Memandangkan dah lame sangat tak travel, so teringin benar laa nak berjalan. Tapi ape boleh buat, belum ade rezeki nak cuti dan plan mane nak pegi.
So sambil amek feel pikir pasal keje pikir pasal mane nak pergi, meh aku update cerita kami di Bali yang tak selesai selesai tu. Hehhehe
Maklumlaa, setiap satu tempat yang kami kunjungi aku akan buat satu entri, sebab terlampau banyak gambar yang nak dikongsikan kat sini.
Harap harap korang sangguplaa melihatnye ye. Tapi bagi aku, kalau korang tak nengok agak rugi gaklaa, sebab gambar gambar yang ade aku amek di kawasan kawasan sekitar, memang cantik dan menarik. Pasni tak tahulaa dapat ke sini lagi ke tak kannn..
Kali kedua datang Bali ritu pun tak sempat nak singgah Tanah Lot ni. Yelaa, korang bukan tak tahu, kalau nak berjalan kat Bali ni makan masa sikit, sebab kalau korang nk pergi nengok tempat lembah lembah macam ni korang maybe tak mampu nak berjalan ke kawasan pergunungan pulak. Kecualilaa kalau korang memang duduk sane seminggu atau lebih..
Kenapa aku cakap macam tu?, sebab kalau kawasan lembah dan pergunungan memang agak jauh, kalau naik kereta tu dalam 3 ke 4 jam jugaklaa. Tupun kalau tak kena jem yang teruk. So situ dah agak buang masa untuk pergi tempat lain pulak. Mase memang akan abes dalam perjalanan je nanti.
Tanah Lot ni antara tempat menarik yang aku akan suggestkan kat orang kalau datang Bali
Kalau korang google pun tempat tempat wajib dan menarik untuk dikunjungi di Bali ni pasti kuar nama Tanah Lot ni. Kami dulu takde pun request ke mana mana nak pergi, semua agensi yang setelkan, memang puaslaa berjalan 4 hari dulu tu, sampai dengkut dengkut gaklaa kaki nak berjalan.
Tanah Lot ni terletak di Desa Beraban. Nak senang kira, dalam sejam perjalanan kalau dari Ngurah Rai.
Tanah Lot ni sebenarnye adalah Pura. Pura yang paling terkenal di Bali dan menjadi satu ikon di Bali kerana ia terletak di tengah tengah laut.
Dari situ kite memang boleh nampak pemandangan yang cantik dan pasti korang akan dengar deruan angin dan ombakkk
Dan lagi aktiviti yang paling best bila dapat main air macam ni. Tunggu ombak datangggggg...
Sekali ombak kuat yang datang memang lencunlaaa. Hehehhe tapi best. Kawasan ni memang ade pemantauan, supaya pengunjung tidak melepasi tahap bahaya. Maklumlaa kalau bende yang tak elok nak jadi kite tak tahu kan, sebab kawasan ni kawasan semulajadi
Kalau time air laut pasang, memang tak kan merasa nak main air camni, sebab tempat ni tak boleh dah nak berdiri camni. Apatah lagi nak seberang ke Pura tersebut.
Belakang kami tulaa Puranya. Dengar dengar Pura ni dijaga oleh dua ular berwarna hitam dan putih yang setiap hari bersama tuannya. Sahih ke tak sahih cite ni tak tahulaa, sebab kami pun tak pegi jenguk Pura ni betul betul.. Hehhehe
Bendera merah tu tanda kawasan amaran, kire tak bole lepas dari tu. Kalau lepas nanti ade orang tiup wisel suruh korang jauh dari bendera tu. Hehhehe
Seterusnya korang cekidaut jela gambar gambar yang ade ye
Lame jugak kami kat tempat ni, semata mata nak nengok matahari terbenam.
Bawah ni pulak antara video yang sempat direcord masa kami jakun main air.. Hahhaha
Tunggu ombakkkk
So dah puas main air, masa berposing posing sambil tunggu matahari terbenam
Hahahha siap pose camni lagi. Kekonon romantik sangatlaa kan. Maklumlaa time pergi ni pun sempena anniversary trip so mood honeymoon katekan, tu yang kemain lagi tu.. Hehhehe
Salam Perkenalan,
No comments:
Post a Comment