Okee lagi cerita yang dah lame dalam draf, cerita mase pergi Cameron Highland hujung bulan lepas
Icik abam dan team pergi panjat Gunung Irau kat Cameron Highlands ni dari pagi dan dijangka turun dari puncak dalam pukul 6 petang macam tu
Mase pagi pagi dorang naik tu dalam pukul 7 pagi camtu, hujan renyai renyai, tapi 10-15minit camtu dah berhenti, so dorang tetap teruskan pendakian dorang ke puncak
Aku tak ikut panjat gunung ni pun, so semua gambar gambar ni ehsan dari team team icik abam yang sama sama panjat Gunung Irau ni
Okeelaa memandangkan cerita ni dah lame so aku cerita mane yang ingat jela ye.
Mase icik abam dan team naik ke Gunung Irau tu dalam pukul 1 petang camtu icik abam dah call aku bagitahu yang die group pertama yang sampai ke puncak, baru 12 orang camtu so haruslaa tunggu team yang lain sampai ke puncak jugak
Dah 2 jam berada kat puncak icik abam dah start turun ke bawah dalam pukul 3 petang camtu
Dan icik abam sampai ke bawah dalam pukul 6 petang camtu, icik abam antara 6 orang pertama yang sampai ke bawah dulu, tapi memandangkan ade group yang tercicir so masing masing kene tunggu yang lain sampai selamat turun baru laa boleh gerak ke apartment
Tunggu punya tunggu ade dalam 2-3orang tercicir dalam team dorang tu, hari dah nak malam mase tu, so risau icik abam dengan 3 orang yang lain naik ke atas semula, dalam satu jam perjalanan camtu baru jumpa dorang
Haa, tulaa punca icik abam sampai ke apartment dalam pukul 1 pagi camtu. Patutnya pukul 6-7 petang dah ade kat apartment bersame aku dah time tu. Bilaa dah delay camtu, isteri mane tak risaukan, so memang tak senang duduklaa aku dari petang menunggu icik abam balik. Tapi alhamdulillah, semuanya selamat, cuma yang tercicir tu pancit sikit je, banyak berehat tu yang jadi lambat nak turun bawah tu
Seterusnya korang cekidaut ajelaa gambar gambar yang ade ni ye ^^
Setiap kali icik abam lakukan aktiviti lasak memang aku tak senang duduk, tapi ape boleh buat dah minat diekan, takkan nak halang ;)
[Catatan : Maaf gambar tak menggambarkan cerita]
Salam Perkenalan,
With Love
With Love
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
No comments:
Post a Comment