Monday, April 27, 2015

Perjalanan Dari KLIA Airport Ke Denpasar Bali

Alhamdulillah arini dapat email menang contest selfie dari TM Rewards. Aku menang hadiah 2nd runner dan majlis penyampaian hadiahnye akan diadakan awal bulan depan. Kire hadiah besday in advance laa ni. 

So memandangkan hadiahnye trip ke Bali, makanye kenelaa update cerita cerita di Bali hujung tahun lepas. Banyak cerita nak update, yelaa kan merayap banyak tempat. 4 hari duduk Kuta kemain padat schedule kami. Dari pukul 7pagi breakfast sampai ke dinner non-stop berjalan... Kalau nak berjalan kat Bali memang kene keluar awal awal pagi pun sebab kat sane cepat gelap pastu pukul 6petang je banyak tempat yang dah tutup. So rugilaa kalau pergi negara orang tapi tak banyak explore kan.. 

Adehhh nak cerita panjang macam banyak dah lupe pulakk, tapi nasib baiklaa aritu dah ade update 2 entri pasal travel log kami selama 4 hari kat Bali ni, so aku akan cube cerita setiap aktiviti yang ade dan mengigatkan nama nama tempat yang pergiii. Okee makin nak cerita makin rindu pulakk dengan Bali ni. Hihihi
Seperti yang dijanjikan, aku cerita dari mula kami bertolak sehingga sampai di Ngurah Rai Airport ye. Tiket flight kami pukul 9.05pagi. Kami naik flight MAS MH715, name kapten haritu lupe dah. Hihihi Memandangkan kene standby 2jam awal kat airport so pagi tu dalam pukul 5pagi kami dah kuar dari rumah sebab tak rushing. Dah standby awal dah senang hati. Pagi tu kami terpakse minta bantuan member icik abam hantar kami kat BTS. Dari Bandar Tasik Selatan kami naik tren sampai ke KLIA. Rasenye dalam 45minit gaklaa nak sampai ke KLIA tu. Harge tiket cam dah lupe, rase cam RM30++ kot untuk sorangg Takpun RM40++ sorang.
So haritu kami subuh kat KLIA. Sampai je KLIA terus je kami check in. Pergi sane kami bawak 2 beg. Satu beg tu dah penuh dengan pakaian, satu lagi tu beg kosong. Buat standby nak bawak balik ole ole dari Bali. Tupun nasib baik satu beg kosong, kalau tak jenuh nak membeli beg kat sane nak bawak balik barang yang dirembat kat sane. Hihihi
Memandangkan kami sampai awal. So banyak mase untuk merayap rayap kat airport tu. Tu yang bergambar sakan sambil nak tunggu flight. Kat airport je aku rase dah berpuluh puluh gambar kami amek. Takde keje katekannnn. Hahahahha
Pastu nampak matahari dah muncul pun sibuk nak bergambar gak. Maklumlaa bukan selalu nengok matahari terbit kat airport ni. hahhaha
Dari duduk sampai berdiri. Hahahha semua gare gare aku nak amek gambar kapal terbang disebalik pancaran cahaya matahari Tu. Konon berseni sangatlaa kan.. hihihi
Dalam pukul 8 lebih camtu kami dah boleh masuk gate untuk naik kapal terbang. Okee nak cerita pasal pintu gate ni, pesan aku korang kene alert lebih sikitlaa gate mane patut korang masuk. Sebab pintu gate ni akan bertukar tukar macam kami aritu. Sebelum check in luggage dapat tahu gate lain bile nak masuk gate boleh lak bertukar ke gate lain. So itu korang kene alert lebih sikitlaa kang tak masal masal tertukar flight lak. Kami pun nyaris nyaris nak tertukar time tu. Nak ke Denpasar tapi pegi gate ke Negara lain lak. Nasib baik ade banyak yang kawal so tak terlepas ke flight yang lain. Hihihihi
Sebelum naik flight kene isi borang imigresen ni dulu. Kene isi siap siap nanti dah sampai kat Denpasar nak kene serahkan borang tu kat imigresen indonesia pulakk
Bab bab isi borang ni opkos aku akan suruh icik abam yang isi. Sebab kalau aku yang isi banyak soalnye kang. So biar die sorang yang isi, kang kalau salah takdelaa salah kan aku.. hihi
Ni pulak bergambar time otw nak masuk kapal terbang. Sempat lagi berselfie sebelum henpon kene off. Maklumlaa jakun nak naik kapal terbang. Hihihi
Dalam kapal terbang sebelum berlepas pun sempat berselfie. Nak buat kenangan katekan. Hihihi

Kami dapat seat tepi tingkap, so bolehlaa aku berjakun naik kapal terbanggg. Sebenarnye seat kat tingkat tu seat icik abam, tapi disebabkan isteri die ni baru pestaim naik kapal terbang so beralahlaa sikit. Bagi isteri duduk tepi tingkap, so bolelaa nengok pemandangan kat luar. Hihihi
Perjalanan kami ambil mase 3jam kalau tak silap aku. So dalam pukul 12 tengah hari camtu dah sampai Denpasar. Mase pergi tu alhamdulillah perjalanan lancar dan flight tade delay delayy. Hihihi
3 jam perjalanan tu aku tak tidur pun. Nak nengok awan katekan. Kalau naik kete jangan cakap 3 jam. 3minit masuk kete je rase dah nak terlentokkk ^^



Inilaa hasil aku tak tidur. Amek gambar awan. Siyes cantik sesangat. Kami pergi tu cuace cantik so awan pun cantik je berkepul kepul.
Mengadap luar je aku mase pergi tu. Waktu siangkannn.. cuace cerah pulak tu so memang cantik nengok pemandangan kat atas. Sungguh indah ciptaanNYA.
Ni pulak breakfast kami pagi tu. Dapat roti, snack, jelly ngan air. Untuk roti ngan air boleh pilih pilih. Aku pilih chicken dan air epal. So itulaa breakfast kami pagi tu. Kalau aku.. bile nak berjalan memang tak breakfast berat berat. Kang mahu nak ke toilet manjang. Berbeza dengan icik abam.
Ni pulak roti tuna pilihan icik abam. Kalau ikut tekak icik abam breakfast macam ni memang tak cukup. Tapi nasib baiklaa sebelum naik kapal terbang die dah ngap macam macam mase kat airport. So boleh laa buat tambah tambah untuk isi dalam perut icik abam tu. Hihihi
Ngurah Rai airpot ni betul betul atas laut. Nengok tu.. ni gambar mase mula mula mendarat. Betul betul atas laut. Tak caye boleh nengok video kat bawah ni. Aku ade record mase nak berlepas sehingga mendarat.
Alhamdulillah selamat sampai di Bali. Abaikan aje suare aku ngan icik abam.
So inilaa die Ngurah Rai Airport. Pestaim jejakkan kaki kat sini. Insya Allah nanti kami singgah lagiii ye^^
Lepas collect luggage kenelaa heret beg sorang satu nak jumpa Pak Ketut, wakil agensi pelancongan yang ditugaskan bawak kami jenjalan selama 4 hari tu
Sempat lagi bergambar sebelum lepas imigresen indonesia. Untuk cerita seterusnya nanti aku update kat entri lain ye. Dah letih jari jemari menaip. Lagi pulak mate dah kuyu nak tidur. Esok keje katekan. Sambung nanti ye. Selamat malam semuaa! Semoga esok lebih baik dari harini. Aminnn~



Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...