Trip ni dah macam trip bekerja sambil belajar, bukan trip berjalan suka suka. Yelaa, tujuan utama datang JB ni teman icik abam bekerja, so kite ni hanya menumpang kenala ikut masa dia.. pastu mana yang die bawak kite ikut jelaa.. hihihi
seharian icik abam pegi meeting.. so bila icik abam keluar pegi meeting tu aku bertapalaa kat dalam hotel.. standard masa kalau nak check out tengah hari, tapi memandangkan kami tak tahu bila icik abam siap keje so kami dah advance mase untuk check out haritu. Kami check out dalam pukul 5 petang camtu.. so bila icik abam balik je aku dah siap siap kemas barang untuk check out. tu yang icik abam dengan baju keje lagi tu masa ke Legoland ni.
memandangkan keesokkan harinye kami bekerja, so kenala balik kl cepat cepattt.. kami hanya sempat jenguk dua tempat ni aje. jenguk saje ronda ronda nak bergambar depan ni. Maklumlaa tak tahu entah bila nak kesini kann.. so kite usha usha saje kawasan ni dulu... Legoland ni kalau nengok dari luar nampak besar sangat kawasannye, yela kalau tak silap ade lebih daripada 40 permainan interaktif kat sini. Pastu pulak Legoland merupakan taman tema yang pertama di Asia. Ia terletak di tengah tengah wilayah Iskandar dan mempunyai keluasan 76 ekar. Haa nampak besar tak besar kawasan ni kan.
dah bergambar kat Legoland kami makan dulu kat Restoren Singgah Selalu sebelah Crown Istana Bukit Serene ni.. nengok review kat foursquare, tak sah kalau datang JB tak singgah sini...
Crown ni merupakan salah satu mercu tanda Diraja Johor yang terletak dihadapan pintu pagar utama Istana Bukit Serene. Ia adalah hasil ilham Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Antara komponen utama yang menjadi tarikan ialah Pintu Gerbang kemahkotaan dengan ketinggian 20.9 meter dengan saiz 4.8meter tinggi dan 60meter lebar. Gerbangnye pulak disaluti dengan 3,063 bijik kristal berwarna biru, putih, merah, hijau, merah jambu dan ungu dengan 17 jenis saiz yang berbeza. Manakala berat replika mahkota ni adalah 2,800kg. Replika ni menggunakan elemen pentagon sebagai simbolik Rukun Islam yang menjadi pegangan hidup masyarakat Islam. Maklumat ni semua aku dapat hasil dari menggoogle.. hehehe
Salam Perkenalan,
No comments:
Post a Comment