Okee kite sambung cerita kami di Bali untuk hari ketiga dan keempat
Hari ketiga tu kami banyak menghabiskan masa di Tanjung Benoa dan Turtle Island.
Snorkeling ni tak termasuk dalam pakej, so kami kene bayar tambahan. Mula mula icik abam ajak aku diving, tapi disebabkan aku ni takut air so aku rase cam tak mampu je nak diving sebab tak pernah pernah kan, so tu yang decide amek pakej snorkeling 1 jam aje. Tupun nasib baik amek tambahan satu aktiviti je sebab tak sampai setengah jam ade kat tengah laut tu aku dah cuak. Penakut benau aku ni bile dah masuk air, almaklumlaa aku ni tak pandai berenang, tu yang cuak kebebengggg tu.
So last last icik abam sorang aje yang snorkeling, aku surrender naik boat dah.. hihihi
Dah snorkeling, naik ke darat balik tukar baju bersih pastu kami naik boat lagi. Tapi kalini naik Glass Bottom Boat. So bolelaa nampak ikan ikan yang ade kat dalam air tu walaupun tak snorkeling tadi kan. hahaha
Ni video time kami naik glass bottom boat tu
Sambil naik glass bottom boat tu kami menuju ke Turtle Island. Kat turtle island nilaa kami dapat angkat penyu, pegang ular, burung dan macam macam lagi. Geliiii dan takut gaklaa nak pegang dan bergambar dengan binatang binatang tu tapi ade yang guide so tak bape nak takut nau. hihihi
Dah puas berada kat laut sepanjang haritu dalam pukul4 petang camtu baru kami nak lunch. kalau ikutkan tentative program haritu, sebelum ke laut tu kami lunch dulu, tapi dah icik abam tak mau lunch dulu katenye kang takut perut mengelodak bile dalam air, so kami singgah beli roti dan air je mase otw ke Tanjung Benoa tu untuk alas perut. Yelaa, sebelum tu kan dah breakfast, so standby laa roti dengan air supaya tak kelaparan.
Dah setel makan, takkan nak balik hotel teruskan, so kami ajak Pak Ketut ke Krishna lagi untuk shopping. Rupenye Krishna ni banyak tempat, Krishan yang kami pergi ni bukan Krishna yang kami pergi mase mula mula tu, yang Krishna ni cam kecik sikit aku rase tapi harga dan barangan yang dijual hampir same je ^^
Di Krishna tu kteorang diberi shopping sejam je. Kalau tak nanti lambat untuk dinner huhuhu. Kat Bali mase untuk shopping memang terhad, memang rushing saje kalau bershoppinggg. Tu pun kami cam dah amek terlebih mase untuk bershopping haritu, tu yang lambat sikit sampai ke Pantai Jimbaran ni. Kat Bali kalau pukul 6.30 petang dah gelap dah, so kami tak sempatlaa nak nengok matahari terbenam. Tapi tetap best dapat dinner kat sini sambil mengadap laut dan ombak. Badan letih dapat hirup udara pantai memang rase tenang aje. hihihi
Setel cerita hari ketiga kami di Bali ^^
Dan yang ini cerita hari terakhir kami di Bali, lepas dari breakfast kami ronda ronda kawasan hotel. Almaklumlaa namenye menginap kat hotel tu 4 hari, tapi dah lastday baru dapat explore keindahan yang ade kat dalam dan sekitar hotel ni ^^
Dah pusing pusing dalam hotel kami jalan kaki je ke pantai Jimbaran ni. Belakang Le Meridien Hotel ni dah pantai Jimbaran dah
Dah tak tahu nak buat ape, so kami check-out awal dan call Pak Ketut amek kami awal sebab nak bershopping kat Krishna lagi. Saje nak menghabiskan sisa sisa rupiah yang ade. Untuk ke Krishna ni kami kene bayar tambahan Rp100,000 kat Pak Ketut sebab kalau dalam pakej lastday ni memang tade ape ape aktiviti yang dorang sediakan, so kite nak gune khidmat dorang kite kenala bayar tambahan, macam duit upah minyaklaa kan ^^
Dah bershopping kat Krishna sebelum otw ke airport sempat gakla bergambar dengan patung Satria Gatotkaca ni, ni adalah patung pahlawan dorang so sape sape pergi ke sini haruslaa bergambar kat sini. Kalau ikutkan perancangan Pak Ketut, mase mula mula sampai tu Pak Ketut dah nak ajak kami bergambar kat sini, tapi memandangkan time tu cuace terik so tu yang postpone sampai ke hari keempat ni ^^
So bile dah sampai ke Ngurah Rai Airport ni bermakna telah berakhirlah tugas Pak Ketut, serius rase tak puas kat Bali walaupun kaki, tangan dan badan dah sengal sengal. hihihi
Flight kami sepatutnye pukul 4.25 petang, tapi mase kami nak check-in tu dorang dah informed yang flight MH850 ke KL delay ke pukul 6 petang macamtu, so kami melepak ajelaa kat airport ni ^^
Alhamdulillah perjalanan pulang kami dengan MH850 mendarat selamat kat KLIA dalam pukul8.30 malam macamtu. Walaupun kejap kejap kapten Mazlan ade bagi announce yang cuace tak bape elok kat luar mase kami otw balik KLIA tu
Luggage kami mase pergi 19kg aje, tapi bile balik dah jadi 34kg. Dah sampai KL barulaa rase letih teramat, tapi tetap gagahkan diri balik rumah. Kami balik naik ERL sampai ke TBS pastu kami amek cab sampai ke rumah. Alhamdulillah, LizNir3rAnniversaryTrip ni berakhir dengan baik dan selamat. Puas hati dan hepi sangat. Siyes rase nak pergi lagi ke Bali ni sebab banyak tempat yang cantik ^^
**So pasni korang tunggu aku update lagi ye, belum abes cerita lagi pasal kami di Bali, ni baru sinopsisnye aje ^^
Salam Perkenalan,