Okey, kali ini nak cerita pasal hari isnin yang lepas. iaitu 12hb Mac 2012. kami terpilih untuk bersama-sama menjayakan Malam Pratonton Filem 7 Petala Cinta. Jemputan ini merupakan jemputan untuk Cabutan bertuah Blackberry Playbook. Pada malam itu, aku salah seorang calon winner yang bakal mendapat Blacberry Playbook yang telah dianjurkan oleh MIG Online. Pada malam itu, No. cabutan bertuah aku adalah No.1 sebab aku orang pertama mendaftar. hahahha. tapi mungkin malam tu tade rezeki aku nak dapat Blackberry Playbook tu, kesian. hehehe. 2 buah Blackberry Playbook tu dimenangi oleh 2 hero yang bertuah. ^_^
Sebelum nak tunjukkan gambar sekitar Malam Pratonton tu meh aku ceritakan sinopsis pasal Filem 7 Petala Cinta ni. Filem ini berkonsepkan romantik islamik dibintangi oleh pelakon seperti Fizo, Shima Anuar, Aeril Zafril, Diana Amir, Putri Mardiana. 7 Petala Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut memaparkan pengorbanan, erti persahabatan serta kisah cinta agung.
Filem ini mengisahkan kehidupan anak remaja yang mendapat pendidikan dalam institusi keislaman. Pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku di antara mereka selain berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza.
Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.
Entah macam mana, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.
So, kepada sesape yang teringin nak tengok filem ni jangan lupe nengok di pawagam-pawagam berhampiran mulai esok iaitu 15 Mac 2012. Diingatkan kepada sesape yang mempunyai hati yang selembut kapas, jangan lupe bawak tisu lebih-lebih. ^_^

2 comments:
amboi aktif sekrang ni..selalu dapat tiket free ye
hehehe.. Alhamdulillah. rezeki dpt tiket free je.. ;)
Post a Comment