Tuesday, May 30, 2017

Terapi Ke Cameron Semase Cuti Sakit

Opsss, masih banyak cerita dari awal tahun aritu tak update lagiii.. takpe, kite update slow slow ye.. kite kasi clear semua draft dengan cerita cerita lama ni sebelum rayaa.. raya ape?? kite tunggu jelaa hahaha


Kite kena operate hujung tahun lepas, pertengahan bulan Januari aritu baru masuk opis lepas cuti panjanggg..


42 hari cuti kalau duduk rumah je memang stresslaa gamaknye kann..lagi pulak, sepanjang cuti tu kite "berpantang" kat kampung. Icik abam pulak kat KL.. adehhh memang macam macam drama laa time berjauhan tu.. lagi pulak tengah dalam quarantine time tu.. hukhuk


Genap sebulan camtu barulaa berani travel jauh sikit sebab nak kencing berak semua dah okee, hahaha yang penting dah boleh pakai jeans.. 


Sebenarnye tadelaa plan bercuti ke ape, kite balik kampung abah je, so alang alang dah dekat dengan Cameron naiklaa kejappp.. dapat gaklaa rase strawberry ke hape kann hihihi


lame sangat makan lauk pantang, dapat buah fresh kan syiokkk.. petik sendiri terus masuk muluttt hahaha


memandangkan time ni memang kami cam dah lame benau tak jumpa, tak jenjalan sesame, so memang lebihlaa gambarnye kan.. macam tengah mood honeymoon pulak kann hahaha



Nak petik strawberry je pun, dah kemain banyak dah gambar kat ladang ni sajee hahaha


Adoiyaiii terliur pulak nengok strawberry ni time puasa puasa giniiii






Dah puas bergambar kite lepak minum petang pulak.. pekena laksa kat ladang strawberry ni.. 


Adehhh citer pasal makan pulakkk.. lagi lahh terliurr ni.. huhuhu


Time ni kami pergi bertiga je..



tujuan utama kami sebenarnye memang macam macam nak cari kat sini, termasuklaa madu, sayur sayuran dan buah buahan.. maklumlaa, orang baru abes berpantang, kenalaa jaga makan, kena cari yang fresh fresh gituu :p


Tapiii.. pastu bedal yang ni.. hahha



Dan ni bunga free, dapat kat kedai bunga kawan abah. Dah nak balik die memang mention cakap nak bagi kat menantu sorang ni haa sempena tahun baru katenye mase ni..



Salam Perkenalan,

Review : Cassa Kaseh GuestHouse Langkawi

Sempena #LizNir5thAnniversaryTrip arituuu, kami ke Langkawi jugak.. tapi ni pun last minute punye plan. Sebelum sambung lagi cerita di Langkawi kite kasi update pasal Cassa kaseh GuestHouse ni dulu yee..


Cassa Kaseh GuestHouse ni terletak di lokasi utama iaitu berhampiran dengan Pantai Chenang.


Cassa Kaseh GuestHouse menawarkan perkhidmatan dan kemudahan seperti Wi-Fi, meja penyambut tetamu 24-jam dan tempat letak kereta. Ini antara fasiliti yang wajib ade kalau nak cari sesuatu hotel tu kann..


Bilik sangat bersih dan kemas.. Dalam semua bilik memang dilarang merokok so sonok sikit, icik abam tadelaaa ngengade nak smoking atau bervape dalam bilik kannn.. kalau tak konpem icik abam pilih smoking room punye kalau ade.. hihihi


Kereta pulak boleh nampak dari dalam bilik, so senang nak buat tinjauan.. hihihi


Depan bilik ade balkoni, so kat depan tulaa icik abam menghembuskan asap rokok diaaa.. hahaha


Iron pun dorang ade sediakan, kire okeelaa kann sesetengah hotel tade provide iron..


Ni pulak antara pesanan dari management.. Alcohol memang tak dibenarkan langsung ye..


Ni pulak dalam bilik air, tema hitam putihhh :p


Nilaa pemandangan depan bilik kami..


Bawah ni pulak video yang sempat kite record mase check in bilik arituuu.. moga dapat membantu kalian dalam mencari hotel berhampiran dengan Pantai Chenang Langkawi.. :) :) :)




Salam Perkenalan,

Monday, May 29, 2017

Jalan Jalan Cari Makan & Tempat Menarik Di Penang

Pulau Pinang atau lebih dikenali dengan panggilan Penang adalah sebuah negeri yang terletak  di Utara semenanjung Malaysia. Dalam entri kalini, kite ade senaraikan beberapa tempat yang menarik untuk dilawati dan "wajib" datang kalau berkunjung di Penang.


Tempat pertama yang kami singgah adalah di Padang Kota Lama ni. Tujuan utama kat sini semestinya nak cari Pasembuq.. hihihi


Kat Padang Kota Lama ni korang boleh bersantai santai waktu petang sambil melayan angin bayu yang bertiup kencanggg.. hihihi


Lokasinya juga adalah bersebelahan dengan Kubu Cornwallis.


Terdapat beberapa bangunan dan gerai makan kat Padang Kota Lama ni.. tapi kalau nak makan Pasemboq tu memang banyak pilihan.


Kalau korang suke bergambar macam kite ni, korang boleh singgah di Penang Street Art. Kat sini, selain korang dapat bergambar dengan lukisan mural 3D korang jugak boleh lakukan aktiviti riadah dengan berbasikal. Basikal untuk disewa memang ada disediakan di kawasan ni.


Lukisan mural 3D di bangunan bangunan luar di Jalan Seni Penang ni memang banyak kat kawasan bangunan lama ni. Ia menambahkan keceriaan di kawasan ni..


Ni antara lukisan mural 3D yang sempat kite snap gambar kat situu..



Hari berikutnye kami ke Bukit Bendera pulak..


Mase kami pergi ni raya cina so memang sangat crowded orang nak naik ke Bukit Bendera ni. So kami sempat bergambar kat sini je, tempat lain semua penuh dengan orang je.. hihihi


Dah berpeluh peluh kat Bukit Bendera kite cari Cendol ngan Pasemboq pulakk..


papepunnn, sebelum makan update kat ig duluuu hahahaha..


Okee, kalau nak makan Pasemboq antara tempat yang menjadi tumpuan adalah kat Padang Kota ni.. Adoiiiyai serius terliur nengok cendol sedap ni time puasa puasa gini kannn.. hahaha


Pasemboq ni pun menambah lagi lapar perut pulak kannn hahaha


Selain tu, waktu pagi pulak korang wajib ke sini..


Pekena Roti Bakar Transfer Road..


Selain roti bakar, kat sini femes dengan roti canai ayam..


Siyes memang sedappp.. tapi harga pun sedap jugakk hihihi



Okee, dah petang nak makan nasi kami pekena Nasi 7 Benua pulakk


Nasi ni dipanggil 7 benua kerana, dalam satu pinggan akan dihidangkan dengan 7 jenis nasi iaitu Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Lemak, Nasi Hujan Panas, Nasi Lemuni, Nasi Putih dan Nasi Kacang.


Tak cukup kenyang lagi korang boleh try laksa di Gurney pulak..


Ni pulak Pasemboq Gurney yang kami tapau makan kat hotel.. nod bad jugakk


Malam pulak kami dinner seafood di Hammar Bay..


Ni untuk dua orang makan.. huhuhu


Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...