa blog ni dah dapat komen, cakap blog ni lebih banyak gambar dari bercerita. Bukan tak mau cerita panjang, cukuplaaa nengok gambar je kannnnn, biar gambar-gambar yang menceritakan segalanye.. Cehhh gitew ayat aku kan. hahahahha.
Haa nengok, tupasal aku tak suka nak bercerita lebih-lebih. Cerita lebih-lebih pun bukan kene dengan tajuk pun, banyak yang menyempang.. kang korang gak yang lari dari bace blog aku ni. hukhuk
Ye yeee fokus pada tajuk liza.. fokusss!
Malam tu kami adakan pertandingan Dam ular, Dam haji dan Congkak. Setiap rumah perlu hantar wakil untuk setiap permainan yang ada. Memandangkan aku antara AJK games. Dan awal-awal semua nampak macam malu-malu nak ceburkan diri untuk menyertai permainan ni so aku petik aje name masing-masing untuk mewakili rumah mereka. Lepas dari tu sorang-sorang volunteer nak main untuk rumah mereka. Maklumlaa tadi awal-awal semua baru nak warm-up katekan. Kan baru mencekik tu pasal camtu.. hihihi
Kami adakan pertandingan Dam ular dan Dam haji secara serentak. Bagi Dam ular dikire kalah mati. Sape habis dulu kire die menang. Manakala Dam haji dan Congkak ade 4 pusingan. Kira setiap wakil rumah akan bertemu dengan wakil-wakil rumah yang lain. Markah akan dikire selepas semua perlawanan abes
Haa dulu mase kecik-kecik dah pulun main Dam ular ni kan, so malam tu masing-masing asah semula bakat main Dam ular ni. Kalau korang nak tahu, permainan Dam ular ni ambil mase paling lame okee nak abes, mane taknye dah jalan punye jalan, naik tangge bagai pastu kene patuk ular alamatnye kene turun semulaaa.. Begitulaa seterusnyaa sampai kesudah, Dam haji dengan Congkak dah setel tapi Dam ular tak abes-abes main lagi. Memang lawak. Pro sangat main ni. hahahahha
Dam ular ni ade dua set. Satu set kaum adam yang main, satu set lagi kaum hawa yang main.
Game Dam ular kaum hawa abes dulu dari kaum adam. Tak tahulaa yang cepat abes tu pro atau yang lambat abes tu yang pro ^^
Dam haji pun ada dua set. Kami main serentak untuk kedua-dua set
Setiap rumah akan bertemu dengan wakil rumah yang lain
Nengok kemain meriah malam tu, semua beri sokongan antara satu sama lain. hihihihi
Icik abam wakil rumah Doraemon bertemu dengan rumah Shin Chan. Keputusan untuk bergu ni icik abam yang menang! Yeahhh ;))
Da clear kawasan dengan pertandingan Dam haji dan Dam ular mase untuk pertandingan Congkak pulak. Kalau korang perasan yang kat belakang tu tinggal 2 wakil rumah dalam pertandingan Dam ular, tak abes-abes lagi dari tadi. Yang tak boleh blahhh tu lawan dengan budak-budak tu.. Pun tak boleh kalahkan ke :p hahahha..
Ape-apepun semua game-game ni sekadar untuk happy-happy dan nak menghabiskan waktu malam kami. Setel semua pertandingan ni dalam pukul 12 malam camtu. Dah abes semua games kami balik rumah masing-masing untuk tidur. Esok pagi-pagi ade outdoor games pulak ^^
.
.
.
.
.
.
Okee kite sambung cerita keesokkan hari pulak ye ^^
Permulaan hari berikutnye aku letakkan gambar dorang-dorang ni yang tengah sibuk nak sediakan sarapan
Pagi tu menu kami adalah sandwich, sosej, fries dan nasi lemak. Banyak chef aritu, memang masing-masing tak akan kelaparan laa jawabnye kan. Perut masing-masing memang terjaga :)
Pandangan dari luar, semua masih bertungkus lumus nak sediakan breakfast
Aku tu konon-konon nak cleankan meja sebab breakfast dah ready. So nak susun-susun kat atas meja tu
Icik abam pulak dah ready dengan belon-belonnye. Nak isi air dalam belon tu untuk digunakan dalam pertandingan belon air nanti
Belon berisi air dah ready! Setiap wakil rumah boleh amek sorang satu ye
Dah setel isi air dalam belon sempat lagi icik abam ni berbasikal kat luar
Bila breakfast dah ready so masing-masing dah boleh makan untuk kumpul tenaga. Jap lagi outdoor games pulak nak start ^^
Bebelon-belon icik abam sediakan, bukan empat aje tau. Tu nengok dalam kotak ais tu. Penuh dengan belon yang dah berisi air
Sebelum start games kite buat demo dulu
Kene lambungkan belon baru dikire ye, sape tak lambung atau pass kan camtu aje tak dikire
Jarak akan berubah-ubah ikut instruction dari tukang memberi arahan
Lagi lame jarak mungkin jauh, so kene sambut betul-betul jangan bagi pecah belon tu
Acara dalam swimming pool pun ade. Sebelum game start kite tabur dulu bola-bola kecil dalam tu
Pastu kita bagi kanak-kanak, bapak-bapak budak mandi manda dulu layan anak-anak
Yang ni dah kenapa.. Dah macam orang bina badan pulak dalam air tu. hihihihi
Mencekak pinggang pulak mak nenek sorang tu.. Mak nenek yang pakai baju itam suar tudung coklat tu.. ekekekeke
Time ni matahari dah memancarkan cahayanye dah
Kita bagi kanak-kanak ni mandi puas-puas dulu, sebab outdoor games ni tak ade untuk budak-budak, semua untuk orang dewasa je. Bagi peluang kat orang dewasa-dewasa ni merasa semula zaman kegemilangan time kanak-kanak riang dulu. kuang3
Apekejelaaa icik abam tu kan.. hihihi
Kemain seronok masing-masing kan. Okee okee time-up. Masa untuk mulakan games
Kita mulakan dengan game belon air. Caranya setiap rumah kene hantar dua orang mewakili rumah mereka. Tak kira sorang lelaki, sorang perempuan atau dua-dua perempuan atau sebaliknya
Sorang baling sorang sambut, begitulaa seterusnya sehingga tamat games
Selagi belon air tak pecah, selagi tu boleh main lagi
Aku pun cuba jugak games ni. Gile nebes pegang belon berisi air ni. Nengok senang aje tapi bila dah main rase nebes pulakkk.. hihihi
Sebelum start games haruslaaa pose dulu kan :p
Second round aku berpasangan dengan icik abam pulak. Kalau main dengan icik abam ni lagi buat aku nebesss, sebab die suke mengagahhh aku. Huhuhu
Nengok! baru sekali nak sambut belon dah pecah. Sedeyyyyy! Icik abam laaa ni salah baling kan dah tak dapat nak sambut.. hukhuk
Kali ni kite bagi icik abam berpasangan dengan orang lain pulak
Dalam pusingan ni pasangan icik abam adalah pusingan kedua terakhir yang pecahkan belon air
Tinggal 2 pasangan ni aje yang masih bertahan dengan belon air masing-masing ^^
Yeaahhh pecah jugakkk hahahahha
Dah selesai 4 pusingan untuk games belon air, kita beralih ke games seterusnya iaitu rebut bola dalam air. Setiap rumah kene hantar seorang wakil untuk rebut bola-bola kecil yang berwarna-warni tu. Setiap warna yang terdapat pada bola kecil tu mewakili markah yang berbeza. Yang paling tinggi markah adalah warna merah. So masing-masing kene rebut bola warna merah dulu untuk dapat markah tinggi
Dalam air tak bole berjalan atau berlari ye. Masing-masing kene berenang untuk dapatkan bola-bola tu
Banyak-banyak game yang ade aku memang suke games ni. Sebab ape, sebab kelakar nengok masing-masing rebut bola-bola tu dalam air. Penat gelakkan dorang-dorang yang ada kat dalam swimming pool tu je hikhik
Ni video pendek yang sempat aku record time dorang start main rebut bola dalam air ni
Games ketiga untuk outdoor pulak adalah bola tampar air
Games last sebelum masing-masing kene bersiap-siap kemas barang untuk balik ke pangkal jalan. kuang3
Games ni main saje-saje je sementara pengadil nak kira markah setiap rumah. cehwaaahhh
Kemain semangat dorang ni main walaupun game ni tak dikira markah
Last sekali tepek gambar tuan tanah yang terlebih kecoh pada hari tu. huhuhuhu
Siyes rase terbakar-bakar kulit berjemur bawah matahari. Rasekan... hahahahaha
Untuk sesi keputusan dan penyampaian hadiah akan aku update dalam entri akan datang ye, lenguh dah jari jemari menaip ni.. c u!~
[Catatan : bersambung lagiiii]
Salam Perkenalan,
With Love
With Love
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
No comments:
Post a Comment