Friday, March 23, 2012

Majlis Kesyukuran Adnan Sempit 2


Rabu lepas bersamaan 21hb Mac 2012, kami dapat jemputan dinner bersama Dato' Adnan sempena Majlis Kesyukuran Adnan Sempit 2 dan Penyerahan Motorsikal MODENAS. aku terpilih dan dijemput adalah disebabkan korang-korang yang undi/like gambar aku aritu. Terima kasih buat semua kawan-kawan kat Facebook dan Blogger yang sudi like dan baca entry Peraduan Open Table yang dianjurkan oleh Pihak Mig Online dan Mejar David Teo. BIG thanks buat semua tau. ^_^ 

Okeh sebelum aku tunjukkan gambar-gambar sekitar majlis aritu, aku nak share sikit dengan korang semua, tak lame lagi Adnan Sempit 3 pulak akan muncul. Penggambaran Adnan Sempit 3 dijangka akan dimulakan pada April ini. Pengumuman ini juga telah dibuat oleh Mejar David Teo pada malam tu. So sure dah tak sabar dah kan nak tunggu Adnan Sempit 3 keluar. hehehe. Untuk maklumat selanjutnya boleh lah klik Disini
ni ole-ole yang kami dapat! best!
kalau korang nak tahu, ni adalah 2 buah motor Model Passion 125 keluaran MODENAS yang dimenangi oleh pemenang yang menang dalam Peraduan Adnan Sempit 2. Sangat bertuah okeh. Tahniah buat pemenang!

Pada malam tu, CEO Modenas telah membuat satu kejutan dengan membuat pengumuman melantik Along Cham sebagai Duta MODENAS yang pertama.
 Tahniah Along, rezeki anak. ^_^
ni motor yang MODENAS bagi kat Along Cham sebagai Duta MODENAS

 okeylah, sebelum aku sambung upload gambar-gambar gedik En. Abam time kat majlis tu, aku tunjukkan dulu gambar-gambar makanan yang pihak Kelantan Delight sediakan.
Eh. eh. terliur pulak nengok makanan-makanan ni balik. Maaflah ye, nama menu-menu semua ni lupa pulak ^_^
 okeh, yang ni our 1st round makan. ^_^

 seterusnya, gambar En Abam sekitar majlis bersama Encik/Cik Artis.
 Bersama Shaheizy Sam aka Dato' Adnan
 Bersama Mejar David Teo aka CEO Metrowealth
 Bersama Epy Raja Lawak 
 Bersama Illya Iryani
 Bersama Along Cham aka Duta MODENAS
 Bersama  Liana Rafiai 
Bersama Yana Samsudin

 # makanan dan layanan sangat baik time tu! best! Thumb-up buat Mejar David Teo, MODENAS, Mig Online, Kelantan Delight, Artis-artis Adnan Sempit 2 dan semuanya. ^_^

Watak utama dalam entry ni adalah Dato' Adnan. ^_^
 Lu memang hensem la der!

[Catatan : maaf kualiti gambar xcantik! kamera baru katekan. ;)]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Thursday, March 22, 2012

Makin membulat

Dulu.

 sebelum kahwen

Sekarang.

 selepas kahwen:
# niat nak diet tu memang dah banyak kali dah buat, tapi sampai sekarang tak tertunai-tunai hajat aku tu. :(

[Catatan : sila fokus pada lengan saya! :(]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Wednesday, March 21, 2012

Kisah Dugong : Tukar Tayar

Rasenye cam dah lame je kan tak update pasal dugong ni. Sebenarnye banyak nak cite pasal dugong ni. awal tahun aritu genap dah umur die setahun. Pejam celik pejam celik dah setahun rupenye si dugong ni. 

Update entry ni bukan nak cerita pasal umur si dugong ni, tapi nak cerita pasal duit yang dah terbang nak sara si dugong ni. boleh tahan gak lah nak uruskan si dugong ni. teketar-ketar gak tangan nak kuarkan duit kalau nak jage dugong ni. tapi apa-apa pun memang puas ati sangat dengan dugong ni. cume bile sekali sekale die nak bermanje tu yang tak tahan dibuatnye.

sepanjang hayat die, ni kali pertama kami nak tukar tayar die. itupun dah teruk sangat kate encik suami. mana tak teruknye, dah sampai nampak benang-benang kat tayar tu dah. bukan nampak sikit-sikit. dah sekeliling da benang tu nampak kat tayar tu. so memang dah wajib sangat lah tukarnye pun!
 tokeh kedai tu ciap cakap kat suami . "nasib baik u dapat sampai kat workshop".. huhuhu

# Gambar tayar yang dah nampak bebenang tu tak sempat nak amek gambarnye, tokey kedai tu dah lempau ke dalam. ^_^
[Catatan : terbang $$$$! ]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Thursday, March 15, 2012

Kapal Selam Melaka

Kapal Selam SMD Ouessant Jenis Agosta 70
Korang konpem sudah tahu yang Kerajaan Malaysia ada membeli sebuah Kapal Selam kan. Kini Melaka merupakan negeri yang bertuah. Bertuah sebab Kapal Selam Pertama tu telah ditempatkan di Klebang Melaka. So, warga Melaka sangat bertuah dapat lihat kapal selam pertama tu dengan dekat. termasuklah aku. aku pun bertuah. sebab da pergi tengok dah. korang bile lagi?.

Kepada sesape yang teringin nak tengok depan mata kapal selam ni  juga, boleh datang sahaja ke Pantai Klebang. sediakan je RM1 untuk dewasa. Manakala kanak-kanak bawah 12 tahun free. takyah bayar. ^_^

Dari ape yang dibaca mengenai sejarah kapal selam ini, ia merupakan kapal selam penyerang buatan Perancis yang mampu digunakan sebagai silent weapon untuk menangani musuh. Ia mampu memuatkan 5 pegawai dan 36 anak kapal dengan sistem radar Thomas CSF DRUA 33 yang mampu mengesan sebarang musuh jahat di perairan Selat Melaka.

Kelajuan 12 knots ketika bergerak dipermukaan dan 20.5 knots ketika menyelam mampu mendatangkan gerun kepada musuh walau di mana sahaja. Ia juga dilengkapi dengan bow torpedo tube dan ECAN F17 Mod 2 torpedo yang bergerak selaju 40 knots dan mencapai sasaran sejauh 20km. Kesimpulannya, ini semua merupakan kekuatan Agosta yang digunakan sejak zaman perang dingin pada tahun 70-an dulu.

So kepada yang nak tahu lagi mengenai kapal selam ni dan kerja-kerja pengendaliannya boleh terus tengok gambar-gambar kat bawah ni. kalau nak lagi best, datang terus ke Klebang. ^_^


Wahh. Bangga jugak kan jadi warga Melaka. Sangat Bertuah. Melaka Maju!. ^_^ 



[Catatan : Sonok hirup angin pantai! ]

Salam Perkenalan, 
With Love

Norliza Nordin

Wednesday, March 14, 2012

Filem 7 Petala Cinta

Okey, kali ini nak cerita pasal hari isnin yang lepas. iaitu 12hb Mac 2012. kami terpilih untuk bersama-sama menjayakan Malam Pratonton Filem 7 Petala Cinta. Jemputan ini merupakan jemputan untuk Cabutan bertuah Blackberry Playbook. Pada malam itu, aku salah seorang calon winner yang bakal mendapat Blacberry Playbook  yang telah dianjurkan oleh MIG Online. Pada malam itu, No. cabutan bertuah aku adalah No.1  sebab aku orang pertama mendaftar. hahahha. tapi mungkin malam tu tade rezeki aku nak dapat Blackberry Playbook tu, kesian. hehehe. 2 buah Blackberry Playbook tu dimenangi oleh 2 hero yang bertuah. ^_^

Sebelum nak tunjukkan gambar sekitar Malam Pratonton tu meh aku ceritakan sinopsis pasal Filem 7 Petala Cinta ni. Filem ini berkonsepkan romantik islamik dibintangi oleh pelakon seperti Fizo, Shima Anuar, Aeril Zafril, Diana Amir, Putri Mardiana. 7 Petala Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut memaparkan pengorbanan, erti persahabatan serta kisah cinta agung.

 Filem ini mengisahkan kehidupan anak remaja yang mendapat pendidikan dalam institusi keislaman. Pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku di antara mereka selain berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza.
Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.

Entah macam mana, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.

So, kepada sesape yang teringin nak tengok filem ni jangan lupe nengok di pawagam-pawagam berhampiran mulai esok iaitu 15 Mac 2012. Diingatkan kepada sesape yang mempunyai hati yang selembut kapas, jangan lupe bawak tisu lebih-lebih. ^_^


Rating : ★ ★ ★ ★ ☆

[Catatan : Tema Merah! ]

Salam Perkenalan, 
With Love

Norliza Nordin

Tuesday, March 13, 2012

Outdoor Wedding Photos

Gambar-gambar outdoor wedding kami ni di ambil di kawasan Bangunan A Famosa, Sungai Melaka iaitu di sekitar Bandar Melaka

Lokasi 1 : A Famosa 
Lokasi 2 : Sepanjang Sungai Melaka
Photographer : JP Photography

Semoga kebahagian milik kami selamanya. Insya Allah

 [Catatan : Jodoh pertemuan ketentuanNya. ]

Salam Perkenalan, 
With Love

Norliza Nordin

Our Pre-Wedding



Motif pre-wedding di ambil di UTMKL adalah untuk mengenang kembali bibit-bibit pertemuan kami berdua.
Manakala Tasik Titiwangsa merupakan salah satu port dating kami. ^_^

seterusnya, gambar sekadar kenangan untuk kami. Kolej Kedua UTM KL

 [Catatan : Babymok kesayangan kami! ]

Salam Perkenalan, 
With Love

Norliza Nordin

Wednesday, February 29, 2012

Info : Bagaimana untuk remove Facebook Timeline

Selamat petang semuaa! hari ini aku update blog untuk bagi info kat korang semua. Sekadar nak berkongsi macam mana nak remove timeline kat facebook. Maybe ada  di antara korang dah tahu, tapi aku saje lah nak kongsikan kepada sesiapa yang tak tahu lagi tu kan. hehehe

Okey, cara nye macam ni. Korang ikut langkah-langkah kt bawah ni ye:

Step 1 - Korang klik link Disini
Step 2 - Selesai je klik link tu, korang pilih browser mana yang korang guna tau
Step 3 - Dah selesai pilih browser mana yang korang guna, korang install lah software tu kat PC/Laptop korang ye
Step 4 - Pastikan korang restart dulu browser after install ye
Step 5 - Siap! so enjoy your Old Facebook version! ^_^
Perhatian : Buat pengetahuan korang, kalau korang dah remove facebook timeline korang kat PC A misalnya, lepas2 tu korang sign in pulak facebook korang kt PC B, korang jangan terkejut pulak ye jika facebook timeline korang masih ada. hehehe.

Maksudnye kat sini, korang still akan nampak facebook timeline korang selagi korang tak install software Timeline Remove

Jika Facebook korang dah bertukar Old version balik then korang teringin nak balik korang punye Facebook timeline tu, korang sila lah delete balik application yang korang sudah install tu. 

So selamat mencuba! Sekian. ^_^

[Catatan : bagi aku timeline ni cam serabut je!]

Salam Perkenalan, 
With Love

Norliza Nordin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...