Monday, April 28, 2014

Kenduri Kawen Geng Dejavu

Entri kali ni nak gabungkan 2 cerita dalam satu entri. Cerita hari sabtu dan hari ahad yang lepas
Hari sabtu hari tu, bertempat di Memorial Tun Abdul Razak telah berlangsungnye perkahwinan salah seorang geng Dejavu iaitu Ruzanna dan Aslam
 Selamat Pengantin Baru untuk korang berdua. Semoga bahagia hingga ke syurga ^^
 Selfie jarak jauh bersama pengantin. hihihihi
Mesti berat kat atas kepala tukan. Sebab dulu mase kawen pun aku penah pakai mase malam berinai. Boleh nengok DISINI
Okee seperti biasa, kalau pergi kenduri kawen rumah member icik abam, icik abam ni memang tak terlepas dari berkaraoke. Kali ni pengantin request icik abam nyanyi Lagu Sedetik Lebih. Sampai 2 kali nyanyi lagu tu semua gara-gara pengantin yang request. Pengantin request tapi die tak dengar, pastu suruh nyanyi lagi sekali ;)
Ni video yang sempat aku record gune henpon. Penonton siap nak "1 more" lagiii. ekekeke
Lepas menyanyi DJ bagi borang ni suruh icik abam join Pertandingan Karaoke Terbuka malam merdeka nanti. Insya Allah kalau tak balik kampung boleh la join kot ;)

Kepada sesiapa yang berminat, bole contact Deejay Mazlan. Dia amek 30 orang terawal aje tau 
Okee yang ini pulak cerita hari berikutnye, iaitu hari ahad bertempat di Dewan Komuniti Bandar Manjalara. Lagi pasangan dari Geng Dejavu menamatkan zaman bujang dorang ^^
Tahniah Mira & Haroman, semoga bahagia hingga ke Jannah okee 
Sebelum balik sebahagian geng dejavu bergambar dengan pengantin
Yang ni pulak bersama orang kuat MBSB. 
Macam biasa, atas permintaan pengantin jugak, mase pengantin makan beradab icik abam dijemput untuk mendendangkan lagu Sedetik Lebih dan Mungkin. Pengantin request lagu Sedetik Lebih dan My Baby You, tapi lagu My baby You tu Dj tak ade pulak lagunye. Memandang DJ takde karaoke so icik abam nyanyi camtu aje tanpa nengok lirik. Abes lintang pukang sebab tak ingat lirik mase nyanyi. Hahahha. Ape-apepun harap pengantin happy
Lepas dari persembahan tu, dj bagi kad kat icik abam, suruh masuk blog die, sebab blog dia banyak pertandingan karaoke dan suruh icik abam masuk mana-mana pertandingan yang ada. Insya Allah.

[Catatan : Moga ade rezeki kami lagi ^^]

Salam Perkenalan,  
With Love 

Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...