Wednesday, October 17, 2018

Alhamdulillah Rezeki Anak

Dalam sibuk dan stress kat opis ni, tetibe dapat parcel memang menggembirakan hati mummy. Lagi pulak dapat pemberian dari orang untuk anak. Ya Allah murah rezeki Audya, moga murah rezeki jugak buat uncle ngan aunty semua yang baik hati bagi Audya macam macam..


Mummy betul betul tak sempat nak update segala hadiah yang Audya dapat sejak lahir sampai sekarang. Tapi disebabkan ni hadiah paling latest yang Audya dapat so mummy updatelaa kat sini ye. 


Ni merupakan hadiah ketiga, dari pengirim yang sama. Alhamdulillah, Audya dikelilingi dengan Aunty Uncle yang baik hati dan menyayangi Audya. Terima kasih semuaa.. Hanya Allah je yang mampu balas..

Salam Perkenalan,

Sunday, July 15, 2018

Buat Produk Jenama Sendiri Bersama Servis ZY East Coast (Cawangan Kelantan)

Korang pernah dengar ZY Phyto? Okee mane yang tak pernah tahu dan tak pernah dengar nama syarikat "One Stop Centre" yang jual produk jenama sendiri ni, kita terangkan dulu sedikit sebanyak latar belakang syarikat ni ye. 


ZY Phyto merupakan syarikat milik muslim bumiputera secara keseluruhannya yang menjadi pusat kontrak pengilangan OEM dan perunding untuk produk kesihatan dan kecantikan. ZY Phyto East Coast Sdn Bhd ditubuhkan pada 30hb September 2016 dan berlokasi di Lot 122, Seksyen 1, Jalan Masjid Lama Pasir Mas, 17000 Pasi Mas, Kelantan. Syarikat ini mempunyai lima orang pengarah iaitu Zaidi Yusoff, Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly, Rozaidi Abdullah, Dr Mohd Termizi Mamat dan Dr Ahmad Sumardie Shan Hassan.


Di ZY East Coast menjalankan production produk produk makanan sahaja, akan tetapi kalau korang nak buat produk kosmetik, korang boleh walk in terus ke ZY East Coast untuk rundingan dan production hanya akan dijalankan di ZY Cosmetics di Puncak Alam. Jadi orang Pantai Timur tak perlulaa nak datang jauh jauh ke Puncak Alam semata mata nak buat produk sendiri sebab ZY East Coast akan deal direct dengan ZY Holdings Sdn Bhd sebagai HQ.



ZY East Coast ditubuhkan untuk membantu syarikat perusahaan kecil atau usahawan usahawan dengan modal serendah RM5000. Orang Pantai Timur terutamanya di Negeri Kelantan memang ramai yang menjalankan perniagaan. Maka, ZY East Coast telah bertapak untuk merealisasikan impian golongan golongan yang berhajat untuk membuat produk jenama sendiri.


so kepada yang berminat bolehlaa hubungi person in charge dibawah:
Nama : Rozaidi Abdullah
No.Tel : 019-4741898
Email : zyeastcoast@gmail.com


Untuk sesiapa yang berminat nak bekerjasama atau mendapatkan servis dari ZY East Coast, bawah ni disertakan beberapa maklumat mengenai kilang dan produk :

1. Minimum Order Quantity (MOQ) terendah ialah 250 unit yang berbeza dengan MOQ yang ditawarkan di HQ iaitu 1000 unit jika ingin membuat produk OEM. Ini kerana skala operasi di sana lebih kecil berbanding di HQ

2. Syarikat mempunyai kepakaran membuat produk tablet dengan 11 jenis pilihan bentuk termasuk bintang, bunga, bulat dan banyak lagi..


3. Produk utama yang boleh dilakukan di kilang ZY East Coast adalah produk berbentuk jus, liquid dan jelly liquid dengan pilihan pembungkusan menggunakan botol, liquid sachet atau powder sachet. contoh produk yang boleh didapati ialah produk whitening, minda, sendi, slimming, dalaman wanita, gout dan lain lain.

4. Syarikat merupakan one stop centre bagi usahawan usahawan produk yang berpusat di Pantai Timur termasuklah dari Terengganu dan Pahang.

5. Free consultation bagi bakal bakal usahawan yang berminat untuk membuat produk. Consultant yang dilantik merupakan pakar dalam bidang marketing secara online dan juga offline.

6. Tidak perlu membuat temujanji. Hanya walk in ke gallery sahaja 


Mudah dan senang rupanya kan nak buat produk jenama sendiri camni?  ZY Phyto akan bantu korang dari A-Z.. Lagi pulak korang tak perlu bimbang akan keaslian atau mutu produk tersebut, semua diperakui dan mempunyai sijil sijil yang berkaitan serta diluluskan..


Okee kite yang menulis ni pun tetiba rase terpikir nak buat produk jenama sendiri kalau macam ni.. hahaha so korang yang berminat apelagi kannn cepatlaa bertindakk 


Salam Perkenalan,

Tuesday, June 26, 2018

Makan Makan Di The Windmill Melaka

Lagi cerita pasal makan, maklumlaa mase tengah preggy memang banyak pergi makan makan, tapi tu pun dah hujung hujung. Sebab mase awal preggy memang tak bape lalu nak makan kat luar, nak icik abam masak je, tak kirelaa menu telor ngan kicap pun berkali kali tambah, yang penting air tangan icik abam.. hihih tu yang bile keluar anak kanje mummy ni kemain mengade ngan daddy nye..


Dah banyak kali benarnye kami makan kat The Windmill Melaka ni sefamily, sebab tempat selesa dan makanan pun boleh tahan sedap..


Time ni tengah preggy, so mood nak amek gambar setiap menu yang ade tak mampu le pulak, kalau sebelum ni memang setiap menu yang kami order kite akan amek gambar dan up kan kat sini untuk dijadikan review. Tapi ni kite amek gambar overall jela ye, kot kot mate korang tajam korang perhati jelaa setiap menu yang dihidangkann hihihi nak bagi tahu name menu pun dah lupe..


Macam biasa, makyong time ni memang suke makan salmon je, so ni menu pertama yang diorder. Untuk makyong time tu, nampak macam tak cukup, so kite ade order lagi menu lain sebenarnye, tapi tu pun tak sempat nak amek.. so dapat tunjuk menu yang ni jelaa..


Alhamdulillah, rezeki dapat berkumpul ramai ramai dengan family..


Bila berkumpul ramai ramai, gambar makanan dah tak penting dah, yang penting dapat bergambar dengan semuaa.


Pasni Insya Allah bertambah lagi ahli keluarga kami.. hihihi


Salam Perkenalan,

Monday, June 25, 2018

Nasi Lemak Abang Strawberry Cameron Highland

Lamenye tak update blog, memang banyak story yang nak diupdate. Tapi disebabkan kekangan masa, lagi lagi pulak ade anak kanje mummy dah sekarang ni, so mase nak berblog ni diketepikan buat sementara waktu. Ni dah ade mase sikit dan keadaan pun terkawal marilaa kite mengaranggg. Disebabkan tengah berpantang, so banyak pantang larang yang hendak dijaga, terutamanya bab makan. Dah tak dapat makan macam macam kite up pasal nasi lemak strawberry ni. Pegi Cameron Highland ni tujuannye memang untuk jalan jalan cari makan. Maklumlaa time ni tengah membuyong, so ape yang terlintas nak makan berdesup je icik abam bawak.. hihi 


Ohmaii, nengok gambar ni balik rase rindu lak nak preggy, tapi nurse ngan doctor dah warning siap siap kena tunggu 2 tahun baru mengandung lagii.. Okeh! Insya Allah dah lepas tempoh tu nanti memang nak pulun lagi. Rindu je time time ni hihihi


Eh ehh, dah jauh menyimpang lak, bila dah lame tak mengarang camni laa kan.. Okehh kepada yang belum pekena dan belum try makan kat sini meh kite tunjuk sikit ape yang boleh diorder kat sini..


Dah namenye pun kat Cameron so kalau takde strawberry memang tak sahlaa kan, sebelum pekena nasi lemak, kite makan pencuci mulot ni duluuu...


Bila nasi lemak dah sampai haruslaa amek gambar dulu, nengok warne nasi lemak ni je pun dah menarik hati kann, tu belum makan lagi dengan sambal strawberry yang ade tu. Bagi kite memang sedap nasi lemak tu, mase kite up gambar nasi lemak ni pun memang ramai yang tanye ape rasenye, yang kite boleh cakap sedappp, pedas dan memang kena dengan tekak kite. Nasi tu pulak warne je, so tadelaa rase strawberry ke ape, tetap rase nasi lemak, cuma yang menambah sedap tu adelaa sambal strawberry tu.. Yelaa nasi lemak ni yang membuatkan ia sedap adalah sambalnye.


Minum pun air strawberry memang fefeeling kat Cameron sungguhh.. hihihi Kalau ikutkan tekak aritu, memang nak tapau lagi satu nasi lemak ngn air strawberry tu, tapi icik abam warning takyah ikutkan nafsu makan sangat, kang perut tegang icik abam gak yang susahh.. hihihi


Icik abam macam biasa kalau makanan dah sampai memang terus nk ngap je, tapi disebabkan bininye ni memang ade tabiat suke amek gambar dulu, so terpakse gaklaa icik abam redhaa walau pada hakikatnye memang tak larat nak layan, tu yang bila ajak selfie tu tak boleh nak senyum sebab penuh makanan dalam mulot. Pantang cakap dah abes amek gambar makanan memang terus ngap jelaa hihihi


Salam Perkenalan,

Thursday, May 03, 2018

MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!

Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka. Berita baik untuk yang ingin mengadakan Hari Keluarga atau Family Day sesama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan.


Jimat sekurang-kurangnya RM1,000. WOW. Penjimatan bermula dari RM1,000 sehingga RM3,900. Banyak tuuuu. Nak tahu apa lagi pakej yang ditawarkan?


Boleh klik link DISINI jugak ye

Gambar dari Web Agrofarmstay

Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tarikh family day boleh tetapkan kemudian. Sebab pihak kami tahu nak organize family day ni susah. Nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga akan memakan masa. Oleh kerana tempoh promosi ni terhad, jadi boleh book dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. Banyak masa tu kannn. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye.

Gambar dari Web Agrofarmstay

Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja ye, boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian.

Gambar dari Web Agrofarmstay

Kandungan Pakej Mega Bonanza 2018.


Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih dari 20 orang, boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. Makanan di sediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tenghari, makan malam BBQ dan sarapan pagi. Kami juga menyediakan sukaneka sebanyak 5 game bersama jurulatih. Tak lupa juga untuk kaki karaoke boleh cuba berkaraoke disini. Bagi yang lebih suka aktiviti air, boleh cuba berkayak atau memancing, Cuma perlu bawa joran sendiri. Di sini ada pelbagai haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Boleh cuba bagi makan kat haiwan tersebut. Bagi kanak-kanak, kami ada sediakan pertandingan mewarna. Boleh tengok bakat mereka nanti. Tak lupa juga hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. Akhir sekali kami akan sediakan banner family day dengan nama family masing-masing. Wah!!! Banyak kan aktiviti yang disediakannn. So ape lagiii, rebutlaa peluang keemasan ni..



Harga yang di tawarkan pulak seperti berikut:

Harga asal tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax).

Harga promosi pakej 2 hari 1 malam utk 20pax ialah RM2,780. 

Harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja. 

Bagi tambahan yang melebihi 20pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maximum 78pax. 



Sangat-sangat murah. Dijamin berbaloi. Untuk tempahan, sila layari laman web kami di:





Whatsapp / SMS / Call:
012 – 211 8246 / 016 – 209 8623 / 012 – 202 5647

Office:
06 – 232 2761


Salam Perkenalan,

Friday, April 20, 2018

Photoshoot & Simple Celebration | Li6Nir 6th Anniversary 2017

Alhamdulillah enam tahun dah usia perkahwinan kami, macam macam kami lalui bersama berdua. Insya Allah hujung tahun ni kite celebrate next anniversary bertiga lak ye.. Walaupun time ni baby dah ade dalam womb mummy dah time ni.. boleh laa jugak anggap dah bertiga..


Lame sangat tunggu saat bertiga ni, walaupun tak larat tetap nak bergambar sakan.. Tu yang bergambar tu kena amek duduk je, kalau dulu memang tak boleh nak amek gambar time duduk.. sekarang takpe boleh tayang baby bump tuuu.. hihihi


Sonoknye rase kalini dah ade baby bump, selalu tu bergambar berdua jekann.. orang lain nengok pun bosan inikan kami hahaha


Doakan yang baik baik untuk kami ye..


Anniversary kalini tade candle light dinner ke ape, sebab mood makyong tak menentu.. lagi pulak time ni kaki asek sakit sakit je, so tak boleh nak plan pegi memane pun..


So last minute punye plan kami plan amek gambar jelaa sebagai kenangan, nak meriah lagi kami beli belon belon ni.. nak gune planner planner dah tak sempat dah time tu, so cari je kedai belon yang ade provide belon belon gini so deco je sendiri.. untuk review kedai belon ni akan diupate di entri lain supaya boleh jadi rujukan sesiapa yang teringin nak beli belon belon giniii


Nasib baiklaa t-shirt ni boleh pakai, sebab kami tempah dah lame.. saiz S pulak tu, so bile dah preggy naik dah sikit berat, tapi disebabkan t-shirt ni memeri, so takde laa tak muat bila pakai tu.. Oh yee, untuk t-shirt anniversary kami ni, kami dapat sponsor hasil menang contest dari Sogo..


Lepas photoshoot kite amek gambar sesi potong kek pulak kat rumahh..


Makyong tak mampu nak duduk kat luar lelame, so kite bergambar kat dalam rumah pulak ye..


Beli kek kemain besar haa, padahal celebrate berdua je.. hihihi


Kalau nampak kecacatan kat atas kek ni, semua tu gara gara icik abam..


Die yang dok set up semua nya sebelum nak bergambar, tup tup "tercacat" sikit kek tu.. so nak cover, tu yang letak coklat tu, nasib baik ade kat rumahh hihihi


Sempat lagi tu berdating nengok wayang, maklumlaa dah lama sangat tak nengok wayang, so kite layan ke aje, ni adalah request dari icik abam.. 




Salam Perkenalan,

Wednesday, April 18, 2018

Celebrate Birthday Lady Boss

Lame rasenye tak update pasal celebrate birthday kat opis ni, kalau dulu memang rajin je update setiap kali ade makan makan sempena birthday birthday orang ni, tapi ni disebabkan dah tak boleh nak bedal bende benda manis so dah jarang sikit nak update hihihi


Kalini bukan celebrate birthday yang quarterly punya, ni celebrate birthday untuk lady boss, so special sikit.. tapi makanan tade laa meriah nau, cukuplaa sekadar untuk minum petang..


Dorang siap buatkan gubahan bunga untuk birthday girl.. cantik dan kreatif..


Ape apepun kite suruh birthday girl blow the cakes dulu..


dah siap blow kite potong kek pulak, lepas tu baru boleh makan hihihi.. makyong aim ayam goreng je time tu.. maklumlaa dah petang petang memang dah mula rase lapar.. hihihi



Ni video yang sempat direcord masa nyanyi lagu birthday untuk birthday girl..


Salam Perkenalan,

Tuesday, April 17, 2018

Pekena Ketam Masak Pedas Medan Ikan Bakar Hj Musa

Okee ni kali kedua time preggy pekena ketam dan ikan bakar kat Medan Selera Haji Musa Kompleks Nelayan Sg Duyong ni..


Pestaim makan ritu rase sedap, murah pulakk dan tempat pun agak selesa so kite repeat makan kat sini lagii


Alang alang makyong nak makan seafood so ajaklaa yang lelain memeriahkan suasana.. hihihi


Untuk pemilihan laut kite bagi kat icik abam, sebab dia pandai bajet hihihi


Adoiii terliur pulak nengok ketam ni, rase nak makan lagi le pulakk hihihi


ni pulak siakap bakar, sedapnye cicah dengan sambal kicappp..


Tambah sotong goreng tepung sikit.. buat tambah tambah laukk


Sebelum kene ngap sempat lagi amek video.. hihihi


Alhamdulillah kekenyangan malam tu, padahal plan asal hanya makyong je nak makan ketam, so alang alang semua ade kat kampung, ajaklaa makan reramai sekali kan, lagi tambah best suasana makan tuuu.. hihihi


Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...