Wednesday, January 15, 2025

Pakej Haji Swasta 2025: Tawaran & Slot Amat Terhad!

Untuk mereka yang sedang mencari Pakej Haji Premium Swasta 2025, Tawaran dan slot adalah terhad ye.. anda boleh pilih Pakej Istimewa Haji 2025 seperti berikut:






Untuk info lanjut berkaitan Pakej-pakej di atas boleh klik pada setiap gambar di atas ye..

Pengelola Jemaah Haji (PJH)

Dengan pakej yang ada, anda akan mendapat kelebihan dan perkhidmatan mutawif 24 jam disediakan untuk anda. Bahkan, kelas intensif haji dan pengajian umum sebagai persediaan jemaah haji menunaikan haji juga diberikan. 

Pengelola Jemaah Haji (PJH)

Selain itu, Pakej ini juga di kelola oleh jemaah haji yang sah di bawah Tabung Haji dan berdaftar dgn MOTAC.


Untuk dapatkan pengalaman Haji yang tidak akan dapat anda lupakan dan dipercayai oleh rakyat Malaysia. Jom Daftar Segera!



Salam Perkenalan,

Wednesday, September 18, 2024

PELUANG MENJANA PENDAPATAN SAMBIL MEMBANTU MENINGKATKAN TAHAP EKONOMI DAN PARA PETANI DI PALESTINE


SIAPAKAH SYARIKAT PALESTIN TUNGGAL DI MALAYSIA?

Al’Ard adalah satu-satunya syarikat Palestin yang beroperasi di Malaysia. Al’Ard di Shah Alam adalah satu-satunya pejabat yang beroperasi di luar Palestin.


Bagi Al’Ard, polisi Kerajaan Malaysia yang sentiasa menyokong perjuangan Palestin sejak puluhan tahun adalah bukti kukuh bahawa negara ini adalah lokasi paling sesuai untuk menjalankan operasinya.


Itulah sebabnya walaupun produk Al’Ard dihantar ke pelbagai pelusuk dunia seperti Arab Saudi, Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Chile, Jepun, Australia, dan Indonesia, Malaysia tetap menjadi pilihan.


GENAP SEDEKAD DI MALAYSIA

Tahukah anda, sambil anda membantu rakyat Palestin dengan membeli produk mereka, anda juga boleh membantu diri anda sendiri dengan menjana pendapatan?


Sejak sepuluh tahun lalu model simbiosis ini telah dilaksanakan di Malaysia. 


Al-Ard bermula di Malaysia dengan sistem ejen. Rakyat Malaysia mendapat bekalan secara terus dari Palestin, menjana pendapatan melalui perniagaan dan dalam masa yang sama, dana dapat disalurkan secara terus kepada rakyat Palestin melalui transaksi perniagaan yang sah.


Kempen ‘Palestin di Setiap Rumah’ kini sedang berlangsung. Sasarannya adalah untuk menghantar 3 juta ringgit ke Palestin.


Sejak bermulanta kempen pada awal Disember 2023 yang lalu, kita sudah berjaya membuat penghantaran dana ke Palestin sebanyak USD 340,000.00 bersamaan RM 1,914,790.00


Terbaik Al-Ard!!👍🏻🤝



ANDA INGIN MENJUAL PRODUK YANG BETUL-BETUL DATANG DARI PALESTIN?
Memetik kata-kata Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali pada Disember lalu, cara terbaik membantu rakyat Palestin adalah dengan membeli produk asli keluaran mereka. 


“Rakyat Palestin bukannya hanya mahu meraih simpati. Kami melakukan perniagaan sebagai usaha membangunkan ekonomi yang akhirnya dinikmati setiap lapisan rakyat.”


“Melalui perniagaan jugalah segala sokongan kewangan dapat disalur ke Palestin dengan cara yang telus, tanpa sebarang ketirisan,” tegas beliau.



SIAPA PARTNER AL’ARD?

Sebelum ini Alard Malaysia menjalankan kaedah penjualan secara terus kepada pengguna dan juga sistem ejen.



Setelah mendapat maklum balas daripada semua pihak, Al’Ard telah menambah baik sistem penjualan dan Sistem Alard Partner mula diperkenalkan.


Dahulunya proses penjualan dilakukan secara manual dengan melakukan pesanan stok di whatsapp atau secara berhadapan, kini penjual produk Al’Ard boleh melakukan pembelian stok di dalam system juga.


Alard Partner terbahagi kepada 3 kategori iaitu Gold Partner, Silver Partner dan Bronze Partner. Berikut adalah perbezaan antara Partner Alard:


Gold Partner

Margin keuntungan sehingga 40%

Pembelian Pertama RM3,888.00

Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM1,888.00


Silver Partner

Margin keuntungan sehingga 32%

Pembelian Pertama RM388.00

Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM388.00


Silver Partner

Margin keuntungan sehingga 20%

Pembelian Pertama RM188.00

Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM188.00


Sales Kit

Al’Ard juga turut menawarkan Sales Kit/Marketing Support seperti:

Channel Telegram Konten

Gambar/Poster/Video

Flyers Product

T-Shirt Al’Ard

Bunting

Promotion Stand

Non-Woven Bag

Web Listing


Untuk mendaftar sebagai partner Al’Ard, sila layari lamanweb www.partneralard.com atau hubungi nombor whatsapp https://wasap.my/60132615878/SertaiPartnerAlard


Salam Perkenalan,

Wednesday, January 11, 2023

Bangi Wonderland Theme Park Sesuai Seisi Keluarga


Hello hellooooo.. tumpang laluu sattt.. nak sapu sawang hahhaha


Akhirnyaaa.. ade gak entri yang boleh di update.. lame betul tak menulis kann.. tapi tulaa nak cerita pergi Bangi Wonderland Theme Park dengan geng blogger..
 

Rasenye ni kali kedua join gathering bersama kbba9.. Alhamdulillah dapatlaa jumpa semua face to face, kalau tak jumpa di alam maya saje..


Paling teruja pastinyaa dua budak ni laa kann hihihi


Dapat masuk air terus muka banyak senyummmm gituuu 


ni tak dapat nak try, dapat nengok orang naik je.. sebab bebudak ni tak leh naik kan.. so makdia pun tak dapat nak naik jugaklaa


sini best dapat main air ombakk, ala alaa macam kat pantai gituu


Tempat mummy dan anak2 kat sini jelaa.. kemain sonok dorangg


mane tempat makdia tak dapat nak main, makdia buat lawat periksa je sambil amek gambar


ni harga sewa locker ye.. kami sewa yang medium je..


Akhir sekali kita tepek gambar yang diambil sebelum pulanggg ;)



Salam Perkenalan,

Wednesday, April 29, 2020

Resipi Peria Goreng Ranggup

Sebenarnya resipi ni dah lama kita nak buat.. tapi disebabkan icik abam sejenis suka makan peria mentah mentah instead goreng gini.. so kita layankan jelaa.. tapi arini, kita try untuk buat alang alang ade peria lagi tu walaupun ade jugak beberapa bahan yang tak dapat nak masukkan.. tapi alhamdulillah masih sedap ditekak hihihi


Bahan bahan:
Peria
Tepung beras
Tepung goreng ayam Adabi
Black pepper
White pepper


Cara memasak:
Mula mula korang potong dua dulu peria ni.. buang biji tengah tengah tu.. kemudian korang potong nipis nipis. Kalau nak lebih ranggup korang sagat sebab kalau korang sagat lagi nipis lagi rangup lahh citenye hihihi

Lepastu korang basuh dan rendam dengan air garam sejam sebab nk hilangkan rasa pahit peria tu.. kalau korang suka pahit pahit korang teruskan aje dengan step seterusnyaa..

Dah rendam tu korang make sure keringkan peria tu betul betul..


Masukkan dalam bekas tertutup dan campurkan dengan tepung goreng ayam, tepung beras, black pepper, white pepper tadi.. lepastu korang tutup dan goncangkan sampai semua sekata..


Lepastu goreng guna minyak yang banyak dan panas lepas dah rasa ranggup angkat dan toskan minyak.. Siapp!


Salam Perkenalan,

Resipi Sambal Udang

Masih gigih lagi untuk masakkan lauk iftar icik abam. Hari ni dah masuk hari kelima berpuasa.. pening jugak pikir nak masakkan ape hari hari hahaha


Makanya terdapatlah idea nak masak sambal udang.. sebab dah berapa hari ni asek lauk ayam je kan.. hihihi


Bahan bahan:
Udang
Sos tiram
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Cili besar
Serai


Cara memasak:
Blend semua cili dan bawang Bersama serai. Lepastu tumis sampai kering. Kalau serai tu taknak blend sekali korang ketuk ketuk dan campak jela time masak tumis sambal tu okay..

Bila dah kering baru masukkan sos tiram, gula, garam. Ikut lidah masing masing ye.

Kemudian masukkan udang gaul gaul dah siapp!. Disebabkan ade tomato dan gajus lagi kita campak je sekali buat meriah hihihi


Selain tu menu hari ni ade peria goreng ranggup. Untuk resipi ni kita up kat next entri ye..


Terlebih rajin kita buat ayam goreng crispy


Ni pulak popia pedas


Macam biasa, anak kanje berbuka dulu.. reaksi muka tu kalau nampak makanan memang tak boleh nyorok.. excited terlebeyyy.. penat memasak mummy memang hilang terus nengokk anak kanje mummy selera makan. Alhamdulillah.


Salam Perkenalan,

Resipi Telur Bistik

Menu berbuka hari keempat untuk icik abam ni kita buat memang simple sesangat. Disebabkan tak berapa larat nak masak aritu kita buat satu menu ni je.. sayur ada, ayam ade dalam satu lauk.. senang cite.. hihihi


kita kongsikan resipi yang sangat mudah dan sedap jugak yang korang boleh try.. Insya Allah..

Bahan bahan:
Telur
Bawang holland
Bawang putih
Isi ayam (ayam cincang)
Sos Cili
Sos tomato
Sos tiram
Sayur campur
Air
Garam
Gula



Cara memasak:
Mula mula korang pecahkan telur dan buat telur dadar. kemudian simpan dulu kat tepi.

Korang sambung dengan tumis segala bawang tu dan masukan ayam cincang sehingga kering..

Kemudian korang masukkan air dan segala bagai sos yang ade tadi.. masukkan garam gula, gaul gaul pastu dah siapp!..

Korang hidangkan atas telur dadar tadi.. sekiannn mudah sungguh la haiii hihihi


Menu untuk anak kanje pun simple je aritu.. goreng goreng je.. ni sebab semua sebab tak larat nak siang ayam, ikan, sotong yang baru beli.. kita guna bahan bahan yang ade saje..


Alhamdulillah, macam biasa.. anak kanje memang tak boleh nampak makanan.. tak dan mummy nak toskan minyak dah dingappp! hihihi


Salam Perkenalan,

Resipi Ayam Masak Kurma Gajus

Haaa ni menu iftar hari ketiga berpuasa yang kita sediakan untuk icik abam. Mane yang menanya resipinye bawah ni kita ada sediakan bahan bahan dan cara masakkan ayam masak kurma gajus ni


Masak kurma ni simple je lagi lagi kalau guna rempah Adabi..

Bahan bahan:
Rempah Kurma
Santan
Cili padi
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Kunyit
Ayam
Kentang
Gajus


Cara memasak:
Bawang merah, bawang putih, halia tu tumis sampai naik bau. Lepastu masukkan rempah kurma biar sampai kering rempah tu.

Kemudian masukkan santan dan air.. pastu bolehla masukkan ayam. Tapi disebabkan kita suka goreng dulu ayam tu, so bolehla masukkan ayam selepas masukkan santan bagai tu..

Kalau tak korang masukkan ayam dulu baru santan dan air tu.. agak agak ayam nak cepat masak tutup kuali tu.. Rasa tu korang adjustla ikut lidah masing masing..

Pastu masukkan kentang, garam, gula dan gajus tu.. Gaul gaul dah siappp!


Dah siap ayam masak kurma kita prepare menu untuk anak kanje pulak



Ni kejadian sebelum masuk kuali


Mummy buat roti sosej cheese.. kemain berselera anak kanje makan.. tapi asek nak menggorek cheese je kejenye hihihi


Salam Perkenalan,

Saturday, April 25, 2020

Resipi Ikan Masak Lemak Cili Padi Mangga

Menu kedua berpuasa untuk tahun ni.. semoga istiqomahla nak masak untuk berbuka Insya Allah


Harini kita masak Ikan masak lemak cili padi manga. Niat hati nak masak dengan nenas tak pun dengan belimbing buluh. tapi ade mangga je so kita masak ni jela ye adik baby.. hihihi


Bahan bahan:
Ikan
Mangga
Santan
Asam jawa
Serai
Kunyit
Bawang putih
Bawang merah
Cili padi
Garam
Gula

Cara cara masak:
Tumis guna minyak bahan bahan yang dah blend sampai kering. Bahan bahan yang diblend terdiri daripada kunyit, bawang putih, bawang merah, cili padi.

Lepastu masukkan air dan masukkan sedikit santan kemudian kacau sampai sebati.

Masuk penambah perasa ikut sesedap rasa dan masukkan juga asam jawa. Lepastu masukkan ikan. Disebabkan kita goreng sket dulu ikan so takyahlah nak tunggu atau tutup kuali untuk cepat masak. Kita memang suka goreng dulu ayam/ikan kalau nak buat lauk. Kalau tak korang belahlah dua ikan tu then tutup kuali supaya cepat masak.

Lepastu barula masukkan manga then gaul gaul siappp! Alhamdulillah dapat pujian juga dari icik abam

kita rasa pedas dah menu hari ni, tapi icik abam cakap tak pedas pulak.. lain maciam pulak lidah icik abam ni time time puasa ni. Padahal icik abam ni bukanlaa tahan pedas sangat hihihi


Ni pulak menu untuk anak kanje. Bendi masak telur buat berkuah sket. Sebab anak kanje mummy tu suka makan berkuah


Alhamdulillah nengok anak dan bapaknyaa berselera makan hilang penat mummy masak hihihi


Salam Perkenalan,

Resipi Ayam Masak Merah Kacang Peas

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua berpuasa.. masih larat nak masak untuk icik abam walaupun lepastu pengsannn hahahha


Ni menu hari pertama puasa, disebabkan ada yang tanya pasal resipi menu ayam masak merah kacang peas ni, so kita up teruslaaa entri kat sini


Ni video yang kita upload kat IG, hanya mampu upload video je.. details resipi memang takdan nak nulis kat situ.. so kita bagi kat sini jela ye cara cara nak masak resipi ni.

Bahan bahan:
Ayam
Frozen Vege (Kacang peas)
Bawang Holland
Cili kering
Serbuk Kunyit
Halia
Belacan
Sos Cili
Garam
Gula


Cara masakan:
Tumis dulu bahan bahan blend sampai kering. Bahan bahan blend tu terdiri daripada bawang putih, bawang merah, cili kering, halia dan sedikit belacan.

Bila dah garing masukkan sos cili, garam, gula.. semua ni ikut selera lidah masing masing ye.

Lepastu bila dah rasa okay bolehla masukkan ayam yang telah digoreng bersama kunyit dan garam tadi 

Kemudian masukkan pulak kacang peas dan bawang Holland yang telah dipotong bulat. Gaul gaul dah siappp!

Alhamdulillah icik abam puji masakan ni.. korang bolehla try untuk menu berbuka akan datang ye..



Selain menu tu, ade gak menu tambahan sket iaitu popia sayur untuk anak kanje. Letak cheese dan mayonis dalam tu kemain selera makan. Alhamdulillah!


Ni antara riak muka bila dah dapat makan. Orang belum berbuka lagi anak kanje mummy ni dah abeskan buah tembikai dan popia hihihi


Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...