Friday, April 17, 2015

Pratonton Abang Lejen

Isnin yang lepas telah berlangsungnya malam Pratonton Filem Abang Lejen di Cathay e@Curve Damansara. Filem ini adalah dibawah arahan Azaromi Ghozali yang juga merupakan pengarah Filem Kaki Kitai. Filem Abang Lejen ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Farid Kamil, Intan Ladyana, Adiba Yunus dan Fadlan Hazim serta Along Eyzendy, Shahfiez, Hamid Gurkha, Azlan Komeng dan ramai lagi dan ianya diterbitkan oleh Mangkin Prestij.
Korang yang suke industan dan rindukan zaman zaman Bollywood, bolehlaa nengok filem ni, sebab filem bergenre aksi komedi ni ada unsur unsur bollywood! Mengikut kata pengarah malam tu, kalini beliau membawa genre baru iaitu untuk mengetengahkan kembali genre Bollywood yang pernah dibawa pada filem filem zaman dahulu. Dan berharap ia dapat diterima masyarakat. Selain itu, penceritaan dalam filem ni memang sengaja disampaikan secara melampau darisegi aksi kerana nak beri kelainan kepada filem yang bergenre begini ^^

Kepada yang tak sabar nak menonton filem ni, korang dah boleh nengok dipawagam berhampiran korang sebab filem ni dah mula ditayangkan bermula semalam, 16 April 2015 
Pengarah Metrowealth, David Teo pun turut hadir ke malam pratonton filem ni aritu
Yang ni pulak bersama heroin filem ni iaitu Adiba Yunus yang sentiasa kiut miut aku nengok.
Selain tu, kami turut bergambar dengan Azwan Kombos, pelakon dibawah MIG yang semakin meningkat naik. Malam tu tak dapat nak bergambar dengan teraju utama dalam filem ni, iaitu Farid Kamil.. so ini je gambar gambar yang mampu diambil malam tu.
Sebelum nak masuk hall sempat lagi gambar bersama. Nengoklaa keadaan belakang kami yang crowded tu, siyes ramai yang datang untuk memeriahkan malam pratonton filem ni aritu. Sebelum nak tunjuk gambar kami kat dalam hall pulak, meh aku story sikit pasal sinopsis Filem Abang Lejen ni. Filem ni mengisahkan tentang keakraban dua adik beradik iaitu Ajim (Farid Kamil) dan Aman (Fadlan Hazim) yang kehilangan kedua ibubapa sejak kecil. Kisah si abang yang sanggup mempertahankan adiknya dalam segala hal walaupun diri sendiri dalam keadaan terancam. Demi nak mempertahankan adik kandungnya itu, ada beberapa adegan aksi yang tak dijangka dan babak babak kelakar yang konpem akan buat korang berguling tengok filem ni ^^
Rating : ★ ★  ★ ☆
Untuk filem ni aku bagi 4 bintang! 


Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...