Thursday, February 27, 2014

Lagi Kes Kebakaran di Highway

Okee, ini cerita isnin aritu, otw balik KL dari Perak, lagi sekali kami nampak kebakaran di highway. Time ni dah sampai Rawang dah
Biasa kami nampak kepul-kepul asap takdelah besar camni. Dari jauh kami dah nampak kepulan asap ni. So tu yang sempat aku nak snap gambar asap ni ^^
Dah dekat baru kami nampak kebakaran tu. Kebakaran berlaku kat tempat pelupusan sampah. Gambar api aku tak sempat nak snap. Sebab aku sibuk nak nengok, so xdan nak snap gambar api.. hihihi

[Catatan : cuaca panas sangat]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Review Filem 3 Days to Kill

Rase macam dah lame pulak tak nengok movie. Bile dah tak nengok movie tu opkoslah lame jugak tak update kat blog pasal review filem-filem kat wayang kan ^^

 Okee memandangkan dah dua movie kami skip untuk pergi nengok pratonton so kali ni kami merajinkan diri jugak untuk nengok movie. Al-maklumla kan, dah hampir sebulan rumah kami ada masalah gangguan air so mood nak kuar sane sini lepas kije tu konpemlah malas. Tu terpaksa skip nengok pratonton The Monuments Men dan Saving Mr. Banks. Nengok trailer filem ni agak menarik.
Malam tadi kami dapat 2 tiket ke Preview Screening Filem 3Days to Kill. Lakonan Kevin Costner, Amber Heard, Hailee Steinfeld, Connies Nielsen dan Richard Sammel. Filem ni adalah sebuah filem aksi arahan McG yang mengisahkan Ejen Perkhidmatan Rahsia telah ditawarkan satu tugasan terakhir. Dia menerima tawaran itu dengan harapan untuk bersara dan menanggung rawatan perubatan sekaligus cuba memulihkan hubungan dengan anak perempuannya yang renggang

Untuk filem ni aku bagi 4 bintang. Walaupun filem ni merupakan filem aksi tapi bagi aku filem ni menjadi best bukan sebab aksinye tapi sebab ade selingan lawak jenaka dalam filem ni ^^
Rating : ★ ★  ★ ☆


Filem ini telah ditayangkan bermula hari ini. Seterusnye aku selit gambar kami berselfie ^^
 Sebelum masuk wayang berselfie
Dah masuk wayang pun berselfie lagi.. hahahha
[Catatan : 2 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, February 26, 2014

Meneman Dua Beradik

Okee ini cerita hujung minggu haritu. Hari isnin aritu kami cuti, so bile cuti tu niat nak la update blog dengan segala bagai aktiviti yang kami lakukan minggu lepas, tapi name pun dah cuti, so semuanya pun "cuti" alahaiii. Then jawabnye bila dah terperap aje cerita ni dalam draft so lagi jadi malas la nak update.. huhuhu
Tapi arini aku try jugak nak mengomel kat blog pasal dua beradik ni
Nidia aktiviti dua beradik ni kalau berjumpa. Kalau bukan si abang yang ajak, si adik pulak yang akan mengajak. Last sekali konpem-konpem dengan aku pun kene mengekor sekali.. hihihi
Aku kalau ikut pun jadi tukang sorak aje.. Jadi tukang sorak untuk icik abam. Opkosla support laki sendiri kan. hihihi
Seterusnya korang cekidaut ajela gelagat icik abam ni ^^
Alahai makin gemok pulak aku nengok icik abam ni. Dah same besar ngn babymok dah ^^

Nak kenal babymok boleh klik link DISINI. Icik abam kemain pelok bagai tu.. ;)

[Catatan : Abang 1-2 Adik]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Saturday, February 22, 2014

Pegi MyEG Amek Roadtax Kereta

Ni cerita tengah hari semalam, icik abam teman aku pegi amek road tax kat myeg. Kalau tahun lepas aku pegi amek sendiri dengan budak opis aku, tapi kali ni aku ajak icik abam pulak yang teman. hihihi
Tak lame pun proses nak amek road tax ni, datang sane pegi kat kaunter myeg pastu dapatla roadtax. Kejap aje. Kalau kat opis lame dulu aku suruh dorang anta kat opis aje. Charge RM2 aje. Tapi skang memandangkan opis ngan opis myeg ni terlalu dekat so pegi amek jelaa.. Road tax kerete kami tamat 28haribulan ni nanti. Tapi buat awal-awal senang hati. ^^
Dah dapat road tax ape lagi balik laa kan. Sementara nak turun lif tu opkosla sempat nak bergambar.. hihihi
Last sekali, macam biasa tepek gambar kami ber'selfie'. Dah jumpe kan harusla bergambar berdua.^^

[Catatan : Tahun ke-3]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, February 20, 2014

Sempat Terbang Lagi

Okee kalau korang tertanye-tanye ape yang icik abam tengah buat tu, meh aku bagitahu, die tu tengah dok control helicopter die ^^
Kejadian ni berlaku kat kampung hujung minggu hari tu. Aku tengah siap-siap kuarkan barang kami untuk dimasukkan ke dalam bonet kerete nak balik KL, sempat lagi icik abam kuarkan heli die pastu main.. huhuhu
Kebetulan, adik ipar aku pun bawak balik heli die, so ape lagi dah ade geng, syoklaa die kan. Sampai aku aje yang setelkan masukkan barang semua. huhuhu
Aku dah siap masukkan barang dalam bonet, icik abam tak abes main lagi. Nak tunggu sampai ketiga-tiga bateri abes katenye, pastu bole charge semuanya sekali..huhuhu
Dah abes main kami terus gerak balik KL, alhamdulillah hari tu perjalanan kami lancar dan selamat ^^

[Catatan : hobi icik abam]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, February 19, 2014

Soup Kitchen Program

Seperti bulan-bulan lepas, setiap hari jumaat malam icik abam ade join program bersama Pertiwi.
Sebelum dorang gerak ke Chow Kit dorang berkumpul kat opis dulu. Memandangkan dorang ni 1st Group yang join Soup Kitchen Program ni, malam tu sebelum gerak dorang adekan gathering dan makan-makan sikit kat opis ^^
Dah siap bergambar bagai kat opis tu, pastu dorang bergerak ke Chow Kit Road.
Malam tu keadaan nampak sesak sikit. Sebab hujan dan masing-masing sibuk meng'set-up' tempat untuk memberi makanan kepada gelandangan
Makin lame hujan makin lebat. Tapi dorang tetap semangat teruskan aktiviti dorang malam tu
Sementara menunggu makanan ready untuk diberi. Semua gelandangan dah sedia beratur untuk mengambil makanan dan minuman
Malam tu seperti biasa icik abam jaga bahagian air
Sementara tunggu icik abam abeskan kije die tu, aku tunggu sebelah die sambil perhati orang sekeliling. 
Tunggu punye tunggu datang pakcik ni suruh aku amek gambar die untuk kenangan. Sebab die nampak aku pegang kamera. So aku pun ameklah kan. Kemain rock lagi pakcik ni tau ^^
Malam tu kami join satu tempat aje. Tempat kedua kami tak pegi sebab kami rushing nak balik kampung
Dah selesai semua, dorang gerak ke Kota Raya kami pulak gerak balik ke kampung ^^

[Catatan : Kali ke-4 join]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Tuesday, February 18, 2014

Dinner Di The Windmill Station

Okee ini entri sambungan Surprise Birthday Untuk Ibu


Malam tu kami makan kat The Windmill Station kat Bukit Beruang Melaka. Tempat ni kak long dan abang ipar aku yang suggestkan, sebab dorang dah pernah dan biasa makan kat sini. Bagi aku dengan icik abam pulak, ni pestaim bagi kami makan kat situ ^^


Untuk entri ni aku penuhkan dengan gambar makanan dulu okee. ekekeke


 TWS Nasi Goreng Special - RM7.50
Fried Rice served with Fried Chicken and Fried Egg


TWS Nasi Goreng Cili Padi - RM7.50
Fried Cili Padi Rice served with Chicken Bites


 Chicken & Lamb - RM20.90
Chicken Chop and Lamp Chop on one plate, served with Potato Salad and Coleslaw


 Chicken & Fish Nasi Goreng Nenas - RM14.90
Chicken & Fish served with Pineapple Fried Rice and Fruit Salad


 Special Mix - RM19.90
A combination of grilled Chicken, Lamb and deep fried Fish served with Coleslaw, Potato Salad Chicken Sausage and Egg


 Chicken & Fish - RM19.90
Chicken Chop and deep fried Dory Fish on one plate, served with Potato Salad and Fruit Salad


 Chicken Chop - RM11.90
Grilled Chicken Chop with Potato Salad, Fruit Salad and Bun


 Spaghetti Fish Delights - RM14.80
Deep fried Fish with bread crumb


 Double BBQ Chicken Burger - RM8.90
Two juicy Chicken chop baste it with BBQ sauce served with cheese, grilled onion & crispy fries


 Grilled Fish Spaghetti - RM18.80
Grilled Tilapia Fish with Cajun Herbs and Mushroom Sauce




Kami order makanan best2 tapi si kakak ni pulak order nugget ngan fries aje ^^


Yang si debot ni pulak opkoslah tade order ape-ape untuk die. Nengok ajelah kami melantak. hihihihi




Sebelum makanan sampai opkosla kene bergambar reramai dulu kan. kang makanan dah sampai terus boleh ngap aje.. ^^



Rating : ★ ★  ★ ☆

Aku bagi 4 bintang untuk restoren ni. Makanan dan layanan not bad. Selesa dan sesuai kalau korang nak makan ramai-ramai atau celebrate besday. Sebab dorang akan pasangkan lagu besday dan anta kek kat meja korang. ^^


Dan yang penting harga sangat berpatutan. Total makanan dan minuman kami = RM196++


[Catatan : sponsored]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...