Tuesday, March 24, 2015

Special Screening Filem Cicakman 3

Ini kisah jumaat yang lepas. 4 tiket untuk special screening Filem Cicakman3 ni aku dapat dari menang contest dari Astro. Thanks Astro Circle!!! Lame rasenye dah tak nengok movie free ni. Maklumlaa dah banyak skip contest contest yang ade. Mood nak bercontest macam dah pudar lakk.. mungkin faktor 3 series kot! Kuang3 :p
Berbalik pasal tajukkk. Special screening ni berlangsung di TGV 1 Utama. Movie start pukul 9 malam tapi tiket movie dah boleh redeem dalam pukul 7.30 malam camtu. Sebelum movie start Astro ade bawak khas Cicakman!! So semua berpeluang bergambar dengan Cicakman tersebut ^^
Sebelum tunjuk gambar kami bersama Cicakman yang didatang khas kan tu, haruslaa bergambar bersama poster filem tersebut kan. Cicakman dalam filem ni adalah Zizan Razak!.

Untuk filem ni aku tak mau buat review banyak banyak. Cukuplaa aku cakap filem ni adalah filem wajib tonton. Seisi keluarga boleh nengok. Hihihi
Sepatutnye kami datang dengan tema. Temanye kene pakai costume superhero. So sape sape yang datang ikut tema malam tu dapatlaa hadiah eksklusif dari pihak Astro dan KRU. Siyes rugi pulak tak pakai ikut tema kalau tak dah bawak balik kotak besar dahhh. Hihihi

Malam tu ketiga tiga pemenang semua dari kanak kanak. Sebab dorang yang ramai pakai costume. Pandai mak pak dorang hihihi
Sebelum aku bagi rating untuk filem ni aku tepek dulu gambar aku ni. Sebelum nengok movie, perlulaa isi perut dulu so sambil sambil order sampai tu yang bergambar tu ✌

Rating : ★ ★  ★ ☆
Untuk filem ni aku bagi 4 bintang.


Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...