Entri kali ni nak gabungkan 2 cerita dalam satu entri. Cerita hari sabtu dan hari ahad yang lepas
Hari sabtu hari tu, bertempat di Memorial Tun Abdul Razak telah berlangsungnye perkahwinan salah seorang geng Dejavu iaitu Ruzanna dan Aslam
Selamat Pengantin Baru untuk korang berdua. Semoga bahagia hingga ke syurga ^^
Selfie jarak jauh bersama pengantin. hihihihi
Mesti berat kat atas kepala tukan. Sebab dulu mase kawen pun aku penah pakai mase malam berinai. Boleh nengok DISINI
Okee seperti biasa, kalau pergi kenduri kawen rumah member icik abam, icik abam ni memang tak terlepas dari berkaraoke. Kali ni pengantin request icik abam nyanyi Lagu Sedetik Lebih. Sampai 2 kali nyanyi lagu tu semua gara-gara pengantin yang request. Pengantin request tapi die tak dengar, pastu suruh nyanyi lagi sekali ;)
Ni video yang sempat aku record gune henpon. Penonton siap nak "1 more" lagiii. ekekeke
Lepas menyanyi DJ bagi borang ni suruh icik abam join Pertandingan Karaoke Terbuka malam merdeka nanti. Insya Allah kalau tak balik kampung boleh la join kot ;)
Kepada sesiapa yang berminat, bole contact Deejay Mazlan. Dia amek 30 orang terawal aje tau
Okee yang ini pulak cerita hari berikutnye, iaitu hari ahad bertempat di Dewan Komuniti Bandar Manjalara. Lagi pasangan dari Geng Dejavu menamatkan zaman bujang dorang ^^
Tahniah Mira & Haroman, semoga bahagia hingga ke Jannah okee
Sebelum balik sebahagian geng dejavu bergambar dengan pengantin
Yang ni pulak bersama orang kuat MBSB.
Macam biasa, atas permintaan pengantin jugak, mase pengantin makan beradab icik abam dijemput untuk mendendangkan lagu Sedetik Lebih dan Mungkin. Pengantin request lagu Sedetik Lebih dan My Baby You, tapi lagu My baby You tu Dj tak ade pulak lagunye. Memandang DJ takde karaoke so icik abam nyanyi camtu aje tanpa nengok lirik. Abes lintang pukang sebab tak ingat lirik mase nyanyi. Hahahha. Ape-apepun harap pengantin happy
Lepas dari persembahan tu, dj bagi kad kat icik abam, suruh masuk blog die, sebab blog dia banyak pertandingan karaoke dan suruh icik abam masuk mana-mana pertandingan yang ada. Insya Allah.
[Catatan : Moga ade rezeki kami lagi ^^]
Salam Perkenalan, With Love
Norliza Nordin Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Kami pergi JPO hari ahad, sebelum masing-masing gerak balik K. Reramai pakat pegi JPO
Ape-apepun sebelum pulang kami bergambar kenangan depan rumah dulu ^^
Sampai JPO terus cuci-cuci mata. Icik abam awal-awal lagi dah plan nak cari seluar dan kasut keje die. Almaklumlah naik keje nanti terus ade AGM
Berjaya gakla misi icik abam cari seluar keje die kat JPO tu.
Aku pulak rembat 2 t-shirt untuk aku dan icik abam. Itu tak termasuk dalam misi icik abam sebenarnye ^^
Masa misi pencarian tu, kami berpecah dengan haluan masing-masing. Bila masing-masing dah penat meronda JPO tu kami bertemu semula. So bila bertemu camnilah gaya masing-masing. Berselfie saje ^^
Sakan berselfie namenye ni bukan sakan bershopping. hahahahha
Maafla ye entri ni penuh dengan gambar selfie kami. Salahkan icik abam tu.. die yang rajin benau amek gambar. Hihihi
Nak naik lif berselfie
Dalam lif pun berselfie. Adoiyaiiii parah! ^^
Dah penat berjalan kami decide cari tempat minum.
Mase nak pegi Dome icik abam nampak Abang Jebat kite ni. So apelagii ajakla abang jebat berselfie sekali kan. Hihihi
Dalam Dome pun berselfie lagiiiii
Sampai ke kereta pun berselfie. Haishhhh penangan monopod ni. Kalau ade gopro tak tahula camne tahap kritikal berselfie lak nanti kan ^^
[Catatan : hampir 5jam]
Salam Perkenalan, With Love
Norliza Nordin Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?