Thursday, April 27, 2017

Wedding Show Di Dewan Taman Melati Impian, Kuala Lumpur

Lepas je wedding show kat Sg Petani aritu, ni merupakan show kedua untuk tahun ni..


Kalini show kat KL je kat Dewan Taman Melati Impian.


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan peluanggg. Good job icik abam!!


Sementara tunggu majlis start, sempat gak dorang praktis dan discuss ape yang patut.. hihihi


time ni belum ramai lagi tetamu yang hadir, so kite snap snap dulu.. hihihi


sebagai PA cum photographer cum videographer untuk aritu.. hihii


macam biasa, haruslaa snap sekeping dua gambar sebelum start the show.. hihihi


Kalini keje icik abam "kurang" sikit sebab ramai "penyanyi jemputan" untuk show kalini


kebanyakkannye dikalangan saudara mara tuan rumah


Suasana semakan havoc dengan persembahan persembahan dari The Sedara's tuan rumahh..


dalam masa yang sama, icik abam bekerja jugakk tau.. tolong back up mane yang patuttt.. hihi


Nak dengar nyanyian dorang korang boleh scroll sampai habis ye..


kebetulan pulak dalam majlis ni icik abam jumpa dengan kawan lame die, abang kepada pengantin rupenye.. hihihi


Sempat gak bergambar bersama


Majlis ni pada awalnye je icik abam je yang conquer mic, pastu mic dah bertukar tangan..


Makin lame makin havoc dan meriah suasana dalam dewan time tu


Mane taknye dorang dah naik "sheikh" bila bawak lagu lagu kapakkkakakaka.. ;p













kat atas ni beberapa video yang sempat direcord sepanjang majlis 


Akhir sekali sebelum balik haruslaa berselfie berdua.. hihihi


Salam Perkenalan,

Preview Screening Filem Fast And Furious 8

Dah hampir setahun jugaklaa tak nengok pratonton gini.. Last nengok pun mase Pratonton Filem Kipidapp Selamatkan Hari Jadi under MIG


Nasib dapat gak tiket ni, dapatlaa jugak nengok wayang sebab memang dah berkurun tak pegi wayang ni hahaha.


Sebelum review pasal filem ni, nak ucapkan terima kasih pada Petron sebab bagi tiket ni, siap dapat goodies sorang satu lagiii.. hihihi


Bukan setakat tu, siap dapat makan ala ala candle light dinner gituuu.. hahahha


Dah kenyang kite bergambar di ruang makan ni kejap sebelum masuk hall


dah masuk hall ade pulak popcorn ngan air.. memang pakej lengkap laa kan nengok wayang malam tu.. hihihi


Okee dah puas cerita ape yang dapat malam tu ni nak cerita sikit sinopsis pasal filem ni. Filem bergenre Aksi ni mula ditayangkan pada 13 April 2017. Hanya penonton 18 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan untuk tonton filem ni. Ia mengisahkan tentang Dom dan Letty yang sedang berbulan madu. Brian dan Mia pulak bersara dari dunia penuh bahaya. Kehidupan Dom dan rakan rakannye yang lain yang merupakan "keluarga"nya mula menjadi normal. Bagaimanapun masalah mula timbul apabila seorang wanita misteri cuba menggoda Dom ke dunia jenayah. Ia membuatkan Dom mula mengkhianati mereka yang dekat dengannya.


Filem dan hadiah yang dapat ni kite bagi 5 bintang secara keseluruhannye..hahha
Rating : ★ ★  ★ 


So kepada sesiapa yang belum nengok cerita ni boleh laa pergi nengok, memang tak rugi. Sebab cerita ni penuh dengan aksi dan agak kelakar jugakk hihihi


Salam Perkenalan,

Tuesday, April 25, 2017

Travelogue Li5Nir 5Years, 5Destinations - Penang - Langkawi - Hat Yai - Perlis - Sg Petani (6D5N)

Memandangkan sabtu yang lepas kami ke Penang sebab ikut icik abam outstation, so hari ni baru teringat yang aritu punye cerita kat Penang pun tak update lagi.. Maka marilaa kite merajinkan diri untuk update travelogue #LizNir5thAnniversaryTrip kami


Ini cerita awal tahun aritu, hujung bulan January, time ni baru je masuk office lepas long holiday lepas operation aritu.. nak tahu pasal operation tu boleh Klik DISINI


Dalam entri ni kite update secara ringkas aje tempat tempat yang kami pergi sepanjang perjalanan #LizNir5thAnniversaryTrip ni. Memandangkan time ni kite masih lagi dalam mood berpantanggg so icik abam siap bawak bekal time tu. Kami pitstop kat R&R Ladang Bikam untuk makan bekalan ni..


Dari rumah pukul9 pagi camtu, pastu terus menuju ke Tune Hotel Penang. Dalam pukul 1.15petang camtu kami dah sampai Penang. Alhamdulillah, perjalanan lancar..


Untuk review pasal Tune Hotel ni akan diupdate di entri lain ye, sebab ade bende yang nak dicerita pasal hotel ni. Maybe korang boleh tahu serba sedikit dari pengalaman kami menginap kat sini. Tapi sebelum tu, korang boleh nengok video kat atas tu sebagai first review ye.. hihihi


Dah check in bilik, dah letak barang semua kami keluar cari makan, perut dah lapar.. hihihi


Kami ke Padang Kota (Esplanade) nak cari Pasemboq. Ni pestaim ni kami jenjalan kat Padang Kota.


Dah sampai kat Padang Kota ni memang tak tahu nak pilih gerai yang mane. Kalau nengok kat foursquare, orang cakap Mee Sotong Special Hameed sedap, pastu kalau nak makan Pasemboq pulak pegi gerai Hussain Pasembur.


Lepas makan pasembuq tu kami tak terus balik hotel, kami ronda ronda dulu kat Miami Beach, lawat kawasan dulu kononnye hihihi.. Kalau ikut icik abam die semedang je nak pusing satu pulauuuu.. Dah malam, dah lapar balik dahhh so kami ke Hammer Bay Ikan Bakar. 


Tempat ni pun kami cari kat foursquare aje.


Dari sini boleh nampak Jambatan Pulau Pinang Kedua..


Ni pulak cerita hari berikutnye, masih lagi di Penang..


Pagi tu kami pekena Roti Canai Transfer Road, sedap tu memang sedap, tapi bagi kite agak mahal.. Kami siap pekena Roti Bakar kat sini jugak.. Nak tahu details pasal tempat ni tunggu kite update lagi ye..


Dah breakfast roti canai kami singgah Teluk Bahang dulu sebelum ke Taman Bukit Bendera. Kat sini kami datang jenguk aje, sebab terlalu ramai orang nak naik ke Bukit Bendera tu, so disebabkan kite tak mampu nak beratur dengan orang yang padat so kami teruskan perjalanan kami ke tempat lain. Maklumlaa ni pestaim kite jalan jauh lepas operation aritu, so memang tak mau lasak lasak sangat.. masih kena berpantang dan tak boleh aktif sangat.. cukuplaa sekadar datang menjenguk walaupun frust jugak tak dapat naik atas tu.. hahaha


Disebabkan dah lapar dan belum sempat lunch lagi, dalam pukul 4.45petang camtu kami sampai di Kedai Nasi 7 Benua ni.


Time kami sampai ni dah agak lewat, satu lagi jenis nasi dah abes.. so kite ameklaa nasi putih dua.. hihihi


Ni video yang sempat kite record mase kat kedai ni..


Dan ni merupakan hari terakhir kami di Penang, dah 3hari kami disini, sebelum gerak ke next destination kami pekena lagi sekali Roti Canai Transfer Road.


Tapi kalini kami breakfast reramai dengan member zaman UTM dulu..


Sempat gak singgah kat sini, beli kiriman orang je.. pastu kami terus gerak ke next destination.. yahuuuuu!


Okee ini last minute plan! memandangkan icik abam tak pernah pergi Langkawi so kite pun setujulaa bile icik abam suggest nak ke sini..


Dah beli tiket terus naik ferry, seb baik tak lame sangat menunggu.. hihi


Sampai je Jeti kami amek kereta sewa dulu pastu jenjalan jap kat Dataran Lang ni


Pastu kami menuju ke Pantai Chenang untuk check in di Cassa Kaseh Guest House.


Dah letak barang semua kat bilik, kami keluar pekena Gulai Panas dekat dengan airport. Yang ni korang kene tunggu kite update kat entri lain pasal review makanan kat sini ye..


Dan ni pulak cerita keesokkan harinye..


Kami breakfast Nasi Dagang Pak Malau.. siyes terbaik tempat ni.. hihihi


Dah breakfast kami ke Kota Mahsuri sebab dah dekat dengan tempat Pak Malau tadi..


lepastu kami plan nak naik Langkawi Cable Car..


Pestaim kami laki bini nak naik ni..


Memang jakun sekejap laa sebab dah lame tak naik cable car kan.. tapi gayat jugak weiii.. Memacam gakla bace sepanjang nak sampai ke puncak tu.. hihihi Kat sini kami pergi SkyDome, dan Langkawi 3D Art Museum..


Dah abes aktiviti kat Cable Car tu kami turun nak pekena Laksa Ikan Sekoq pulak..


Dah kenyang baru senang hati nak shopping coklat.. hihihi Lepastu sempat gak kami pergi Idaman Suri belikan ibu dulang.. orang dah pesan kenalaa belikan.. hihihi


Hari ketiga kat Langkawi kami decide nak masuk Danok pulak..


Alhamdulillah selamat masuk Thailand. walaupun kat border tadi punye ramai yang Q..


Nilaa tujuan utama kami masuk Thailand.. Nak pekena Pulut Ayammmyummmyy!


Pastu kami ke Khlong Hae Floating Market..


Ingat bukak tapi tutup le pulakkk..:(


tade rezeki nak jalan jalan cari makan kat sini, so kite bergambar je..


Dah lapar dah time ni, so kami pergi je tempat makan yang kami pernah pergi dulu, Kelantan Restaurant Hatyai


Pastu dah tak tahu mane arah, kami keluar Thailand dan terus ke Perlis.. Kami sampai Perlis dah malam, so kami terus cari hotel untuk malam tu.. Kami pilih Ventura Hotel yang tak jauh dari rumah opismate, sebab malam tu kami dah mai rumah die plakk..


Ini pulak cerita keesokkan harinye, lepas je breakfast di Capati Labu Sayung, tempat pertama yang dituju adalah Gua Cenderawasih


Tak lame pun kat sini, cukup sekeping dua tangkap gambar pastu kami teruskan merayau.. hihihi


Sebelum ke Arked Niaga Padang Besar ni sebenarnye kami singgah ke Gua Kelam dulu.


Singgah Padang Besar nak beli toto orang kirim je.. hihihi


Lepas je Show Wedding terus kami balik KL, sebelum tu singgah pekena Mee Udang Mak Jah jap.


So inilaa destinasi terakhir kami..


time ni kami singgah beramai ramai..


Sempat gak cuci cuci mata dengan ikan jeruk kat sini


Untuk lagi details di setiap tempat yang kite pergi ni tunggu kite update kat entri baru ye..



Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...