Tuesday, June 28, 2016

Pestaim Pergi Wake Service. Sedih Ya Amattt!

Rabu minggu lepas, sampai je kat opis dapat berita salah seorang senior manager kat opis ni passed away. Memang kami satu opis terkejut dan tak sangka sebab sebelum ni beliau sihat aje. Paling sedih,  waktu sebelum dia kena high attack tu katanya beliau nak mangun sahur, ye dari cerita opismate, beliau ni memang rajin puasa sebab nak hormat kite ni muslim... Walaupun pangkat "boss" tapi tetap peramah dan sentiasa hormat orang tak kira apa pangkat apa bangsa. Kalau nak cerita pasal kelakuan baik beliau memang takkan habis. Cukuplaa aku cakap beliau seorang boss yang baik dan peramah.


Bila dah bergaul ramai dengan kaum cina, sedikit sebanyak aku dapat belajar dan faham adat adat dorang. Terutama bila ada kematian macam ni. Biasanya bila kematian dorang akan buat funurel dan wake service. Selalu bila ade kematian aku hanya sumbang "Pak Kum" saja, tak penah lagi join wake service. Tapi kalini memandangkan Mr. Heng ni terlalu baik dan rapat dengan semua orang dekat opis ni, kami pegi jugak melawat tanda penghormatan terakhir kami kepada beliau.


Wake servis ni diadakan di Xiao En Centre selama dua hari sebelum funeral. Pestaim masuk tempat ni tak rasa seram sangat sebab tempat ni nampak macam "hospitality yang high class". Dah sampai bilik yang terdapat mayat Mr. Heng terus kami berjumpa dengan ahli keluarga yang menunggu kat situ. Kat situ nanti kita akan dapat nengok jasad beliau disimpan di dalam coffin. Time tu aku tak rasa takut tapi rasa sedih Ya Amatttt!! macam nak kejutkan Mr Heng dari tidur nak suruh dia mangun untuk masuk opis je.. T_T


sampai sekarang masih terasa yang beliau ada lagi.. hari hari nampak work station beliau mesti teringat kat dia... :(



Salam Perkenalan,

Masak Menu Berbuka Lagiii

Pejam celik pejam celik dah 23 ramadhan dah. Sehingga hari ni aku masih tak jejakkan kaki kat bazar ramadhan. Setakat lalu nampak deret deret orang jual jual adelaa, dok menyinggah tu belum lagiii. Memang saje tahan diri untuk pergi bazar, sebab kang kalau dah pegi konpem tak boleh tahan napsu nak membeli itu ini.. Fuhhh bukan senang tau nak tahan godaan camni hahahha..


Sepanjang ramadhan ni memang kebanyakkan menu berbuka kami disediakan oleh icik abam. Adela sekali dua tu aku masak sardin as per request icik abam. Menu berbuka kami memang simple aje, janji dapat berbuka lauk ada pastu berbuka kat rumah, selesa dan puas hati..


Sardin jelaa yang mampu aku masak time bulan puasa ni, sebab kalau menu lain konpem entah ape rasa.. hahahha


Dapat ikan goreng setel dah... lagi lagi ni haa dapat salmon pulakk :p


Icik abam pulak suke benar kalau dapat ikan masin, tu dah menambah selera dia dahh


petola ni pulak icik abam je yang makan, die suruh aku try makan tapi tak berani lagii, yang aku tahu mesti pahittt yaa amatt kannn. so better tak yah cubaa.. hahahha


*menu simple macam mana pun tetap nak update sini sebagai kenangan.. hahaha :p



Salam Perkenalan,

Monday, June 27, 2016

Hujung Minggu Habiskan Masa Di Vendeur Festival dan Buat Kuih Kapit

Ini cerita hujung minggu sebelum ni, barulaa terkial kial nak update hahaha. Kami ke Vendeur Festival sebab aku nak grab collection terbaru kat Bella Ammara. Ramai yang tanye, tak jem ke mase tu.. Kami biasa ke mana mana tu memang guna waze aje, so memang tak kena jem tapiii kereta memang banyakkk..


arget memang ke situ jelaa, tapi alang alang dah sampai konon nak gak laa pusing seround dua ke kat dalam tu kann, tapi icik abam lak tak sporting ngajak balik aje kalau taknak beli pape tu katenye... huhu Yelaa kami pergi tu tengah hari, bulan puasa lak tu, mane nak larat kalau jalan jalan tade tujuan tukaaann. Kang dah petang takut tak tahan lakkk hahahha


Mase kami sampai tu rupenye ade Dato' Ct so alang alang dah nampak orang berpusu pusu kat dia, kami pun dok menyelit gakkk. Konon dapatlaa selfie together together tapi sape yang membeli aje dapat bergambar.. hahaha so aku snap dari jauh ajelaa kan sebab tak membeli.. hahahha


Haa nengok sempat lagi tu kannn.. Vendeur Festival ni diadakan di Matrade Exhibition & Convention Centre. Ia bermula dari 18hb hingga 19hb June 2016 yang lepass.. Minggu yang lepas ni pulak ade gak lagi exhibition macam ni, tapi kat PWTC, yang tu pun sempat gak aku menyinggah walaupun tengah sibuk nak buat kuih raya.. hahahha


Cerita pasal kuih raya, tahun ni julung julung kalinye kami buat kuih rayaaa! hahahha Eh bukan aku tapi icik abam, kemain semangat dia tu nak buat kuih raya tahun ni.. Buat mase sekarang ni kami dah buat dua jenis kuih raya, iaitu semperit dan kuih kapit..


Untuk resipi kuih kapit ni icik abam dapat hasil menggoogle aje. So korang kalau nak mencuba bole laa menggoogle jugak. Biasa kuih kapit ni ade dua bentuk, ade bentuk lipat 3segi ade gulung, tapi icik abam lagi suke bentuk lipat tu.. so bawah ni aku kongsikan sikit resepi kuih kapit icik abam, buat reference sendiri di masa akan datangggg...


Bahan bahan :

- 500g Tepung gandum
- 500g Gula pasir (kurangkan gula sekiranya tak suke manis)
- 3 cawan santan (korang boleh guna santan pekat sekiranya inginkan kuih tu lemak)
- 3 biji telur
- Setengah sudu teh garam (masukkan dalam santan dan kacau)


Cara cara:

1. Pukul telur hingga kembang.
2. Pastu masukkan santan berselang dengan gula dan tepung. Kena ingat ye, adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
3. Panaskan minyak dengan acuan terendam
4. Letak sesudu adunan dan kapitkan acuan, goreng sehingga keperangan.
5. Apabila kulit luar mula keperangan, ia menandakan sudah masak. Kikis kulit luar dan gulung atau lipat kepingan kuih kapit dengan segera sebelum ia keras. (korang disarankan pakai sarung tangan kalau nak pantas, maklumlaa panas kuih tu)


Dah siap boleh simpan dalam bekas kedap udara.. so dah boleh makan dah kuih kapit tu, tapi kalau buat disiang hari janganlaa terus ngapp kann, nanti batal lak puasaaa hehehe


So inilaa rupe kuih kapit sulongg kami. Kami ade bubuh nutella sekali.. hehehe


Salam Perkenalan,

Tuesday, June 21, 2016

Menu Berbuka Elak Pergi Bazar Ramadhan

Seperti tahun lepas kami berdua cuba untuk tidak pergi ke bazar. Bukan ape, takut nanti napsu nak membeli melampau kalau pergi bazar pastu nanti tak termakan dan membazir.. Itu bagi kamilaa, sebab dulu dah pernah terjadi kat kami tu yang dah insap tu. Lagi pulak icik abam ni lebih puas hati masak dan makan kat rumah. Tapi bila ade undangan kat luar atau rase cam dah tak tahu nak masak ape, kami akan tapau makanan kat Dapur Penyet aje setakat ni..


walaupun menu simple tapi tetap sedap di mulut kami, lauk camni memang kegemaran icik abam. Aku pulak janji ade sambal dah cukuppp. Walaupun menu simple kami try gaklaa tukar tukar menu takut jemu lak kann..


Ikan bilis goreng garing dengan bawanggg, memang febret icik abam. Camni je lauknye bertambah tambah kami makan. Alhamdulillah..


Yang ni pulak daging dendeng yang kami order kat member. Ni pun salah satu penambah selera kami..


Balik kampung aritu banyak pulak mangga yang dapat, so kami buat berbuka dengan kerabu mangga ni. Ishhh tetiba terliur pulakk haih hahahha


Walaupun menu simple, tapi tetap nak update kat sini.. hahahha



Salam Perkenalan,

Monday, June 20, 2016

Balik Kampung Untuk Berbuka Bersama sama

Baru nak update cerita weekend masa balik kampung aritu. Minggu kedua puasa balik Melaka dulu sebab raya pertama tahun ni kat Perak so berbuka pertama pasti ke Melaka dulu.. hihihi


Dari opis terus pecut balik Melaka nak berbuka sane, Alhamdulillah sempat gak sampai walaupun jalan jem time tu menuju ke selatan. Memandangkan rumah adik aku lagi dekat kalau dari tol Ayer Keroh tu, so kami dah decide berbuka kat situ je reramai..


Dah siap berbuka dan Maghrib kat situ baru kami balik rumah ibu, tapi sebelum tu singgah sekejap kat Aeon Mall, cari baju raya adik aku yang lelaki tu. Alang alang dah kuar melaka tu.. Dah penat ikut orang shopping singgah minum kejapp..


Dan ini cerita berbuka puasa keesokkan harinye pulak. Sebelum ni berbuka tak complete orang, sebab kaklong aku sekeluarga mase tu berbuka belah mentua, so harini baru complete semua adik beradik ade.. walaupun cuma lima beradik, jenuh gak nak kumpul sesama. Maklumlaa semua ade hal tersendiri. So ni baru berkesempatan kumpul dan berbuka bersama sama.. hehehe


Malam tu kami decide berbuka di Kenny Rogers. Nasib baik sempat booking table awal awal kat sini, kalau tak penuh dah kalau nak walk-in je..


Sambil tunggu waktu berbuka kita bergambar dulu. Makanan pulak dah terhidang tunggu nak ngapp je. hihihi


Dah abes makan, dorang sambung shopping pulak, so untuk dua hari ni icik abam ponteng terawih.. :p

Keseluruhan review kite bagi 4 bintang
Rating : ★ ★  ★ ☆


Dan ni cerita last berbuka di kampung. Untuk hari terakhir ni kami decide berbuka di rumah aje. So bila dah berbuka kat rumah nak tambah kan juadah kami pergi bazar petang tu. Bila balik kampung memang akan cheat pergi bazar.. nape aku cakap cheat? sebab kami memang dari dulu try untuk tidak ke bazar.. tapi bila dah balik kampung tu memang tak leh nak elak laa kan.. hihihi


Bilaa Pakngah kuar naik kete je mesti ramai yang nak ikut.. termasuklaa si kecik yang duduk kat riba tu. Tak mau dengan makngah, nak gak dok atas riba pakngah. Sambil drive sambil pangku diaa.. sabar jelaa hehehe


Pakngah ngan pokcu je keluar cari makanan kat bazar, yang lain duduk dalam kereta. Sebelum kena tinggal tu dah beli kan siap siap jajan untuk budak sorang kat belakang tu tak pose.


Abes die celet krim biskut kat seat kete makngah hahahah sabar jelaa, dahlaa tak pose ebot ni.. hehehe



Salam Perkenalan,

Friday, June 10, 2016

Menu Ringkas Di Bulan Puasa

harini dah 5 hari kite berpuasa. Kejap benau rasenye masa berlalu, kang tup tup dah abes raye je..huhuhu papepun sajelaa nak kongsikan menu berbuka puasa kami berdua dari awal ramadan aritu. Menu semua disediakan oleh satu satunya chef yang ada kat rumah ni iaitu icik abam tercintaaa.. hahaha bab masak memang dia paling expert..


Menu Berbuka Ramadan 1 - Ikan Goreng, Tempe Goreng, Sayur Bendi, Sambal belacan dan kuih muih beli sikit kat bawah rumah ni ade jual, buat penambah menu berbuka kami berdua. Menu hari pertama yang tersangatlaa simple.. tapi siyes weiii, walaupun simple tapi sedap dan puas makan dari beli kat luarkannn hehehhe


Menu Berbuka Ramadan 2 - Kalini lauk kami ketam, patutnya plan nak buat menu ni masa first berbuka tapi cari cari ketam cam tak menarik dan tak bape nak freshh so kami try cari keesokkan hari, tu yang dapat cari ketam kite berbuka dengan ketam pulak. Ketam ni icik abam masak pedas aje, masak ikut suke dia.. resipinye aku pun tak tahu, tapi yang penting sedappp sesangat. Ishh icik abam masak tak pernah tak sedap, walaupun katenye main campak campak aje.. hihihi


Menu Berbuka Ramadan 3 - Untuk menu berbuka hari ketiga ni aku request kat icik abam sambal telur gentel. Resipi ni biasa ibu aku buat kalau nak makan dengan cekodok ke lempeng ke.. so tetibe teringin nak berbuka simple camni, so dengan cara icik abam sendiri buat sambal yang dinamakan "sambal telor kasih sayang meletop letop dalam mulut" ni. hahaha Makan pulak dengan kicap lemak manis cap kipas udang dan perah limauuu.. okee setel menu berbuka kami.. kenyang dan puas hatiii..


Menu Berbuka Ramadan 4 - menu berbuka semalam, icik abam nak jugak masak lauk febret si isteri, Sotong masak kunyit.. lauk lauk ni kami makan dengan ayam goreng dan ikan goreng sebagai penambah. Buat tambah tambah lauk orang cakap tu.. hhehehe


Icik abam memang rajin masak kalau bulan puasa, sebab nak elakkan diri dari pergi bazar. Maklumlaa kang kalau dah pergi bazar napsu nak membeli je lebih kang, makannye idakkk.. so lagi sekali kami cuba untuk tidak pergi bazar diwaktu bulan puasa. hihihi



Salam Perkenalan,

Wednesday, June 08, 2016

PappaRich Sebelum Sambut Puasa

Al kisah sebelum nak menyambut bulan puasa haritu. Hari jumaat lunch terakhir kat opis sebelum nak sambut bulan Ramadhan. 


Memandangkan dah nak puasa so kami makan "mewah" sikit. Biasa makan nasi campur je, so kami decide makan kat Papparich bawah opis ni je, kot nanti terliur ke kan nengok dorang dorang pergi lunch makan situuu.. Eh choppp, dorang tu untuk opismate yang non-muslim ler tauu.. hehehe


Kalau time lunch memang agak lambat sikitlaa sini, so busan busan tunggu order sampai tu yang sampai gambar siling ngan kipas pun aku dok amek tu hahahaha


Kami berdua je dating lunch aritu, sebab yang lain mase tu ade yang kuar makan tempat lain dan ade yang keluar pergi site.. so kami kami ni jelaa yang available time lunch.. huhuhu


Dah berdating berdua tu kemainlaa berselfie berdua jelaa kan.. order aku lambat nau sampai time ni. Dahlaa lapar tu yang mengajak bergambar nak hilang lapar.. hihihi


okee makanan dah sampai, selfie lagi sekali hahahah..


ni cerita petang nye pulakk, sebelum nak balik, hujan kemain lebat so kami stuck kat opis.. bila dah sejuk sejuk camtu, perut pun lapar, dah menangis nangis mintak makanan dah time tu hahahha


tu yang kemain bedal maggie cup, semangat tu turun beli kat kedai serbaneka kat bawah opis ni pastu makan bersama sama. hihihi



Salam Perkenalan,

Saturday, June 04, 2016

PVR Reorder Astro Buat Hal

Lame gak rasenye tade masalah dengan astro ni, last contact dorang suruh datang rumah pun sebab nak suruh pasangkan piring astro kat rumah. Tupun mase baru baru pindah sini, tahun 2013. Ni kira dah hampir 3 tahun baru datang lagi masalah.. Masalah ni memang buat aku stress dua tiga hari ni. Mane taknye, tak dapat nak nengok tv langsunggg! pastu cerita yang dah direcord nengok pun cam tersekat sekat seolah olah macam kite nengok kat PC yang hard disk nye dah full. Die punye hangggg rase cam nak gantung diri je bile bukak tv tu hahahaha..


Solution die kena tukar recorder yang baru. So alamatnyeeee semua cerita dalam hard disk hilanggg.. Berenang air matalaa jawabnye kan, sebab kebanyakkan cerita bersiri aku record, dan banyak jugak yang tak dann nak nengokkkk! hukhuk..


Remote pun kami minta tukar yang baru. Mula mula cam kekok gak nak dok tekan tekan. Sebab butang die ade lain sikitttt.. Sonok dah nak nengok tv, tade dah delay delay bilaa tekan tu.. :p




Salam Perkenalan,

Friday, June 03, 2016

Aktiviti Weekend Setelah 4 Hari Kena Tinggal

Minggu lepas hampir seminggu kena tinggal kat rumah sensorang. Pergi keje sendiri balik sorang sendiri. Merempit sensorang, tulaa rutin harian kalau kena tinggal bila icik abam outstation. Agak lame jugak icik abam tak outstation camni, biasa outstation balik hari aje, cam minggu ni pun ade lagi outstation, tapi balik hari okee lagi tak terasa sangatttt.. eh eh terpanjang pulak mukadimah arini.. hehehe


okee dari tajuk dah tahukannn, balik je dari outstation icik abam bawak 5 beg VS ni! hahahaha sape tak terlinjang linjang sukekannn.. hihihi icik abam outstation kat JB tu yang boleh singgah VS JPO tu.. katenye ade sale, tu yang kemain merembat untuk isteri tercintaaa! eh eh.. tapi tertibe dalam pale otak memikir bebukannn.. okee kite soal siasat dulu sebelum terimaaa.. :p


keesokkan harinye memang dah plan nak ajak icik abam pergi padini IOI Mall Puchong ni, katenye kemain sale kaw kawww.. haaahambekk kena Q panjanggg. Dah jauh datang alang alang tu beratur laa jugakkk! tapi siyes weiiii, rugi tak terjah dari hari pertama sale! memang murah sesangat. so rabak lagi poket icik abam.. tapi pasni dah tadelaa nk bershopping sakan untuk raya dahhh.. :p


Dah shopping mestilaa letih dan lapar, maklumlaa tadi dah berimpit rimpit dalam kesesakannn.. dah rase cam nak raye nau nau dah tadi.. tenkiuuu icik abam for the lunch treat! siap dapat sebuku coupon kenny lagiii.. pasni memang berbuka kat kenny jelaa pasni.. kot kot ade nak join boleh inform awal awal.. hahahaha


Kalau tadi cerita hari sabtu, ni dah masuk hari ahad, kami ke Puncak Alam rumah adik ipar. Ade buat kenduri sempena anak sulungnye nak berkhatan. Maklumlaa cuti sekolah kan dh bermulaa.. hihihi


Alang alang dah sampai Puncak Alam tu, singgah Cafe Aki 47 ni.. antara tempat wajib icik abam nak singgah. Maklumlaa nak jumpa geng lame yang jarang dapat bertemuuuu.. hihihi



Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...