Sunday, June 14, 2015

Pestaim Mencandat Sotong

Aktiviti mencandat sotong ni sebenarnye tak termasuk dalam plan. Tapi memandangkan dah alang alang sampai di Kuala Terengganu pastu tengah musim mencandat lak tu, so bagilaa icik abam merase mencandat hihi
Icik abam pergi bersama asben asben bff. Dorang keluar hotel nak naik bot dalam pukul 6 petang camtu.
Bile si suami suami pegi mencandat sotong, si isteri pulak pegi makan sotong kat Pok Nong. Entri kami di Pok Nong aku dah update ritu. Siyes tempat tu memang recommended.. mane tak tahu tu boleh usha entri aku tu ye. Klik je DISINI! ✌
Memandangkan aku tak pergi so entri ni banyak gambar icik abam jelaa kat atas bot. 
Gambar selfie melfie sempat diambil mase laut tenang je. Bile dah ketengah laut icik abam cakap dah tak sempat nak bergambar pun. Sebab bot dah terhuyong hayang.
Nak update kat isteri pun tak mampu ini nak berselfie kan. So gambar gambar selfie yang ade ni antara gambar yang sempat di ambil sebelum ke tengah laut
Sebelum ke tengah laut bot dorang akan lalu di Masjid Kristal

Entri kami di masjid kristal sudah diupdate. Jemputlaa singgah ye ✌ Nak mudah terus ke entri tu korang klik je kat link atas tu.
Video kat bawah ni pun antara video yang sempat icik abam record sebelum ke tengah laut..
Nengoklaa tu kemain ceria muke. Sonok ye seharian tinggalkan isteri. Dari pukul 6 petang pergi pukul 8 pagi keesokkan harinye baru sampai hotel. Hihihi



Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...