Saturday, March 31, 2012

Makan-makan : Pecal kembong

Okeh, kalau korang nak tahu, ini merupakan salah satu makanan kegemaran aku. kalau sekali aku dah rase kat tempat tu sedap, jawabnye memang akan repeat kat situ jela. Ikan kembong memang ikan kegemaran aku, setiap hari mesti nak makan ikan kembong. tu lah sebenarnye punce perut aku kembong. ^_^

Pecal Kembong yang best dan yang aku suke sangat adalah kat Desa Pandan. Icik Abam tak penah menolak ajakan aku kalau nak ke kedai tu (walau pun dah 2-3 hari berturut-turut makan bende same). Dari sebelum kawen sampai lah dah kawen ni haa. ^_^
Puncenye adalah ini. Kicap!!! Sebab Icik Abam kalau makan nasi ke ape mesti nak kene ada kicap. hehehe
 Kebiasaannya, kami akan order Pecal Kembong dan Pecal Lele
 Pecal Kembong untuk aku; dan 
 Pecal Lele untuk Icik Abam
Selain Pecal Kembong dan Pecal Lele, kat situ ade macam-macam pecal lagi. Antaranya, Pecal Sayur, Pecal Puyuh dan Pecal Ayam.

Aku sangat suke pecal-pecal kat sini sebab dorang akan masak segaring-garingnya. Itu yang best! ^_^

so kepada sesiapa yang teringin nak cube tu, korang boleh lah cari Kedai tu. Kedai tu sebelah Flat Desa Pandan. sebelah Jalan besar. Lorong masuknye sebelum traffic light kat Klinik Kesihatan Desa Pandan.

Selamat mencari dan selamat mencuba. Sekian ^_^

[Catatan : sekarang kedainya sudah diubahsuai!]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Friday, March 30, 2012

Makan-makan : Burger Bakar Kaw Kaw

Ini malam semalam punye cerita. hehehe. Aktiviti makan-makan atau dengan paling tepat aktiviti mendobokkan diri beramai-ramai. hehehe. Tapi dobok tu sesuai untuk aku yang makin mengembang ni. hukhuk

Rancang aritu, terus pegi aritu je. Disebabkan dorang ni tetibe je bagi cadangan untuk makan kat situ, aku pun join lah dua kaki. Bab makan memang nak laju, mane lah xdobok haih

borak punye borak pasal Burger Bakar ni, baru aku tahu yang kalau nak order Burger Bakar ni kene Q awal-awal. Kalau tak konpem terlepas nak merase. hohohoho. kalau tak caye meh tengok gambar ni. time ni dalam 6 petang. 
Ramai peminat rupenye Burger ni. kenapa lah aku tak tahu eh, mungkin sebab asik makan kat uma je kot. so makanan-makanan famous sekarang ni pun dah tak tahu dah. hehehehe
 1st branch Burger Bakar Kaw Kaw ni adalah kat Wangsa Maju Seksyen 2. tapi kiteorang bukan makan kat situ. Kiteorang pegi makan kat Dagang Avenue. ^_^
So kepada sesape yang belum merase tu, cepat-cepat lah pegi rase. Memang sedap! home made, daging pun tebal. Kaw-kaw rasenye. Try dulu baru tahu. ^_^
ada Ala-carte ada set. Pilih mane berkenan.

# Mase beratur  = >2jam. (Thanks Erin sebab line-up lebih awal)
# Mase menunggu order sampai = <1 jam (Sebenarnye xpasan bape lame sebab sibuk berborak dan gelak tawe : Ada pelawak! ^_^)
# Mase nak habiskan makanan = Lupe set timer. hehehe

 dan sekarang gambar-gambar dari start beratur sampailah makanan dah sampai. ^_^


# Eh lupe nak mention, kteorang jumpe Pn Zaharah. Ala yang ngajar Statistik kat UTMKL tu. hehehe. nasib baik die cam. hahahaha

[Catatan : dari terang sampai ke gelap!. ;)]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Saturday, March 24, 2012

Syurah : Adnan Sempit 2

Sebenarnye, cerita ni dah lame dah berlalu. Nak tahu bape lame? hehehe. Bulan lepas. 17hb February 2012. ^_^

Disebabkan blog ni untuk kenangan sendiri, so aku update gaklah walau pun kisahnye dah lame ketinggalan. Kalau korang nak tahu, 17/2/2012, kami dapat pergi Pra tonton Adnan Sempit 2 anjuran Syurah dan Mig Online. Okeylah, disebabkan kisah ni dah lame, so tak nak cite panjang. korang nengok jelah ye gambar sepanjang majlis
# Thanks Syurah
# Terserlah kegemukan aku waktu ini.. :(

Rating : ★   

[Catatan : Thanks juga pada Aji & Razif!. ;)]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Friday, March 23, 2012

Majlis Kesyukuran Adnan Sempit 2


Rabu lepas bersamaan 21hb Mac 2012, kami dapat jemputan dinner bersama Dato' Adnan sempena Majlis Kesyukuran Adnan Sempit 2 dan Penyerahan Motorsikal MODENAS. aku terpilih dan dijemput adalah disebabkan korang-korang yang undi/like gambar aku aritu. Terima kasih buat semua kawan-kawan kat Facebook dan Blogger yang sudi like dan baca entry Peraduan Open Table yang dianjurkan oleh Pihak Mig Online dan Mejar David Teo. BIG thanks buat semua tau. ^_^ 

Okeh sebelum aku tunjukkan gambar-gambar sekitar majlis aritu, aku nak share sikit dengan korang semua, tak lame lagi Adnan Sempit 3 pulak akan muncul. Penggambaran Adnan Sempit 3 dijangka akan dimulakan pada April ini. Pengumuman ini juga telah dibuat oleh Mejar David Teo pada malam tu. So sure dah tak sabar dah kan nak tunggu Adnan Sempit 3 keluar. hehehe. Untuk maklumat selanjutnya boleh lah klik Disini
ni ole-ole yang kami dapat! best!
kalau korang nak tahu, ni adalah 2 buah motor Model Passion 125 keluaran MODENAS yang dimenangi oleh pemenang yang menang dalam Peraduan Adnan Sempit 2. Sangat bertuah okeh. Tahniah buat pemenang!

Pada malam tu, CEO Modenas telah membuat satu kejutan dengan membuat pengumuman melantik Along Cham sebagai Duta MODENAS yang pertama.
 Tahniah Along, rezeki anak. ^_^
ni motor yang MODENAS bagi kat Along Cham sebagai Duta MODENAS

 okeylah, sebelum aku sambung upload gambar-gambar gedik En. Abam time kat majlis tu, aku tunjukkan dulu gambar-gambar makanan yang pihak Kelantan Delight sediakan.
Eh. eh. terliur pulak nengok makanan-makanan ni balik. Maaflah ye, nama menu-menu semua ni lupa pulak ^_^
 okeh, yang ni our 1st round makan. ^_^

 seterusnya, gambar En Abam sekitar majlis bersama Encik/Cik Artis.
 Bersama Shaheizy Sam aka Dato' Adnan
 Bersama Mejar David Teo aka CEO Metrowealth
 Bersama Epy Raja Lawak 
 Bersama Illya Iryani
 Bersama Along Cham aka Duta MODENAS
 Bersama  Liana Rafiai 
Bersama Yana Samsudin

 # makanan dan layanan sangat baik time tu! best! Thumb-up buat Mejar David Teo, MODENAS, Mig Online, Kelantan Delight, Artis-artis Adnan Sempit 2 dan semuanya. ^_^

Watak utama dalam entry ni adalah Dato' Adnan. ^_^
 Lu memang hensem la der!

[Catatan : maaf kualiti gambar xcantik! kamera baru katekan. ;)]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Thursday, March 22, 2012

Makin membulat

Dulu.

 sebelum kahwen

Sekarang.

 selepas kahwen:
# niat nak diet tu memang dah banyak kali dah buat, tapi sampai sekarang tak tertunai-tunai hajat aku tu. :(

[Catatan : sila fokus pada lengan saya! :(]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Wednesday, March 21, 2012

Kisah Dugong : Tukar Tayar

Rasenye cam dah lame je kan tak update pasal dugong ni. Sebenarnye banyak nak cite pasal dugong ni. awal tahun aritu genap dah umur die setahun. Pejam celik pejam celik dah setahun rupenye si dugong ni. 

Update entry ni bukan nak cerita pasal umur si dugong ni, tapi nak cerita pasal duit yang dah terbang nak sara si dugong ni. boleh tahan gak lah nak uruskan si dugong ni. teketar-ketar gak tangan nak kuarkan duit kalau nak jage dugong ni. tapi apa-apa pun memang puas ati sangat dengan dugong ni. cume bile sekali sekale die nak bermanje tu yang tak tahan dibuatnye.

sepanjang hayat die, ni kali pertama kami nak tukar tayar die. itupun dah teruk sangat kate encik suami. mana tak teruknye, dah sampai nampak benang-benang kat tayar tu dah. bukan nampak sikit-sikit. dah sekeliling da benang tu nampak kat tayar tu. so memang dah wajib sangat lah tukarnye pun!
 tokeh kedai tu ciap cakap kat suami . "nasib baik u dapat sampai kat workshop".. huhuhu

# Gambar tayar yang dah nampak bebenang tu tak sempat nak amek gambarnye, tokey kedai tu dah lempau ke dalam. ^_^
[Catatan : terbang $$$$! ]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Thursday, March 15, 2012

Kapal Selam Melaka

Kapal Selam SMD Ouessant Jenis Agosta 70
Korang konpem sudah tahu yang Kerajaan Malaysia ada membeli sebuah Kapal Selam kan. Kini Melaka merupakan negeri yang bertuah. Bertuah sebab Kapal Selam Pertama tu telah ditempatkan di Klebang Melaka. So, warga Melaka sangat bertuah dapat lihat kapal selam pertama tu dengan dekat. termasuklah aku. aku pun bertuah. sebab da pergi tengok dah. korang bile lagi?.

Kepada sesape yang teringin nak tengok depan mata kapal selam ni  juga, boleh datang sahaja ke Pantai Klebang. sediakan je RM1 untuk dewasa. Manakala kanak-kanak bawah 12 tahun free. takyah bayar. ^_^

Dari ape yang dibaca mengenai sejarah kapal selam ini, ia merupakan kapal selam penyerang buatan Perancis yang mampu digunakan sebagai silent weapon untuk menangani musuh. Ia mampu memuatkan 5 pegawai dan 36 anak kapal dengan sistem radar Thomas CSF DRUA 33 yang mampu mengesan sebarang musuh jahat di perairan Selat Melaka.

Kelajuan 12 knots ketika bergerak dipermukaan dan 20.5 knots ketika menyelam mampu mendatangkan gerun kepada musuh walau di mana sahaja. Ia juga dilengkapi dengan bow torpedo tube dan ECAN F17 Mod 2 torpedo yang bergerak selaju 40 knots dan mencapai sasaran sejauh 20km. Kesimpulannya, ini semua merupakan kekuatan Agosta yang digunakan sejak zaman perang dingin pada tahun 70-an dulu.

So kepada yang nak tahu lagi mengenai kapal selam ni dan kerja-kerja pengendaliannya boleh terus tengok gambar-gambar kat bawah ni. kalau nak lagi best, datang terus ke Klebang. ^_^


Wahh. Bangga jugak kan jadi warga Melaka. Sangat Bertuah. Melaka Maju!. ^_^ 



[Catatan : Sonok hirup angin pantai! ]

Salam Perkenalan, 
With Love

Norliza Nordin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...