Monday, May 11, 2015

Cerita Dinner & Breakfast Keesokkannya di Bali

Memandangkan cerita di Bali dah lame. So aku combinekan cerita dinner pada hari pertama sampai di Bali dan cerita breakfast keesokkan harinye untuk mempercepatkan aku habiskan update pasal cerita di Bali ni.
 Lepas dari check in hotel tu.. Pak Ketut bagi mase kat kami sejam je untuk mandi dan siap siap untuk dinner. So malam tu Pak Ketut bawak kami dinner di Restoren Rasa Nusantara Buffet. Eh lupa nak bagitahu.. sepanjang kami di Bali ni makan semua ditanggung, so dorang memang dah sediakan tempat mane untuk kami breakfast, lunch dan dinner. So kami ni ikut jelaa hehhe
Sebenarnye hari pertama tu memang kami dah rase cam letih sikit. Tapi tetap gagahkan diri ikut schedule yang dorang dah sediakan. Restoren ni terletak dalam shopping mall. Name shopping mall tu dah lupe lakk. Maklumlaa cerita lame kan.. hihihi
Malam tu kami makan buffet. So amek je ape yang terhidang. Walaupun banyak menu yang tersedia tapi kami makan sikit je malam tu. Mungkin sebab keletihan.. so selera nak makan kurenggg.. huhu
Ni keadaan dalam restoren tu.
Muke icik abam pun cam nak tak nak je senyum kan.. tahuuu.. keletihann.. haa nak berjalan sangatt kan.. memanglaa letih.. baru sehari sampai kot.. hahahha
Ni sempat gaklaa aku snap sekeping gambar makanan yang aku amek. Kami makan sepinggan je. Malam tu masing masing makan tak habiss.. nak ngadap dessert pun cam dah tak lalu je malam tu.. hihih
Dan ni macam biasaa.. Pak Ketut mesti mengofferkan diri untuk amekkan gambar kiteorang.  So inilaa gambar kami time makan bile Pak Ketut tolong amekkan gambar. Dorang berdua tak makan pun.. nengok je kami makan.. lagilaa rase tak termakan camtu kan.. hahhaha
Dah setel makan, Pak Ketut anta kami balik hotel.. dah sampai hotel kami tak ke bilik terusss.. kami dok merayau dalam kawasan hotel. Nengok ape yang ade. First day sampai katekan.. mestilaa jakun nak explore ape yabg ade kat hotel tu.. Dah puas ronda.  Kami balik hotel.. Agak awal gaklaa kami dah dok terperuk dalan bilik tu. So demi nak mangun awal keesokkan harinye kenelaa tidur awal malam tu. Dalam pukul 9 malam camtu lepas isyak icik abam dahh bantai membuta. Letih sangat gamaknye.. hehhee
So story seterusnye aku ceritakan aktiviti kami pagi keesokkan harinye. Kami breakfast di Restoren Bamboo Chic, Le Meridien Bali Jimbaran. Sepanjang di Bali memang kami breakfast di sini aje. Mudah dan senang. Sebab lepas breakfast kami akan teruskan perjalanan kami untuk merayau rayau di Bali.
Ni keadaan dalam restoren ni. Nampak cantik dan kemas kan.. lagi pulak kalau korang perati betul betul.. restoren ni penuh dengan makanan. Pelbagai jenis makanan ade untuk kami sarap bagi tu..


Haa.. dah duduk hotel.. opkos kene makan pancake bagai.. baru macam foreigner skit.. hahhaha..
Nengoklaa.. macam macam adekan.. tinggal tak termakannn je.. hihihi


Sambil tunggu Pak Ketut sambil mencekik.. hahahha.. mentang mentang malam tu dah tidur awal.. so energy dah charge.. so pagi tu masing masing dah fresh.. dah boleh berjalan.. hari kedua ni lagi penuh aktiviti kami. So tu yang masing masing melantak kemain.  Macam lunch tak makan lak kangg kan.. hehhe
Okee.. ni gambar kami ni bukan Pak Ketut yang amek. Kami gune gopro je ni. Sebab Pak Ketut memang tak dibenarkan masuk ke hotel. Dorang hanya boleh anta dan amek kami kat lobi je. Yang selebihnye kalau nak pape dorang akan intercom pihak hotel untuk cari kami..
Sebelum berjalan untuk hari kedua tu.. dah kenyanggg.. selfie dulu depan restoren ni.. hihi ✌


Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...