Tuesday, July 16, 2013

Review Filem Pacific Rim

Rating : ★ ★   ★
Untuk Filem ni aku bagi 5 bintang. Siyes sangat best cerita ni. Macam cerita Ultromen dari zaman nenek moyang die sampai la ke sekarang. Haa nampak tak betapa bestnye cerita tu. Kalau tak nampak gak, konpem korang kne nengok cerita ni, baru tahu best macam mane.. hahahha
Filem ini mengisahkan apabila raksasa gergasi dikenali sebagai Kaiju muncul dari laut, satu perang yang meragut jutaan nyawa manusia dan memakan sumber manusia untuk bertahun-tahun lamanya bermula. Sejenis senjata istimewa dicipta untuk bertarung dengan gergasi Kaiju, iaitu robot gergasi yang dipanggil Jaegers. 

Jaeger dikawal bersama oleh dua orang pemandu dimana mindanya dikunci dalam keadaan neutral. Namun Jaegers ternyata tidak memadai untuk menentang Kaiju. Dalam kekalahan tersebut, tentera pelindung manusia tidak mempunyai pilihan lain kecuali bergantung kepada dua orang wira iaitu seorang bekas pemandu yang gagal (Charlie Hunnam) dan seorang pelatih masih baru (Rinko Kikuchi). Mereka berdua akan bekerjasama untuk memandu sebuah Jaeger lama dan ketinggalan zaman. Mereka berdua juga merupakan harapan terakhir manusia terhadap malapetaka yang semakin menghampiri

[Catatan : Jimat RM28]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, July 15, 2013

Smurf Pakai Baju Kurung & Baju Melayu

Haa nengok tu smurf-smurf ni comel aje pakai baju kurung ngan baju melayu kan.. Siap pakai sampin lagi. Kemaen ayu dan kacak masing-masing^^
Kalau korang nak tahu, kami jupe smurf-smurf ni sabtu yang lepas kat Viva
Dorang-dorang ni pakai baju kurung dan baju melayu bagai sebab Viva ade buat macam-macam aktiviti haritu sempena nak raye ni, tu yang masing-masing dah pakai baju raye ^^
Dapat 4 tiket wayang free dari Viva. Boleh nengok cerita ape-ape aje yang nak nengok.

So kami nengok Pasific Rim. Nanti aku update review Filem Pacific Rim ni dalam entri akan datang ye.^^

[Catatan : tq Viva/MBO/Cinema Online]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Saturday, July 13, 2013

Menu Berbuka Ramadhan Sehingga Hari Ke-3

Ramadhan tahun ni merupakan ramadhan ke-2 bagi kami suami isteri. Kalau ramadhan pertama dulu kami banyak beli lauk kat bazar ramadhan aje. Al-maklumla kan 1st time nak sambut sesama.. excited lebey.. Orang pegi bazar kite pegi bazar. Orang post kebab nak beli kebab.. orang post laksa nak beli laksa.. So macam-macam laaa melantak "makanan Luar" dulu tu. Kalau tak lebih RM30 berbelanje kat bazar ramadhan memang tak sahhh... Ohnoo nengok tu.. punye la napsu makan memuncak bile pegi bazar kan.. hahahha

Eh eh, itu cerita ramadhan tahun lepas. Tapi ramadhan kali ni berbeza. Start dari Ramadhan Hari pertama kami berjaya tidak pergi ke bazar ramadhan. Haa nengok betape berbezanye kami menyambut ramadhan tahun ni dengan tahun lepas kan. hehehhe

Okee pape pun hari ni hari keempat berpuasa. Harap-harap kekal la masak kat uma sehingga abes puasa kan. Bukan ape, masak kat rumah lagi bagus kan. Kebersihan konpem terjamin dan sangat puas hati. Lalalalalalala~

Ayam Masak Merah
Ayam Masak Halia
Sotong Masak Pedas
Ayam Masak Kicap
Telur Puyuh Masak Merah
Homemade Shawarma
Bayam Goreng bersama Udang Kering
Ikan Goreng

Menu-menu kat atas merupakan menu berbuka kami sepanjang tiga hari berpuasa.

Papepun kredit kepada icik abam. Sebab diala chef untuk ketuk-ketuk ramadhan kat rumah tahun ni. ^^

[Catatan : hari ni belum ade menu]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, July 11, 2013

Review The Lone Ranger

Okee ni 1st time aku menang tiket movie dari KLIPS
Kalau korang nak menang tiket wayang macam aku korang like lah page klips tu. ^^
 Rating : ★ ★   ★
Untuk Filem ni aku bagi 5 bintang. Cerita ni memang panjang dan lama. Durationnnye kalau tak silap 2 jam setengah camtu. Tapi walaupun cerita ni panjang, aku tak tertido pun okee, mane taknye, cerita ni penuh dengan lawak jenaka dan aksi yang syok ditonton.
Filem ini mengisahkan tentang kumpulan Texas Ranger yang dibunuh oleh satu kumpulan penganas yang diketuai oleh Butch Cavendish. Butch Cavendish adalah seorang penjenayah yang ditakuti oleh penduduk Texas kerana dia telah melakukan jenayah kejam dan dia telah membunuh Reid ketika menjalankan operasi menangkap dirinya. Butch berjaya melepaskan diri daripada tahanan polis. 

Disebabkan ranger-ranger telah dibunuh muncul Tonto seorang Red India yang menyelamatkan seorang ranger, John Reid, adik kepada Dan Reid yang nyaris dibunuh juga oleh kumpulan penganas. Tonto adalah seorang Indian yang berasal dari kaum Cameche dimana semua kaumnya telah dibunuh oleh Butch ketika Tonto masih kecil. Manakala John Reid pula merupakan seorang peguam yang baru sahaja pulang ke kampung untuk menjawat jawatan yang telah diberikan oleh abangnya.

The Last Ranger atau Lone Ranger bekerjasama dengan Tonto untuk membalas dendam demi keluarga mereka serta menegakkan semula keadilan dalam bandar mereka. Pelbagai adegan lucu dan aksi korang boleh saksikan dalam filem ni

So sape-sape yang belum nengok tu, ape lagi pegila nengok filem ni hujung minggu nanti okee ^^

[Catatan : tq KLIPS ^^]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, July 10, 2013

Pratonton Filem Adnan Sempit 3

Sebelum nak story mory pasal Malam Pra-tonton Filem Adnan Sempit 3 senin yang lepas, ni nak habaq kat semua yang  aku dapat tiket untuk tonton filem ni dari Shurah. Dari Adnan Sempit yang pertama hingga ke-3 ni semua dari Shurah. Tq Shurah. Tq bagi goodies. Banyak dah stok barangan Shurah, yang lama-lama punye pun tak abes lagi. ^^. Tapi ade gak aku join event Adnan Sempit under MIG.
Papepun sebelum nengok movie haruslah bergambar dengan Duta produk kan.. hehehe
 Rating : ★ ★   ★
Untuk Filem ni aku bagi 5 bintang. Sebab ade Sam , ada Yana Samsudin, ada Angah Raja Lawak, ada Along Raja Lawak, ada Intan Ladyana dan ramai lagiiiii ^^

Untuk filem ni aku xmau story sinopsisnya, sebab nanti tak syokla korang nak nengok raye nanti kan.
papepun nak beritahu yang cerita ni memang korang wajib tonton raye ni nanti.. sebab kelakar habesss... hahahha
[Catatan : cerita ni kelakar.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Terima Kasih Shurah

Dapat barangan Shurah dan T-shirt Adnan Sempit 3
Serta 2 keping tiket untuk Majlis Pratonton Filem Adnan Sempit 3
Terima kasih Shurah.Ini kali ketiga aku join event anjuran Shurah. Memandangkan event pertama dan kedua gambar-gambar nye dah terdelete so xpat lah nak suruh korang review kan. Kalau rajin nak review gak korang klik aje okee.. Gambar aje tade, tapi video ade.. ^^
kami bergambar bersama duta produk Shurah 

Untuk review Filem Adnan Sempit 3 akan aku update dalam mase terdekat. Sabar ye.. lagipun filem ni akan ditayangkan pada Aidilfitri nanti. So banyak mase lagi kan.. ^^

[Catatan : Nama No.1]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Tuesday, July 09, 2013

Restoren Rebung Chef Ismail

Okee, ini merupakan entri sambungan dari Makan-makan di Restoren Milik Chef Ismail
Jumaat lepas aku join icik abam dengan geng dejavu die pegi makan-makan kat Restoren Rebung sempena nak start pose esok 
Makanan ala-ala kampung kat restoren ni memang best. Tak caye nengok gambar kat atas tu. Tu bukti aku tengah mencekik sampai xheran langsung dengan kamera. hahahha
tak semua geng dejavu ade pada malam tu. Semua sekali yang datang 18 orang termasuk aku.

Dah puas makan dorang berkaraoke pulak.. ^^
Icik abam memang pantang nampak mic tau.. :p

Dah puas makan dah puas nyanyi, cuci mulut dengan kek besday pulak. Malam tu ade kek sebab sambut besday 2 orang geng dejavu. Okee kepada yang sambut besday ni, diucapkan selamat Hari lahir semoga panjang umur dan murah rezeki. amin~
Last sekali tuan tanah nak interfremmm
[Catatan : RM70 per person]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Dah 3 Tahun Grad Baru Kuar Paper

Walaupun dah bertahun dah grade tapi baru sekarang muke aku masuk paper kan. hahahha. sebenarnye gambar ni dah pernah kuar paper pun. time awal2 konvo degree dulu. tapi kali ni muke aku jelas nampak. kalau takkkk... nampak sebelah muke jelaa.. sebelah tangan ajelaaa... hahaha 

btw thanks course-mate sebab bagi info yang muke aku masuk paper Metro semalam. hehehe.

[Catatan : nak bace detail klik pada gmbr atas]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, July 08, 2013

Makan-Makan Di Restoren Milik Chef Ismail

Mesti ade yang dah pernah makan kat sini kan??? kalau korang nak tahu, ni kali pertama aku makan kat Restoren Rebung ni
Jumaat lepas, icik abam bawak aku pegi dinner kat restoren ni. Cerita seterusnya aku story mory esokla ye. Arini tak sempat nak cerita panjang. Sebab malam ni nak pergi nengok Adnan Sempit 3!!!! Yeahhh Jangan jeles... :p

Pape aku update nanti ye.. 
[Catatan : bersambung]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...