Thursday, June 06, 2013

Review Filem Bikers Kental

Sebelum aku review pasal filem ni, aku nak beritahu yang aku dapat 6 keping tiket untuk filem ni. Hujung minggu lepas aku ngn icik abam berdatim nengok wayang berdua, 4 balance tiket lagi tu aku promote kat FB. Laku gitew... ^^
Untuk filem ni aku bagi 4 bintang sebab cerita memang sangat kelakar, lagi pulak syiokkk nengok lawak spontan Zizan Razak. Siyes tak rugi nengok filem ni.

Rating : ★ ★   

Filem ni mengisahkan Bidin Al Zaifa yang dilakonkan oleh Zizan Razak merupakan seorang anak muda yang mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap motor berkuasa besar. Dia bekerja di sebuah bengkel motor abang sepupunya iaitu Aidil Al Zaifa. Bidin mempunyai satu impian iaitu menunggang motosikal besar dari Kuala Lumpur terus ke Thailand. Walaupun bersikap cuai, bidin amat disenangi dan disukai orang ramai. Bidin diberi peluang untuk berkonvoi bersama-sama dengan geng motosikal Eddie Cuardo, yang merupakan salah seorang pelanggan di bengkel Aidil. 

Pengembaraan Bidin bersama Eddie Cuardo dipenuhi pelbagai kisah tragedi dan konflik di antara mereka berdua serta 2 orang gadis Thailand, Saiya Sukhaporn dan rakannya Cherry Porntit yang mereka temui ketika konvoi
so sesape yang belum nengok lagi jom bergelak di pawagam berhampiran semua ^^

[Catatan : best.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...