Bulan lepas ade dua familyday yang kami join. Yang terbaru sekali aritu bersama kengkawan ex-UTM. So sebelum update cerita yang itu, kite kasi habis dulu cerita familyday bersama family in-law ni.
Semalam dah update Review - Indah Morib Homestay Banting, so kite sambung cerita. Kite mulakan dengan hari pertama sampai kat Indah Morib Homestay ni. Sampai sampai je bende wajib dibuat adalah amek gambar dan video keadaan tempat yang kami stay ni. Tu yang kite update dulu pasal lokasi penginapan. Review dah buat baru kita cerita pasal aktiviti yang kami lalukan dalam tempoh tiga hari ade kat situ.
Seperti yang dah diterangkan, kat sini ade kolam mandi. Tak besar mane pun tapi kalau dah reramai masuk "berkubang" macam ni akan nampak kolam ni kecik dah hahaha.. Siap boleh main bola beracun dorang dorang kat dalam tu..
Mula mula kite dok perati dari jauh je. Maklumlaa dah nampak ramai ramai mandi dalam tu rase tak mampu pulak nak join sekali. Yelaa nak buat kuak lentang ke kuak ape memang tak bolehlaa jawabnye dengan keadaan sesakk gituuuu kann.. hahhaa
Tapi last sekali terjoin jugakkk hahaha.. mane boleh tahan dengar dorang tergelak sakan mandi dalam kolam tu. Nak gak menyibukk.. :p
Aktiviti petang tu memang tade pape.. Malam pertama tu baru aktiviti kami bermula mengikut jadual. Kami solat maghrib berjemaah pastu ade taklimat pertama untuk tujuan terangkan ape jadual dan aktiviti sempena familyday kalini.. Sebenarnye, aktiviti familyday ni dah bermula dari tahun tahun sebelum ni, cuma kami berdua aje yang tak dapat join. Tahun ni dapat join tu yang timbul entri ni..
Dah selesai taklimat dan solat berjemah masa untuk dinner pulakk. Sepanjang kami disini, segala bagai aktiviti makan, akan dimasak sendiri. Ade turn rumah yang akan masak setiap hari dan waktu..
Ni antara menu kami untuk malam tu.. orang rumah atas yang kena masak untuk dinner kalini. Alhamdulillah kenyanggg. Simple dan sedappp.. Kalau dah sedap tu konpem bukan kitelaa yang memasakkan hahhaa
Dah abes makan, bermulalaa acara pertama iaitu aktiviti rebut kerusi..
Untuk game ni icik abam yang menang.. hahahha belum pape lagi dah mention icik abam menang kan.. :p
Aktiviti ni dimulakan dengan kanak-kanak dulu..
Pastu kaum wanita. Dah setel semua baru kaum adam mulakan game. kanak-kanak dan orang dewasa pompuan main tak ganas pun..
Tapi bila tang kaum adam ni main, satu persatu kerusi patah. Kemain ganas dorang ni main.. hahha
Nengok gelagat icik abam yang sorang ni je pun dah tahu camne ganas dorang main.. Haa siap die kepit bangku kayu tu.. hahha nak memang punye pasal.. hihihi
Dah menang tapi tak dapat hadiah hahahha.. Takpelaa untuk suka suka aje.. yang penting enjoy kann..
Untuk hari berikutnye kite sambung next entri ye..
Salam Perkenalan,
No comments:
Post a Comment