Okee memandangkan filem "Suamiku Encik Perfect 10" dah mula ditayangkan di pawagam mulai semalam, so harini aku nak update sekitar Date Night yang diadakan oleh Astro Gempak bersama HLive ERA di TGV KLCC hari khamis yang lepas. Date Night ni adalah sempena pembukaan tayangan filem ini sambil memberi peluang kat peminat nengok pratonton filem ni dengan barisan barisan artis dari filem tersebut
Tiket eksklusif untuk ke Date Night filem "Suamiku Encik Perfect 10" ni aku dapat hasil menang contest #Perfect10ku yang dianjurkan oleh Astro Gempak. So malam tu HLive ERA turut ade bersama para pemenang. Yang meriahnye ramai artis yang hadir. Selain tu kami kami yang menang tiket ni tadi dapat goodies yang banyak dan sweet! Nak tahu sweet ke tak goodies goodies yang kami dapat bawak balik tu korang kenelaa bace entri ni sampai abes dulu tauuu!
Malam tu tiket movie dah boleh redeem dari pukul 7 petang, tapi kami datang lewat sikit, sebab tahu filem tu akan start ditayangkan pada pukul 9 malam so pukul 8 camtu baru kami sampai kat TGV KLCC. Time tu rasenye masih ramai artis yang tak datang lagi, so nasib baiklaa kan. Sebelum berselfie dengan artis artis dari filem "Suamiku Encik Perfect10" ni kami berselfie dulu kat depan wayang dengan goodies yang kami dapat tadi ^^
Mase collect tiket tu, dorang dah inform yang pukul 8.30 malam baru datang balik kat kaunter pendaftran. Sementera tunggu artis artis yang turut hadir malam tu, termasuk abang yang sebelah kiri aku tu datang kami pergi makan dulu, sebab perut icik abam dah berkeroncong, dari balik keje tadi tak makan lagiiii. So dah abes makan kami datang balik ke sini. Time tu nengok dah ramai dah artis yang datang. Wee~
Majlis pade malam tu turut dihadiri oleh pelakon pelakon filem tu sendiri seperti Aaron Aziz dan Syazwan Zulkifly. Selain tu, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim, Sari Yanti, Arin dan jugakk pelajar AF2014 seperti Ewal, Aman, Firman, Ziha dan Nina turut hadir memeriahkan malam pratonton malam tu. Nak nengok gambar kami bersama mereka korang kenelaa scroll sampai bawah ye ^^
Sebelum korang layan gambar gambar yang ade malam tu, meh aku ceritakan sikit pasal filem "Suamiku Encik Perfect 10" ni. Filem ni adalah sebuah cerita yang diadaptasikan dari novel yang bertajuk "Suamiku Encik Perfect 10". Filem yang mengisahkan pertemuan yang tak diduga antara Aleeya Azmeen (Lisa Surihani) dan Zarief (Aaron Aziz) yang bertemu di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan pulang dari London ke Malaysia. Pertolongan ikhlas Zarief bagi meringankan beban Aleeya telah membuatkan kasih antara mereka berpaut. Tapi keegoan Aleeya menghalang cinta Zarief untuk terus berputik walaupun mereka ditakdirkan untuk bersama. So nak tahu sama ade kemesraan dorang tu kekal selamanye atau bersifat sementara korang kenelaa nengok filem ni kat pawangam! ^^
Bagi aku filem ni kelakar dan romantik. So aku bagi 5 bintang untuk filem ni
Rating : ★ ★ ★ ★ ★
Siyes best filem ni, so sape sape yang dah bace novel ni konpem dah tahu babak babak sweet dan jalan cerita filem ni yang tidak membosankan
Okee aku sambung balik cerita kami pada malam tu ye. Dalam pukul 9 camtu kami dah dibenarkan masuk dalam Hall, so artis artis yang hadir pun masuk Hall yang same dengan pemenang pemenang. So sambil nak tunggu filem tu start haruslaa berselfie dengan dorang ni dulu kan ^^
Pastu bergambar dengan Fasha Sandha dan Dato' Terlajak Laris tu. Ini jelaa artis yang sempat kami berselfie bersama dalam Hall, yang lain cam lambat masuk, so dah tak sempat nak bergambar bersama. Hehehhe ^^
Kalini bile dapat nengok wayang free selain dapat Popcorn dan Air dorang sediakan snack Nanchos sekali.. Wahhhh memang jajan febret aku tu, so sebelum start movie lagi aku dah ngap jajan tu. Eeiii buruk perangai kennnn.. hihihi
Sebelum movie start dorang ade buat cabutan Lucky draw. Sebenarnye bagi kami yang pemenang pemenang #Perfect10ku ni dapat banyak sangat kejutan "#perfect10" malam tu. Siyes cakaplaa kejutan yang sangat sangat sangat best, walaupun aku tak menang Lucky draw tapi aku dapat rasekan betapa hepi nye dorang doranggg yang bertuah malam tu, rasenye sebanyak 10 hadiah dorang sediakan untuk cabutan bertuah malam tu, termasuklaa hadiah necklace, Samsung Galaxy S4, Iphone6, Pakej Percutian dan bermacam lagiii. Giler tak hepi kannn, motif datang nak nengok wayang je tapi bawak balik hadiah hadiah best camtuuuu! Giler laa kalau cakap tak bestkan.. Bertuah sungguh kan. Tahniahh ye untuk semuaaa
Selain tu malam tu aade jugak penyampaian Trofi untuk pasangan pasangan Pasangan #Perfect10ku ^^
Nidiaaa empat pasangan selebriti yang menang Anugerah Pasangan #Perfect10ku malam tu, antaranya termasuklaa pelakon utama filem ni iaitu Aaron Aziz bersama isteri, Fasha Sandha bersama suaminye, Aril dan isterinya dan Dato' terlajak laris bersama isterinye ^^
So selain lucky draw dan anugerah pasangan #perfect10ku, penonton penonton lain yang tak dapat lucky draw pun sebenarnye dapat satu lagi kejutan! Kejutan dapat bunga dan coklat!!!! Gilelaaa, pratonton yang paling sweet dan perfect yang pernah aku hadiri. Dorang letakkan bunga dan coklat tu bawak seat masing masing! so bile dah dapat bunge dan coklat tu opkoslaa lagi membuak buak rase romantik dan sweet 'gile lahhh' nak nengok filem tu ^^
Opkos bile nengok filem ni membayangkan wajah suami masing masing macam wajah kacak Mr. Perfect 10 ni kennn!!!! hehehe
Malam tu tak dapat nak berselfie dengan Mr. Perfect10 tapi dapatlaa record gambar dia dan isteri mase nak duduk dalam wayang ^^
Rata rata yang nengok filem ni malam tu berpuas hati dengan pratonton dan juga jalan cerita filem yang sememangnya tidak membosankan. Sampai ade dikalangan penonton yang menyuarakan perasaan tidak puas hati apabila ade babak yang memperlihatkan Aleeya (Lisa Surihani) membuat keputusan untuk kembali bersama bekas kekasihnya Syed Muzaffar (Syazwan Zulkifly)
"Alahai kenapa buat keputusan macam tu??".... "Alaaa, kesiannye Zarief!",..... "Tak payahlaa balik dekat Muzaffar tu!" tu semua antara kata kata yang dikeluarkan sebaik saje filem tersebut sampai ke babak kemucakkk. Hahahaha Aku sendiri pun ade mengeluh bila Aleeya sibuk tolak cinta Zarief tu! ^^
Okeelaaa tak maulaa cite panjang panjang jalan cite tu, kang tak syok lak korang nak nengok kan. So aku tunjukkan lagi beberapa gambar yang ade pade malam tu, dah abes cerita opkoslaa kami tak lepaskan peluang bergambar dengan bunga bunga dan coklat coklat yang kami bawak balik tu kannn. Siyes sampai ke harini rase sweet dapat bunga tu terase lagiii. Bunga yang dapat ni pun aku masih simpan dengan baikk. Siap simpan dalam peti ais takmau layu.. Yelaa aura "Suamiku Encik Perfect10" tu kan masih ade lagiiii ^^
Bergambar dengan Aril. Tadikan cam tak sempat nak bergambar dengan die sebelum filem start, so dah abes nengok wayang baru berkesempatan nak bergambar bersama ^^
Malam tu, nilaa satu satunye pelakon dalam filem ni yang kami sempat bergambar bersama, nampak je macam muke garang, tapi kemain sporting bile diajak berselfie ^^
Sebelum balik rumah sempat gaklaa kami bergambar kat tepi jalan sambil berlatar belakangkan KLCC. Opkoslaa aku pun nak bergambar dengan Mr Perfect 10 aku kennn!!! hahahah
So korang rase, sweet tak bile dapat bawak balik semua bende ni?? Opkoslaa sweetkan!
Tahu....tahu..... ramai yang suke bunga kan. So aku tunjuk sikit lagi bunga dan coklat yang aku bawak balik ni.. So korang yang tak nengok filem ni lagi, apelagiii .. arini ngan esok kan cuti.. pergilaa nengok Filem Suamiku Encik Perfect 10!~ ^^
Salam Perkenalan,