Monday, May 11, 2015

Le Meridien Jimbaran Hotel Bali

Sepanjang 4hari di Bali kami pilih Le Meriden Bali Jimbaran sebagai tempat penginapan. Memandangkan kami memilih kawasan yang tenang untuk menginap, so hotel ni laa yang disuggestkan oleh agen pelancongan kami. Kalau ikutkan banyak je hotel yang dorang dah list down untuk kami, tapii lepas discuss dan review bagai, hotel ni yang kami pilih! Hihihi
Le Meridien Bali Jimbaran ni adalah hotel 5 bintang kat Bali ni. Hotel ni betul betul terletak di sebelah Pantai Jimbaran. Nak pergi pantai jimbaran kami jalan kaki je melalui pintu belakang hotel ni. Siyes sangat sangat dekattt..
Sampai je Bali kami kan tak terus check in hotel sebab jenjalan dulu, so lepas je dari Uluwatu tu kami terus check in hotel. Bila check in opkos kene dahulukan deposit, walaupun pihak agen dah setelkan semuanye, tapi deposit ni memang kene bayar gak. Nasib baik kami memang dah bawak duit dolar siap siap. Sebab memang tahu yang deposit untuk hotel ni memang kene bayar gune duit dolar. Rasenye kene bagi $150 gaklaa.. so korang korang yang baru nak ke Bali tu korang kene standby duit dolar sekali tau. Lagipun tak rugi pun kalau korang tukar duit dolar tu. Sebab kalau tak gune pun nanti korang boleh jual balik.. hihihi
Selain minta deposit, pasport kite pun dorang nak.. mungkin untuk langkah langkah keselamatan. So dah setel check in mase untuk ke bilik. Macam biasa, dari awal awal sampai Bali sampai ke hotel ni layanan yang kami terima memang tiptop. So nak ke bilik ni, tak perlu letih letih angkut barang, pekerja pekerja hotel tu sendiri yang akan hantar barang barang kite ke bilik. So sambil tunggu dorang hantar barang ke bilik kami, sempat aku amek gambar ape yang patut kat dalam bilik tu untuk buat review.. ✌
Bilik kami ni adalah bilik Deluxe. Siyes tersangatlaa luas. Memang selesa untuk kami berdua. Boleh main kejar kejar laa.. hahhaha
Bilik kami ni terletak kat tingkat 2.. kalau pilih bilik yang bawah memang terus attached dengan swimming pool. Kalau nak berendam memang terus ke koridor bilik pastu dah boleh masuk swimming pool. Tapiii.. memandangkan time kami pegi tu bilik bawah cam dah full.. so dapat tingkat atas pun jadilaa.. keluasan ngan konsep dalam bilik same je.. yang bezanye tulaa attached dengan swimming pool tu.. hihu
Seterusnya korang cekidaut ajelaa gambar gambar yang ade ye.. 


Jajan jajan yang ade tu memang dah tersedia dalam bilik. Tapi kalau makan kene caj lain.. hehhe
Ni pulak video yang sempat aku record.. kalau tak tunjuk gambar dengan video sekali cam tak lengkap je kan kalau nak buat review. So jemput nengok ye video ni.. hihihi
Ni pulak keadaan dalam bilik air. Selama 4 hari duduk bilik ni sekali pun tak sempat nak berendam dalan bathtub tu.. mane taknye, schedule kteorang kat sane punyelaa full. So kalini kalau pegi rase cam nak rileks rileks je.. nak berspaa bagai nak bagi luruskan urat urat kat badan ni.. hehehhe

Ritu nak pegi tapi tak sempat so kalini memang plan nak pegi.. hihihi

Ni pulak keadaan dalam bilik tukar pakaian.. dah macam bilik sauna jekan bentuknye.. hihi 
Oklaa rasenye cukuplaa kot review untuk hotel ni. Sebelum tu tepek sekeping gambar kat lobi hotel. Seterusnye korang usha kat video bawah ni ye.. ✌
Kalau korang sukekan kawasan yang damai dan dekat dengan pantai, memang aku suggestkan korang hotel ni. Siyes berbaloi dan puas hati.


Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...