Tuesday, November 15, 2016

Tahniah Abah Terima Pingat Dari Sultan Perak


Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kat bapak mentua kite sebab terima Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) dari Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda.


Istiadat penganugerahan pingat ni berlangsung di Balairung Seri, Istana Iskandariah pada hari sabtu yang lepas iaitu pada 12hb November 2016.


Abah icik abam ni telah berkhidmat kat dalam negeri Perak hampir 40 tahun kalau tak silap. Dan ini pingat yang diterimanya..


PINGAT PEKERTI TERPILIH (P.P.T) 

Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah melakukan dalam Negeri Perak, satu perbuatan atau perbuatan-perbuatan yang bersifat kelakuan yang cemerlang dan berani. Dikurniakan kepada pegawai-pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Sokongan ke atas dan Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera dan Polis yang berpangkat sekurang-kurangnya Leftenan Muda (Tentera Darat, Laut dan Udara) dan Inspektor di dalam Pasukan Polis.

kalau nak tahu kategori kategori pingat boleh klik DISINI


bapak mentua kite ni memang susah nak ajak bergambar, so bile bapak tak nak bergambar, biar anak yang bergambar dengan pingat yang dapat tu.. hihihi


Tahniah lagi sekali untuk abah..



Salam Perkenalan,

1 comment:

mama tisya said...

tahniah utk bapa mertua liza...bapa mertu akak pn ada dpt pingat juga tp lupa pingat apa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...