Friday, June 06, 2014

Terbaik!!! - Review Swiss Dream Circus


4 tiket ke Swiss Dream Circus ni aku dapat dari menang contest kat radio. Memang aku target nak menang tiket ni, sebab dah lame tak nengok sarkas. Pestaim nengok sarkas dulu kat Melaka, tapi dah lame gile laaa, mase zaman muda mudi dulu, zaman tak kawen lagiii ^^


Alhamdulillah dapat gak tiket untuk ke sarkas ni, so memang sangat eksaited nak bawak icik abam yang belum pernah nengok sarkas ^^


Sebelum aku ceritakan pasal sarkas yang aku nengok malam tadi aku tunjuk dulu timetable untuk pertunjukkan Swiss Dream Circus ni. Sarkas ni bermula dari 6 Jun sehingga 15 Jun 2014. So masih awal lagi kalau korang nak pegi nengok. :) 


 Ni pulak kedudukan tempat duduk yang korang boleh plan kalau nak pegi nengok sarkas ni nanti



Dan sesiapa yang berhajat untuk pergi bawak anak bini, pakwe makwe atau kawan-kawan tu bolehlaa usha harga tiket untuk nengok Swiss Dream Circus ni ye.


Sebelum masuk dalam hall sempat lagi beli jajan kan. Lame gile tak makan candy floss ni ^^


Sebelum aku belanja korang dengan gambar dan video aku pergi sarkas malam tadi, meh aku story sikit pasal Swiss Dream Circus ni. Pertama sekali aku nak beritahu yang aku memang salute dan kagum dengan pembukaan Swiss Dream Circus malam tadi, sebab ape, sebab ni pestaim aku pergi sarkas yang pembukaan die ada bacaan doa dari ustaz. Walaupun majoriti daripada dorang bukan islam tapi malam tadi dengan bangganya Le Tresor Legacy Ventures Sdn Bhd telah memulakan pertunjukan sarkas malam tadi dengan bacaan doa. Alhamdulillah, memang terbaik


Persembahan sarkas terkemuka dari Eropah ini mempersembahkan paduan sempurna akrobik yang memerlukan keberanian yang tinggi, yang memaparkan beberapa penghibur terbaik udara dan akrobatik sekitar. Walaupun kumpulan sarkas dorang menggunakan bahasa Jerman dalam persembahannya, tetapi aku yakin korang akan memahami dengan mudah dengan segala isyarat ringkas yang dilakukan.


Le Tresor Legacy Ventures Sdn Bhd adalah penganjur yang membawa Swiss Dream Circus yang julung-julung kalinya di Malaysia. Swiss Dream Circus ni sudah berkecimpung dalam dunia sarkas selama 14 tahun dan sudah tiba masanya rakyat Malaysia pula menyaksikan kehebatan mereka. Kumpulan sarkas kali ini menjanjikan aksi, lagak ngeri dan pengalaman baru termasuk pertunjukkan BMZ dan Diabolo


Menyaksikan semangat dorang yang tinggi akan memberi keseronokkan dan akan menghiburkan semua dengan pertunjukkan-pertunjukan dari mereka. Kat bawah ni aku akan selitkan gambar persembahan dari mereka dan sedikit video persembahan dari mereka. Aku record sikit-sikit aje persembahan dari mereka. Kalau record lame-lame kang tak best lak korang nak pegi tengok kan ^^


 Ape-apepun sebelum pertunjukan start kite bergambar dulu


 Mase ni ramai lagi tak masuk. So seat tak penuh lagi


 Okee kali ni dah penuh sikit sebab pertunjukkan dah nak mula


 Pertunjukkan pertama dimulakan dengan persembahan Hoola Hoop



Challenging hoola hoop performance


Video ni aku record mase awal-awal pertunjukan mereka.


Seterusnya pertunjukkan Bouncy Ball


Dorang ni memang dah terlatih sangat


 Tak caye nengok video ni


 Pastu pertunjukkan dari BMX-ROB ALTON iaitu incredible stunts dengan sebuah basikal


Famous Bmx stunt man


 Ni video pertunjukkan beliau


 Seterusnya aku belanja korang dengan gambar dari pertunjukkan gymnast dengan contorting dorang punye bodies


Gile terer dorang ni mengimbangkan badan


 Melambung-lambung badan dorang boleh buat


Ni pulak persembahan dari Laura Foot Juggler.


 Amazing foot juggler habaq hang.. huhuhu


Tak caye nengok video ni


Dan yang ini pulak persembahan duo yang aku gile teruja dan kagum dengan persembahan dorang


 DOU KVAS


 Dorang ni winner of international circus award, Monte Carlo


Kalau korang nengok pertunjukkan dorang ni, aku rase korang pun tak mampu nak buat kot. huhuhu



 Kepala diatas kepala, kau mampuuuu? hihihihi


Dan yang ini pulak persembahan Fire act


Gile tahan leher tu kene api


Ni persembahan dari clown sementara tunggu next pertunjukkan


Itu sahaja yang sempat aku amek dan record untuk update kat sini


Last sekali aku belanje korang dengan video penutup dari semua ^^

Rating : ★ ★  ★ ☆


*** For more info pasal Swiss Dream Circus ni boleh klik DISINI


[Catatan : Harga tiket RM90/pax]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...