Ini sambungan cerita dari entri sebelum ni. Selama 3 jam ade dalam flight akhirnya kami selamat sampai di Bali, Alhamdulillah.
Sampai je kat Bali, Pak Ketut dah tunggu kami. Kami tak kenal pun Pak Ketut tapi disebabkan die ade bawak kertas yang tertulis name icik abam kat airport tu so kami dah tahu tu laa orang yang bertanggungjawab bawak kami jenjalan kat Bali. So bermulala tugasan pak ketut haritu bersama kami.
Keluar dari airport sambil nak ke kereta kami dikalungkan dengan bunga. Barulaaa nampak sikit macam tourist kan.. hihihi
Kalau korang yang baru je sampai Bali korang mungkin akan terbau bau setanggi bile berada kat Bali ni. Maklumlaa 90% penduduk di Bali ni adalah penganut buddha. Pak ketut pun salah seorang daripadanya. So korang yang ke Bali tanpa tourist guide kene ati ati sikit dalam memilih makanan kat situ ye. Elakkan makanan yang jual kat tepi tepi jalan. Sebab kat sane dorang banyak jual ba alif ba ya. Ade yang dijadikan sate ade yang dipanggang so nak beli makanan tu tanye tanye sikit. Cari yang halal.
Macam kami pihak agensi pelancongan kat sane dah tahu yang dorang kene sediakan makanan yang halal buat kami sepanjang kat sane. So dah tak bape nak risau. Tapi kami tetap akan tanye tanye kat staf staf restoren yang kami pergi tu yang restoren ni halal. Yelaa kami ni pergi Bali 100% serahkan kat agensi so risau jugaklaa kan. Kot kot ade yang nak kenekan kami ke.. hahaha sampai camtu sekali aku pikirkannn. Yelaa risau gaklaa kan, pestaim gune khidmat agensi 100% ni. Sampai dorang pun kami tak pernah jumpa, hanya berhubung melalui call dan email aje...
Tapi alhamdulillah semuanya selamat. Layanan yang kami dapat tersangatlaa tip top. So aku memang rekemenlaaa kalau korang memerlukan agensi pelancongan korang boleh hire dorang. Kalau nak ke Bali pun bole hire Pak Ketut ni, orangnya baik dan senang nak disuruh bawak ke sane ke mari
Sebelum naik kereta yang disediakan haruslaa bergambar sikit di kawasan airport dengan kalungan bunga yang dapat tadi.. Kalung bunga tu mula mula aku naklaa simpan tapi last last die dah layu so tak jadi nak simpan lame lame. Hihihi
Lepas bergambar je icik abam dah bukak kalungan tu, pastu disangkutnye kat beg. So mane laa nak tahan kalungan bunga tu kan. Yang aku punye aku masih pakai sepanjang hari tu.. tetibe nak merasa feel pelancong katekannn hahahha
So inilaa kerete untuk kami berdua ke hulur ke hilir selama 4 hari di sana. Kebanyakkan kenderaan kat sane adalah jenis camni. Kalau untuk kami berdua kat belakang tu memang selesa sangatlaa kan. Tapi kalau pergi bershopping akan terasa sempit dahh.. hahahha
Termasuk driver 4 orang semuanya. Tapi siyeslaa bagi aku orang Bali ni cam peramah peramah. Semua bagi layanan yang baik je sepanjang kami kat sane. Dorang treat kami like a boss!! ^^
Video ni aku record time Pak Ketut bagi briefing kat kami untuk aktiviti keesokkan harinya. Kalau ikut jadual, dari airport kami terus nengok barong dance. Tapi memandangkan icik abam dah lapar, so kami cari makan dulu.
Dah makan dah kenyang dah rase malas nak berjalan sangat. So kami tak jadi nak pergi nengok dance tu. Kami terus ke Uluwatu. So untuk review restoren ni dan aktiviti seterusnya aku update akan datang ye.
Salam Perkenalan,
No comments:
Post a Comment