Friday, April 15, 2016

Travelogue Singapore - Trip Bajet Ke Singapore Dengan Menaiki Bus SBS Transit 170

Perjalanan kami ke singapore ni kami kire dari JB sahaja, sebab alang alang kami kat JB sabtu ahad aritu, tu yang tetibe dalam kepala otak plan nak ke singapore. So memandangkan ini adalah immediate plan trip, memang tade booked ape ape, kire percutian redah ikut suke namenye ni tu yang kita anggap trip kalini adalah trip bajet dan percutian pendek kami... hehehe


Sebelum nak masuk singapore kami dah tanye kat member kat mane kami nak park kereta dan nak naik bus ape untuk ke sane... maklumlaa, kami tak pernah buat keje gila camni, tetibe plan nak pergi oversea kononnye.. nak naik bus aje pulak tu so kenala bertanye tanye, kang sesat jalan pulakk hehehe.. Bawah ni aku sediakan itinerary kami nak ke sane:



Tempat Parking Kereta dan Beli Tiket Bus Untuk Masuk Singapore :

Kami check out dari Renaissance Hotel JB dalam pukul 12.30 tengah hari camtu, pastu kami lunch kat Kilang Bateri Tampoi dulu. Dalam pukul 5 petang camtu kami gerak ke JB Sentral untuk park kereta nak pergi ke Hub JBS - CIQ. Kami parking kat tempat letak kereta sebelah stesen minyak JB Sentral ni, sehari dalam RM12 camtu.. Tempat letak kereta ni tak berbumbung tapi dekat sangat kalau nak berjalan kaki naik ke CIQ. kat CIQ ni kami cari SBS Bus No 170, mase nak tunggu bus 170 ni memang beratur panjang tapi nasib baik tak menunggu lama sebab bus ni banyak, so jangan risau kalau terpakse beratur lame ke hape kannn... Selain bus 170, korang jugak boleh naik bus 950. Bezanye cuma, bus 950 boleh terus pegi ke stesen MRT Woodland, manakala bus 170 ni boleh pergi ke stesen MRT Kranji...



Scan Passport dan Cop Kastam Singapore :

Masuk masuk ke CIQ tu nanti korang akan kena scan passport, lepas scan passport tu korang naik bus yang aku cakap tadi dan sediakan duit RM1.90 seorang. Time ni kite pakai duit Malaysia lagi bila nak naik bus. Bila dah bayar tiket tu, make sure korang simpan tiket bus tadi tu ye sebab nanti bila sampai kat imigresen Singapore kita akan turun bus tadi untuk cop passpot. Tapi sebelum korang beratur nak cop passport tu, korang kenalaa isi form yang disediakan mase korang masuk kat imigresen ni, jangan jadi macam kami aritu, terus terus je beratur nak cepat cop passport, tapi bila sampai kat kaunter imigresen tu, kakak imigresen tu nak cop atas borang tu tade, barulaa kami tahu kena amek borang kat depan dulu.. hehehe tapi nasib baiklaa kakak kaunter tu baik hati suruh kami isi kat situ saje, so takyah beratur semula dan terus dah boleh keluar imigresen dan naik bus semulaa..


Time ni korang ikut aje orang yang reramai yang turun nak cari bus semula, so korang naik je bus no 170 yang korang nampakk. tapi tadi kalau korang amek bus 950, korang cari laa balik bus 950 tu...


Sampai di Woodlands Train Checkpoint/JB Larkin;

nanti bus yang korang naik tu tadi akan berhenti kat checkpoint ni, so kat sini korang dah boleh pergi ke stesen MRT Kranji. Dari stesen MRT Kranji ni kami dapatkan map singapore dulu, map ni korang akan dapat free aje, so sambil sambil minta map tu tanye tanye jugakla tempat mana yang boleh dilawati dan sebagainya. InsyaAllah dorang akan layan korang dengan baik, macam kami aritu, pakcik kaunter tu siap suggest kami pergi ke bandar aje. So dari Kranji kami ke Orchard terusss.. dalam pukul 8 lebih macam tu kami sampai kat Orchard, jalan jalan cuci cuci mata kat situ sambil amek angin malam..


Dah setengah jam cuci cuci mata kat Orchard ni kaki dah mula rasa sakit, badan dah letih, mata pun dah mula nak tidur.. disebabkan tak puas lagi berjalan kat Singapore ni, kami decide untuk bermalam aje kat sini.. so esok pagi boleh berjalan lagi kannn..


Mencari Hotel Bajet di Chinatown;

pada mulanya kami hanya mencari hotel kat kawasan berhampiran Orchard ni, tapi survey punye survey, makaiiii mahal ler pulakkk, so kami decide jalan lagi untuk cari hotel yang lagi murah... jalan punye jalan dah tak tahu dah kat mane, tapi hotel masih tak dapat lagii.. last last dah tak sanggup nak berjalan lagi jauh aku suruh icik abam tanye kat orang orang yang ade kat stesen minyak mane tempat boleh jumpa hotel bajet. So dorang suggestkan kami ke Chinatown dengan menaiki bus.. so kami ikut aje direction yang dorang beri untuk tunggu bus dan naik bus ke Chinatown. Mase tunggu bus nak ke Chinatown ni suasana dah macam sunyi sikit sebab dah pukul 10 lebih, so agak risau jugaklaa bus tade, tapi orang yang tolong kami tadi bagitahu kena cepat cepat ke busstop sebab kemungkinan bus yang kami nak naik tu adalah last trip punye bus.. Alhamdulillah tunggu dalam setengah jam camtu, bus yang kami tunggu tu muncul..  naik naik bus je icik abam tade duit syiling, maklumlaa baru sampai tadi mane ade duit syiling sangatkan, tapi nasib baiklaa ade yang sudi tukarkan duit syiling kepada kami, so setel bayar duit tiket bus tadi...


Sampai di Chinatown, Check-In Bliss Hotel Singapore;

masa naik bus tadi kami duduk depan, sebab senang nak suruh driver bus tu berhentikan kami kat Chinatown, maklumlaa kami bukan tahu kalau kalau dah sampai kat Chinatown ke tidak kann.. Bila dah sampai kat Chinatown terus driver bus tu suruh kami turun, so turunlaa kami.. turun je bus tu terpinga pinga jugaklaa kami, yelaa bukan kawasan kite kan, so agak jakunlaa sikit..


kat sini memang banyak hotel bajet termasuk backpackers hotel. pada mulanya memang kami survey kat hotel backpackers, tapi tetibe rasa macam tak selesa je, so terpakse jugaklaa amek hotel bajet kat Bliss Hotel ni. Kat sini name je hotel bajet, tapi rate die dah sama harga dengan hotel 5 star kat JB.. hahahambekk kauu.. hukhuk


Memandangkan dah lewat malam baru nak check in, so standard room memang dah full laaa, yang tinggal bilik Superior Double/Twin yang berharga S$170.00 ++


Agaknye pekerja hotel tu nampak muke kami ni dah kepenatan sangat nak cari hotel terus die bagi diskaun sebab masuk dah tengah malam. So dapatlaa harga S$150 semalam.. nak tahu harga dalam RM korang darabkan aje dengan 3, so itulaa nilai dalam duit kite.. huhuhu


Jalan Jalan Di ChinaTown Point;

lepas check in bilik, pastu tetibe mata ni segar semula dah dapat basuh kaki dan rest kejap kat bilik. Ajak icik abam keluar dan jenjalan depan hotel pulak, maklumlaa, kami satu malam aje kat sini, so kenala gunakan peluang yang ade secukupnya kannn.. hihihi


Malam tu kami jenjalan kat kawasan berhampiran hotel sahaja.. Chinatown Point ni pulak betul betul kat depan hotel kami aje..


Stesen MRT Chinatown ni pun beberapa langkah aje dari hotel.. so esoknye memang dah target nak jenjalan naik mrt je.. senang dan cepat.. hehehe


Naik MRT Ke Marina Bay ;

Dari stesen MRT Chinatown kami ke stesen Downtown sebelum jalan kaki untuk ke Marina Bay dan Singapore River Walk. Harga tiket naik mrt tadi dalam $1.50 sorang camtu.. memandangkan kami masih blur lagi tempat tempat yang kami nak pergi so tu yang icik abam telek dulu map yang ada supaya boleh short cut sampai...



Marina Bay Sand;

bila kami nak menuju ke Marina Bay ni dah boleh nampak Marina Bay Sand ni. Marina Bay Sand ni merupakan salah satu bangunan tertinggi di Singapore yang menjadi tempat pelancongan yang wajib dikunjungi. Rekabentuknye yang seakan akan kapal ni memang sangat cantik dan unik kalau diperhatikan.


sebelum sampai ke tempat yang nak dituju, kami akan melalui di kawasan kasawan seperti dalam gambar...


sambil jalan nampak lagi tempat boleh bergambar snap lagi untuk hilangkan rasa letih berjalan..hehehe


Singapore River Walk;

5 minit berjalan macam tu, sampailaa kami di Singapore River Walk ni. kat sini lagi jelas boleh nampak Marina Bay Sand ni. Selain tu, korang boleh nampak Singopore River sepanjang perjalanan nak ke Merlion Park.. Singapore River ni adalah satu sungai di Singapore yang mengalir dari tengah Singapore sampai ke laut.


Selain dapat menikmati pemandangan Singapore dari sungai ni, korang jugak boleh nampak dari jauh macam macam tempat yang menarik kat sini seperti, Singapore Flyer dan Art Science Museum.



Terus Berjalan Kaki Ke Merlion Park;

dari Singapore River Walk kami jalan kaki lagi untuk ke Merlion Park pulak.. agak agak letih bejalan bergambar lagi.. hehehhe


dalam 5minit jugak lagi kami berjalan sampailaa kat The Merlion Park ni..


The Merlion Park;

Rasanya tak lengkap kalau pergi Singapore tapi tak berkunjung ke Merlion Park ni kann. Kat sini korang boleh bergambar dengan orang tersayang dengan berlatarbelakangkan patung Merlion, salah satu ikon di kota singa ni.


Merlion adalah sebuah patung dengan kepala singa dan berbadan ikan yang sudah menjadi maskot Singapore. Nama Merlion merupakan gabungan dari "mermaid" dan "Lion" yang bermaksud ikan duyung dan singa. Taman Merlion Park ni dibuka 24jam setiap hari.


Singapore River Cruise;

Selain tu korang boleh naik Singapore River Cruise kat sini. River Cruise ni buka setiap hari bermula pukul 9 pagi sehingga 11 malam. Harga tiket untuk 30 minit perjalanan seperti berikut:

Dewasa : S$15
Kanak kanak (bawah 12 tahun) : S$8


Memandangkan trip kami kalini adalah trip bajet so kami tak naik pun cruise ni, nengok dari jauh je, cukuplaa sekadar dapat bergambar kat sini.. Ade rezeki kami datang lagi naik ni pulakk ye.. hihihi


Perjalanan pulang ke Sultan Iskandar CIQ Complex;

Dari Merlion Park ni kami jalan kaki lagi ke stesen MRT Marina Bay terus ke stesen MRT Kranji. Tiket S$2.40 seorang.. Sampai Kranji kami terus ke checkpoint cari semula bus SBS 170 untuk ke JB CIQ.


So nanti macam biasa bila kat CIQ nanti scan semula passport dan dah boleh keluar ke JB Sentral untuk ke tempat kereta. Berakhirlaa sudah percutian singkat kami di Singapore. Sebelum balik KL pekena murtabak singapore dulu kat JB.. hihihi



Salam Perkenalan,

1 comment:

nani said...

Berapa harga parking kereta di ciq untuk 2 hari tu ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...