Friday, August 26, 2016

Kek Moist Sulong Icik Abam Untuk Celebrate Besday Iris & Alisha

Untuk julong julong kalinye icik abam nak buat kek moist.. Ni pun sempena nak celebrate besday anak anak buah aku kat kampung..


Ni dah siap bungkus dan nak bawak balik kampung. Mase memproses aku tak amek gambar pun. Maklumlaa icik abam buat sensorang. Pastu die tak bagi amek gambar pun, katenye biar surprise.. hehhe


Sampai sampai kampung dah malam, anak buah aku semua dah tidur.. walaupun malam tu dorang dah pesan kat mak masing masing suruh kejutkan kalau MakPakNgah sampai.. masing masing tak sabar nak blow kek gamaknye.. bebudak katekann hihihi tahu je orang buat kek untuk die, excited terlebey laaa...


Nengok je kek ni bebudak ni terus tanye, nape tak tulis name.. hahahha korang ingat pakngah korang tu cake maker... Ni dah jadi kek gini dah cukup bagus dah ni... hehehe sebenarnye pakngah takut memburukkan kek ni kalau tulis name atas tu.. Kalau nengok dari segi bentuk pun macam kurang sempurna sikitkannn.. hihihi Papepun good job!!!


Mase ni masing masing dah berebut nak tiup lilin. Masing masing cakap tu kek besday sendiri.. hahahha makngah lantakkan aje.. hahaha tu yang sorang kemain muke excited sorang lagi monyok kena paksa kongsi kek tu.. hahaha


Mase nak tiup lilin pun berebut rebut nak tiuppp.. hahahha papelaa korang ni.. :p


Untuk menjawab segala persoalan dan pertanyaan mengenai kek moist yang icik abam ni buat.. Kat bawah ni aku terangkan sikit bahan bahan serta cara cara nak membuatnye. Resepi ni icik abam amek dari google aje, pastu die olah ikut citarasa die. Nasib baik menjadi.. Kemain bertungkus lumus nak siapkan kek ni, kalau tak jadi mahu frust menonggeng icik abam hehehe...


BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT KEK COKLAT MOIST:


Bahan bahan Pertama:
Serbuk koko - 1 cawan
Gula pasir - 1 cawan
Susu cair - 1 cawan 
Minyak masak/marjerin (dicairkan) - 1 cawan 
Susu pekat manis - 1/2 cawan 


Bahan bahan Kedua:
Tepung gandum - 1 per 1/4 cawan 
Serbuk penaik - 1 sudu 
Soda bikarbonat - 1 sudu 
 Telur - 4 biji
 Esen perisa vanila - 1 sudu


Sambil korang nengok reaksi budak berdua ni berebut sambil blow lilin kek tu aku sertakan cara cara nak menyediakan kek coklat moist ni kat bawah:


CARA-CARA MEMBUAT KEK COKLAT MOIST:


Campuran pertama:
1. Campurkan semua bahan-bahan pertama iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam kuali.
2. Panaskan semua bahan tu tadi sehingga larut dan cair menggunakan api yang kecil dan lakukan dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekatanya.


Campuran kedua:
1. Campur dan ayak semua bahan kedua iaitu tepung gandum, serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat dengan sekata.
2. Kemudian amek 4 biji telur yang disediakan tadi untuk dipukul. Pukul telur itu sehingga kembang. Pukul dalam masa lebih kurang 5 minit.


Campuran Ketiga:
1. Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul sehingga kembang. Pastikan campuran tadi digaul dan dicampur dengan sekata.
2. Kemudian masukkan campuran kedua tadi dengan campuran ketiga.
3. Campurkan campuran kedua sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Pastikan campuran sekata dan tidak berketul-ketul.
4. Kemudian masukkan campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.
5. Sediakan pengukus dan sapu marjerin pada loyang.
6. Masukkan adunan kek coklat moist tadi ke dalam loyang.
7. Pastikan air dah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat moist.
8. Tutup loyang dengan aluminium foil, untuk memastikan wap air tidak terkena kat kek time proses menggukus.
9. Kemudian kukus kek coklat moist selama 1 jam.
10. Sementara menunggu kek masak, kita boleh sediakan topping pulak.


Topping ni jugak dikenali sebagai ganache. Nak buat ganache ade macam macam kaedah dan cara.

CARA-CARA UNTUK MENYEDIAKAN TOPPING/GANACHE:

Bahan bahan:
Susu pekat manis - 1/2 cawan 
Serbuk koko - 2 sudu besar 
Mentega - 2 sudu besar 


Cara cara:
1. Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk dengan api yang kecik dan kacau hingga ia menjadi pekat.
2. Kemudian masukkan mentega, pastu dah boleh tutup api.
3. Tunggu sehingga sejuk dan siram ke atas kek coklat moist korang. Sila pastikan betul betul sejuk baru curah ye.. kalau tak nanti kek korang akan nampak macam terpemek makan structure kek icik abam ni. hihihi




So inilaa rupe keknye.. nampak macam tak bape nak lawa kannn.. tapi rase die sedap yaa amattt hehhe


Kalau kate nak tempah ke nak suruh buatkan ke.. bole bole.. icik abam berminat nak amek tempahan.. hahaha ;P



Salam Perkenalan,

Monday, August 22, 2016

Speak Training Kat HQ Selama 4 Hari

Sebelum sibuk dengan pindah opis baru aritu, kite pun sibuk kan diri dengan join training kat HQ. 


Speak English Training ni diadakan selama 4 hari di HQ. So selama 4 hari tulaa kite bertapa kat sane, 4 hari tu jugak tak masuk opis.. huhuhu


Memandangkan cerita ni dah hanmpir basi, so korang cekidaut aje gambar yang ade ye..


Ni antara menu breakfast yang sedap bagi kite.. hahaha Time ni masih dalam bulan raya. Tu yang masih ade lagi menu rendang tu.. hihihi


Selama sesi pembelajaran kat sane, memang banyak input yang dapat. Memang seronok sekali sekala tu dapat peluang belajar camni. Cume kekadang ade gak merungut rungut nak siapkan task dan asaimen yang diberikan.. hahahha.. tu memnag perkara biasa dari dulu lagi..


Dah tamat 4 hari sesi pembelajaran, macam biasa, sijil akan diberikan kepada yang terlibat.


Akhir sekali opkos sesi bergambar bersama sama satu kelas.. hihihi



Salam Perkenalan,

Thursday, August 18, 2016

Dugaan Bulan Puasa Haritu

Ni cerita yang hampir basi tapi tetap nak update kat sini. Cerita mase bulan puasa aritu. Dah hampir dua bulan punye cerita. Mane yang ade bace berita Exco Selangor Terlibat Kemalangan ni, nilaa benda yang nak diceritakan.. Chop chop.. aku bukan nak cerita pasal politik ke ape ye, tade kene mengena langsunggg. Ni nak cerita kejadian yang menimpa kat family adik aku di petang bulan puasa sebelum nak berbuka..


Kereta adik aku antara yang terlibat dalam kemalangan tu. Nak tahu cerita sebenar, korang klik kat link yang aku bagi kat atas tu tadi ye..


Kete adik aku ni kereta nombor dua dari depan yang terlibat dalam kemalangan tu. Time ni dorang nak pergi hantar bekalan berbuka kat klang. So bila sampai kat tempat kejadian ni, tetiba ade kereta rempuh dari belakang kat semua kereta yang tengah berhenti kat traffic light. Dalam lima bijik kereta camtu terlibat.. huhuhu tak pasal pasal laa kan, orang nak raya kete masuk bengkel pulak.. huhuhu


Petang tu masa dapat je call kate adik aku exciden terus dupdap dupdap jantung ni. Mane taknye kakak aku kat kampung cakap dak ebot tercampak, sebab tengah tidur. Lagi risau gelisahlaa kan.. Lagi pulak time tu icik abam seharian tade kat umah pegi dok cuci kereta..huhuhu


Icik abam dapat dulu call dari kaklong aku, tak settle lagi cuci kereta terus die suruh orang car wash tu stop keje, dia nak amek aku then kami bergegas ke Banting.. Dengan tak prepare pape makanan untuk berbuka time tu, kami terus je ke tempat kejadian. Sebab adik aku dah panik, die memang tunggu kami datang aje..


Ni antara kereta yang terlibat yang berada di barisan belakang. Paling belakang sekali adalah kereta Exco Selangor ni.


Nasib baiklaa kete mahal yang ade paling belakang, tu pun dah berlanggar banyak kereta.. Kalau kereta adik aku paling belakang tak tahulaa ape nasib dorang. Yelaa yang paling depan pun dah rase kuat hentakan sampai anak buah aku tercampak.. hukhuk.. sian ebot.. hihihi


Papepun kami bersyukur dorang selamat, cume cedera ringan.. nasib baik kandungan adik aku pun tak ape ape, selamat kuar dah si gayah ni.. hehehe


Eh choppp.. nak bagitahu, time tu kami berbuka jam9.30 malam, sebab tak sempat nak makan dok uruskan report semua.. tapi time tu memang tak rase lapar pun dah setel hal barulaa terasa lapau nak mammmmmp....s hihihi


Salam Perkenalan,

Wednesday, August 17, 2016

Jam Ke-6 Hasil Menang Contest

Alhamdulillah rezeki menang jam tangan yang ke-6. Sebelum ni kalau ape ape menang memang rase nak pakai. Tapi bilaa pikir balik 5 utas jam sebelum ni yang dapat hasil contest, tu tak termasuk jam yang beli sendiri macam tak terpakai pulak.. huhuhu


Kali pertama menang jam jenama Solvil et Titus ni. Alhamdulillah, rezeki masih berpihak pada diri ini walaupun kekadang tu mood nak bercontest ke lautttt... :p


Papepun kite bergambar kenangan dulu.. kot ade yang berkenan dengan jam ni kami nk jual murah murah aje.. yang penting memang jauh lebih murah dari harga pasaran.. hihihi





Salam Perkenalan,

Monday, August 15, 2016

Lama Tak Terima Bungkusan Cenggini

Ni merupakan bungkusan pertama yang sampai kat opis baru semenjak dah berpindah kat bawah ni.


Memang macam dah lame sesangat tak terima bungkusan hadiah macam ni.


so ini yang terdapat dalam bungkusan tadi. Dapat thumbler je hasil menang hadiah conso. Terima kasih Matrix.



Salam Perkenalan,

Wednesday, August 10, 2016

Alhamdulillah, Rezeki Rezeki Bercontest

Alhamdulillah, masih ade rezeki menang contest walaupun sejak awal tahun aritu dah macam suram murammm dah nak menang.. huhuhu


kebanyakkannye kite menang hadiah conso je.. jadilaa kann..


Kesemua hadiah hadiah ni masih belum dapat..


Excited gak ni nak menunggu hadiah sampai.. hihihi




Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...