Monday, September 08, 2014

Nouvo Service, Dugong Tukar Tayar

 Ini cerita minggu lepas, balik dari opis terus ke bengkel yang jual ego dulu tu
 Bulan ni dah patut servis si nouvo ni
 Tukar 2 botol minyak gear dan sebotol minyak enjin
 Ni tengah tukar minyak enjin
 Tukar gak dua biji mentol lampu depan
 Dan yang ni pulak sebelum ke Cameron haritu tukar tayar dugong pulak. Dorang ni kalau nak bermanje mesti nak bersama sama
[Catatan : Total : RM300++]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Saturday, September 06, 2014

Wish Me Luck

Okee, aku skang tengah standby nak jawab exam online. Doakan aku ye kawan kawan ;)

[Catatan : Wish me luck]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, September 05, 2014

Hadiah Mingguan Impian Suria & Baucer Pelancongan 5K

Okee ni hadiah yang dah berbulan bulan ditunggu. Akhirnya sampai jugak kat tangan aku. Ni semua gara gara Pos Laju. Konon dah anta kat rumah kami, pastu kami tade, tade lak ditinggalkan notis ke ape untuk collect. Tup tup selidik punye selidik barang barang ni dah kene returned balik kat pihak ketiga sebab tak dituntut.

Kesudahannya, kenelaa collect kat pihak ketiga, kalau tak melepaslaa nak pergi melancongkan. Sebab baucer pelancongan pun ade sekali dalam bungkusan tu
#dahbolehmelancong
[Catatan : dalam atau luar negara?]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, September 04, 2014

Hadiah Besday Icik Abam

Semalam adalah besday icik abam, so ni yang icik abam dapat mase besday die semalam tu. Tapi yang pastinya bukan dari akulaaa, hadiah dari aku kene postpone, celebrate besday icik abam pun postpone ke hujung minggu ni. Ni semua atas permintaan "besday boy" sebab nye mase besday die ritu die balik dari opis lewat, so tak sempat ke mana mana. huhuhuu

[Catatan : hadiah dari bos & opismate icik abam]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

3 Hadiah Seri Aidilfitri Bersama Fair & Lovely

 Okee nidiaa 3 bungkus hadiah yang aku menang untuk tiga nama haritu
 Dapat produk Fair & Lovely dan kotak kemasan
********************************************************
Bertambah lagi stok produk Fair & Lovely ^^

[Catatan : sape nak bole chop]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, September 03, 2014

Jenjalan Cameron Highlands Tanpa Icik Abam

Lepas dari driver agensi tu amek kami kat apartment, kami terus pegi ke Boh Tea Plantation. Ladang teh yang terbesar kat Cameron Highlands kate pakcik driver yang bawak kami tu
Kat sini kite boleh naik tangga sampai ke puncak, dan boleh nengok view cantikkk, tapi memandangkan cuaca tak bape nak elok time kami sampai tu, so kami takdelaa buang mase sangat panjat tangge tu
Kat sini ade gak kilang buat teh, tapi memandangkan kami sampai tu bukan time melawat, so kami skip aje untuk pergi ke kilang tu
Kami banyak bergambar kat Boh Tea Plantation ni je
Gambar ramai ramai ni opkoslaa pakcik driver tu yang tolong snapkan ;)
Bergambar di ladang teh tanpa icik abam hihihi
Berselfie di ladang teh ;)
Dah puas bergambar kat ladang teh kami ke Bee Farm pulak
Beribu ribu lebah ade dalam tu
Dulu mase pegi Cameron tak pernah lagi ke Bee Farm, so kite bergambar dulu dengan lebah lebah tu ^^
Kat Bee Farm ni ade gak ladang strawberi dan pokok pokok bunga, tapi kami tak pergi pun sebab dah letih, so nengok dari jauh je ;)
Sebelum balik sempat gaklaa singgah kat kedai orkid, memang cantik orkid orkid kat sini. Tapi harga boleh tahan jugaklaa. Patutnye tak boleh bergambar kat sini, tapi ape boleh buat dah terrrrr hihihi :p

Last sekali kami pergi ke pasar pastu balik ke apartment dalam pukul 6.30 petang macam tu
Ni pulak gambar keesokkan harinye, sebelum nak check out dari apartment tu kami berselfie bersama dulu, yelaa 3 hari duduk kat cameron bukan dapat berjalan sesame pun kan
Sebelum balik KL kami singgah minum kat Cameron Valley dulu
So dapat gaklaa bergambar bersama icik abam dengan berlatar belakangkan ladang teh ;)
Abes cerita kami di Cameron Highlands, tunggu aku update entri pasal icik abam kat dalam hutan pulak ye ;)

[Catatan : kene repeat lagi ni]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Tuesday, September 02, 2014

Cari Agensi Travel & Tours untuk Jenjalan Cameron Highlands

Okee dah kate husband masing masing pegi panjat gunung, so si isteri takkan nak duduk saje kat apartment kan. Haruslaa berjalan kat Cameron Highlands tu, kalau aku takpelaa jugak sebab dah banyak kali ke sini, tapi ni haa ade yang baru pestaim datang Cameron so opkoslaa kene bawak jenjalan kan ^^
1st kiteorang survey kat TJ Travel & Tour ni dulu. Ni antara pakej yang ditawarkan. Tapi sayangggg, bila nak booking semua driver tak available time ni. Yelaa orang booking awal awal tapi kami last minit baru cari, so pade mulanye tak dapat.. huhuhu
Time peak session katekan, dah takde yang available kami cari agensi lain pulak, kot kot ade yang available nak bawak kami jenjalan. Memang letihlaa mencari dari satu ke satu agensi 
Sambil berjalan cari sambil berselfie. kuikuikui
Kami benarnye nak berjalan pagi pagi tapi driver yang available petang aje, so discuss punye discuss kami pun decide amek jelaa dari tak berjalan kan. Memandangkan setiap pakej yang ade bermula dari waktu pagi so bila dah amek petang tu kenalaa amek yang private, so 4-5hours tour dorang charge RM250 untuk satu van. So kami tujuh orang, muatlaa nak naik satu van tu ;)
Patutnya van yang bawak kami ni pukul12.30 tengah hari dah amek kami, tapi memandangkan jem yang teramat kat Cameron Highlands, sampai tak bergerak langsung kereta kereta katenye so pukul 3 petang camtu baru kami bergerak pergi jenjalan. So untuk gambar gambar time kami merayap kat Cameron Highlands esok aku update ye, malam ni tak ade idea nak update ^^

[Catatan : 5 adult 2 kids]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

3 Hari 2 Malam Duduk Tanah Rata Cameron Highlands


Ini cerita hari merdeka kami tahun ni. Icik abam ade Merdeka Expedition minggu lepas, dorang nak panjat Gunung Irau kat Cameron Highlands so aku tumpang 2 kaki join ke Cameron laa kan. ^^



Sabtu petang tu sampai je di Cameron terus kami ke Pasar Malam Cameron Highlands, borang strawberi dengan bunga awet ni. Dah naik Cameron memang tak sahlaa kalau tak beli semua ni kan. Kami pergi beli dulu sebab bajet nak balik KL ahad, so kang takdan laa pulak nak membeli belah, so beli awal awal ^^


Dah siap memborong kami balik Apartment MBSB untuk makan malam dan tido, esok paginye icik abam dan team nak mulakan misi dorang panjang Gunung Irau pulak



Dah makan makan, borak borak pastu kami pun tido lepas tu


Sebelum tido, sambil angkat barang kat kerete, kita berposing dulu depan Apartment Heritage ni ^^


Seterusnya cerita pagi keesokkan harinya, icik abam dan team dah ready nak pergi panjat gunung. Sebelum icik abam pegi opkoslaa bergambar dulu dengan icik abam kan. Aku pun kemain sibuk pakai baju Merdeka Expedition tu, konon konon join sekali laa kan, padahal kene tinggal kat apartment. kuang3


Sebelum icik abam bertolak ke Brinchang, snap dulu gambar icik abam sensorang. Dorang mulakan pendakian ke Gunung Irau dari Bukit Brinchang



Bergambar dulu dengan sebahagian team icik abam yang join Merdeka Expedition ni



epat jam 7.30 pagi camtu dorang dah ready untuk gerak ke Bukit Brinchang


Goodbye icik abam. Good Luck!!! hahahha


Ni antara muke muke yang tak join panjat gunung. Yang geng sorang ni, biasa die join je aktiviti aktiviti macam ni, tapi memandangkan die tengah pregnat so xbole joinlaa kan ^^
********************************************************

Untuk cerita icik abam dalam hutan panjat Gunung Irau tu akan aku update dientri lain. Nak cerita kenapa icik abam "delay" sampai apartment, patut pukul6 petang dah sampai apartment tapi tup tup pukul 1 pagi baru sampai apartment. Memang tak senang duduk aku menunggu icik abam balik time tu ;(


[Catatan : bersambung]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...