Wednesday, November 12, 2014

Melawat Lavender Garden CH

Dah banyak kali pergi CH kalini baru berkesempatan nak masuk Cameron Lavender, selalu naik dan turun dari Tapah, so memang tak lalu tu yang tak dapat nak singgah tu, kalau lalu pun jem bagai so memang tak dapat nak singgah
Kalau nak masuk Lavender Garden ni kene beli tiket dulu.
 Dewasa RM5. Kanak kanak RM3
Masuk sini aku memang bergambar jelaa
Nasib baik cuace baik walaupun risau dengar kabar tanah runtuh kat CH
Kalau ikutkan memang dah rase nak postpone untuk ke CH ni, tapi nasib baik kami ade good guider, icik abam dah siap update dengan MDCH pasal keadaan selamat ke idak untuk bercuti ke CH. Sebelum nak pergi dielaa yang handle segalanye termasuk booked apartment
Memandangkan ni first stop, ibu ngan kaklong dah start membeli belah
Berbakul bakul dorang beli, aku tadelaa hihihi



Dah setel berjalan bahagian bawah kteorang ke atas pulak
kat atas ade Cameron Lavender Jem Factory


Aku ngan icik abam sibuk bergambar jela kat atas tu
Kalau korang nak makan eskrem atau waffle strawberi ade je jual kat sini
Kat atas ni ade kebun bunga dan kebun strawberi. Nak petik sendiri pun boleh, kalau nak petik strawberi 200g RM10 rasenye, kalau yang bunge sekuntum RM2 kot. Lupe lak nak snap harga harga untuk memetik sendiri 




Sebelum tinggalkan Lavender Garden ni opkoslaa bergambar bersama sama ^^


Salam Perkenalan,

Tuesday, November 11, 2014

Review : Sewa Crown Imperial Apartment CH

 Weekend haritu kami sekeluarga bercuti di Cameron Highlands. Biasanya kami akan bercuti hujung tahun bile time cuti sekolah, tapi memandangkan dah tak larat dah nak tempuh jem dan crowded bagai so kami decide pergi sebelum cuti sekolah start.


Biasa kalau pergi CH kami duduk Tanah Rata je, mula mula memang plan nak duduk Tanah Rata gak, tapi dah booking apartment kat Tanah Rata tu tup tup tak dapat lak, so kami cari apartment kat Brinchang pulak. Tu yang book Crown Imperial Apartment ni


Apartment ni bertul betul bawah tu pasar malam CH. Tapi nak beritahulaa yang Pasar Malam CH ni dah tukar tempat, dulu berhadapan betul betul dengan balai polis, tapi time aku pergi tu nengok dorang dah beralih tapak di seberang jalan balai polis, tak jauh pun, bezanye seberang jalan je ^^


 Ni master bedroom.


 Setiap bilik memang luas, ade 3 bilik semuanya


 Ni bilik tengah. Pun luas dan selesa untuk kami


Bilik ni untuk aku ngan icik abam


Ni pulak bilik ketiga, luas jugakla, bolehlaa kaklong aku sefamily tidur dengan selesanye, sebab ade 2 katil


Yang ni dapur, pun luas


 Bagi aku apartment ni quite expensive. Luas tu memang luas, cuma yang aku tak bape sonok kat sini takde sediakan karpet langsung, tempat sejuk, so memang menggigil kaki pijak lantai. Pastu pulak parking kat sini terhad, so kalau konvoi ramai ramai memang jenuh nak cari parking, tapi nasib baiklah aritu kami pergi 2 kereta je, so agen tu pun arrangekan parking untuk kami


 Rating : ★ ★ ★ ★ ☆
satu malam kami sewa apartment ni RM380, agak mahal bagi aku tapi nasib baiklaa dekat dengan pasar malam so berbaloi gaklah sewa sini




Salam Perkenalan,

Monday, November 10, 2014

Rezeki Bulan Isnin

3 name menang. Alhamdulillah, so pasni kite tunggu 3 hamper sampai kat rumah ^^

Salam Perkenalan,

Friday, November 07, 2014

Boleh Nengok Wayang FREE!

Alhamdulillah hadiah menang tiket wayang dah sampai. Tiket ni boleh diredeem kat GSC sahaja ;)


Salam Perkenalan,

Wednesday, November 05, 2014

Counting Days #LizNir3rdAnniversaryTrip

Seriusss rase tak sabarrrr.. Another 41days to go ^^
Lagi nak dekat lagi tak sabar. Padahal dari awal bulan september dah ready pasport semua, tunggu mase nak pergi je. Harap harap semuanya berjalan lancar. Amin~


Salam Perkenalan,

Tuesday, November 04, 2014

Alhamdulillah Rezeki Awal November

Name aku dengan icik abam sangkut sebagai pemenang.
Setiap sorang akan menerima RM50 worth barang Darlie Charcoal. Alhamdulillah, tahniah icik abam! hihihi


Salam Perkenalan,

Pratonton Filem Kelibat

 Semalam berlangsungnya malam pratonton Filem Kelibat yang dibintangi oleh Fadlan Hazim, Fauzi Nawawi, Niezam Zaidi, Ellie Suriaty, Atikah Suhaimie dan Shima Anuar
 Filem ni merupakan filem seram dibawah arahan Hashim Rejab. Filem ni adalah filem ke-97 keluaran Metrowealth
 Memandangkan ade lebih tiket so ajak opismate join sekali
 Ni tengah beratur nak collect tiket  
Sebelum movie start haruslaa bergambar dulukan ^^

Filem Kelibat ni mengisahkan sebuah keluarga yang mendiami sebuah rumah yang mana sering sahaja diganggu oleh kelibat misteri yang menyeramkan, kelibat tersebut bukan sahaja muncul di depan mata mereka malah turut muncul dalam telefon bimbit mereka. Karya terbitan Metrowealth ini dibintangi oleh Fauzi Nawawi dan Ellie Suariati sebagai teraju utama.

Rating : ★ ★ ★ ★ ☆
Untuk keseluruhan cerita ni aku bagi 4 bintang. Tarikh tayangan: 6 November 2014


Salam Perkenalan,

Monday, November 03, 2014

Good Luck Calon SPM 2014 #GambarSPM2003

Adik adik yang ambil Exam SPM Good Luck ye
Gambar kenangan aku mase amek SPM dulu

[Catatan : SPM 2003]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...